65 Tahun | Tragedi Bukit Kepong


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

23 Februari 1950 - 23 Februari 2015, 65 tahun sudah terjadinya Tragedi Bukit Kepong....
Satu peristiwa yang menyedihkan dalam sejarah negara kita....
AJ tahu pasal Tragedi Bukit Kepong ni pun melalui filem yang dilakonkan oleh Dato Jins Shamsudin suatu ketika dahulu...
Mengalir airmata setiap kali menonton filem ni..... Bagaimana mereka berusaha dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong dari pihak Komunis...

Ringkasan dan Rentetan Peristiwa Bukit Kepong

Balai Polis Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar, sekitar 59km dari Bandar Muar, Johor...

4.15 pagi | Kejadian bermula sebelum subuh apabila komunis memula melancarkan serangan gerila ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang diperbuat daripada kayu, apabila Mata-Mata Jaafar bin Hassan mencabar dan telah menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai.
Selepas itu pihak komunis mula mentyerang dari setiap sudut.. Mereka percaya akan berjaya mengalah pihak polis dalam tempoh yang singkat kerana memiliki beberapa kelebihan seperti senjata dan jumlah anggota yang ramai serta keadaan balai yang terpencil.... Walaupun begitu, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah enggan menyerah, biarpun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah kalah.
Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran...

5.00 pagi | Pasukan Polis Bantuan dan penduduk kampung ynag lengkap bersenjata digerakkan dari Kampong Jawa bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.

7.00 pagi | Komunis menawan Mariam Ibrahim isteri Mata-Mata Mohammad Jaafar, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan isteri Mata-Mata Abu Bakar Daud dan Mat Indera (Ketua kumpulan Komunis) memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah namun tidak diendahkan oleh Sgt Jamil dan menegaskan akan bertahan dan berjuang habis-habisan.
Akibatnya Mariam dicerakan dan Fatimah dibunuh manakala suami Fatimah Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di Sungai Muar, ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Detik terakhir pertempuran menyaksikan berek kelamin dan balai polis dibakar, 2 wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus.. Hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Pihak Komunis pula berterusan menembak mereka yang cuba lari dari balai yang sedang terbakar... Ketika ini, penduduk Kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Komunis kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api...

Begitulah kisah berakhirnya perjuangan mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong....
Sedih sangat... Sampai ke titisan darah terakhir dipertaruhkan..... =(

Antara gambar berkaitan Peristiwa Bukit Kepong...



 
Anggota dan Keluarga yang terkorban dalam pertempuran





P/s : Dulu orang mempertahankan habis-habisan, sekarang ramai pula yang memperlekehkan.... =(

3 ulasan

  1. takziah..al-fatihah kepada mereka semua...

    BalasPadam
  2. Ya Allah..sedih nya...tengok filem nya kat tv pun sampai bengkak2 mata menagis..Alfatihah untuk mereka dan semoga roh mereka tenang di sana..

    BalasPadam
  3. Semasa di U dulu, saya ada buat assignment tentang seorang tokoh Bukit Kepong yang satu-satunya masih hidup ketika itu..

    BalasPadam