PSIKOnya Driver Taxi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi masa lunch, AJ kena pegi bank di Bangsar Baru...
Disebabkan ingin memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, makanya AJ pun menaiki teksi dari Lrt Bangsar menuju ke Bangsar Baru dan kemudiannya berpatah balik ke Lrt Bangsar dengan menaiki teksi yang sama..... 
Pada mulanya, driver teksi tersebut nampak normal.... Biasalah kalau driver teksi bertanya arah tujuan kita kan.. AJ pun menjawablah pertanyaan beliau tanpa banyak berfikir.... 
Tiba-tiba dia bertanyakan umur dan status perkahwinan...
Tanpa mengesyaki apa-apa AJ menjawab pertanyaan dia sekali lagi tanpa rasa was-was.........

TIBA-TIBA............ Dia dah tanya kenapa AJ belum berkahwin, tak terasa nak beranak ke dan siapa jodoh AJ, apa pekerjaannya, berapa gaji bulanannya....
AJ mula rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan driver tersebut...
Yelah, dah tu siap offer nak suruh kawin dengan dia bagai....
Kepala hotak dia.. Ingat AJ ni apa?? Sesuka hati dia je..
Kemudian dia bercerita pulak hal peribadi dia... Sepatutnya kahwin bulan lepas lah, lepas tu ramai perempuan tergila-gilakan dialah.... Tapi dia yang taknaklah....
Lepas tu cerita pulak tahap pendidikan dia..... Ada 2 MASTER dan 1 DEGREE katanya......
AJ dah memang malas nak layan tengok jelah telefon dalam tangan.....
Dalam hati kalau tinggi sangat kau belajar, kenapa kau bawak teksi???
Kalau AJ suarakan, buatnya dia melencong kat tempat lain, lagi haru dibuatnya kan???? So cakap jelah dalam hati......

DAN....... AJ rasa nak muntah darah, nak pecah kepala hotak bila dia cerita yang dia ni ada AUDI A2, HYUNDAI SONATA dan NAZA RIA....
Lepas tu setiap tahun keluarkan 1 teksi baru... Tapi kenapa teksi kau tu buruk dan berbau hamis????
Asal PSIKO sangat driver teksi ni??????
Seumur hidup AJ, tak pernah pulak AJ jumpe driver teksi yang macam ni........
Tiba-tiba hari ni terjumpa pulak yang macam ni punya KRONIK!!!!
Lepas tu yang buat AJ lagi hangin 1 badan bila dia caj RM22.50 bagi perjalanan sekangkang kera macam tu...... ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!

Korang semua kalau lepas ni ada tertahan atau terjumpa teksi dengan nombor pendaftaran HWB9468 tak payahlah korang tahan atau naik.... Sebelum korang pulak terkena macam AJ.....
Info ni je yang dapat AJ share dengan korang sebab kad pemandu pun dia tak pamerkan.......
Memang AJ adukan kat SPAD lepas pada tu......
Serik AJ macam ni.... =(





P/s : AJ Bukan Nak Hina Pekerjaan Dia Dalam Entri Ni.....
Tapi Janganlah Kerana Dia Seorang, Rezeki Pemandu Teksi Lain Terjejas.....
Seriik Kot.....
Baca Selanjutnya »

Insomniakah AJ???? Arghhhhhh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni AJ agak "Ting Tong" memandangkan semalam sampai ke pagi ni, AJ tak mampu untuk tidur...... Lebih kurang pukul 7 pagi tadi baru rasa nak terlelap....
Tapi selepas setengah jam melelapkan mata, ada kucing bergaduh pulak kat luar..... 
Dekat pukul 8 pagi, Mr. JR pulak mesej suruh bangun sebab AJ dah pesan kat dia minta tolong kejutkan.... Takut terlajak tidur, langsung tak pegi keje pulak....

Adakah AJ mengalami insomnia???? Waaaaaaa...... Taknaklah.......
Macam seram je kalau terkena insomnia ni.... Okay, apakah itu insomnia????


Insomnia adalah gejala kelainan dalam tidur, kesukaran untuk tidur atau mempertahankan tidur walaupun ada kesempatan untuk berbuat demikian.... Gejala tersebut biasanya diikuti gangguan fungsional saat bangun.... 

Insomnia terbahagi kepada 3 iaitu :
-Pertama, Initial Insomnia ertinya gangguan tidur saat memasuki tidur...

-Kedua, Middle Insomnia iaitu terbangun di tengah malam dan sukar untuk tidur kembali....

-Ketiga, Late Insomnia iaitu sering mengalami gangguan tidur saat bangun pagi....

Banyak penderita insomnia bergantung kepada ubat tidur dan ubat penenang lain untuk membolehkan diri beristirehat.... Semua ubat sedatif memiliki potensi untuk menyebabkan kesan psikologi iaitu anggapan bahawa mereka tidak dapat tidur tanpa bantuan ubat-ubatan tersebut....

Penyebab Insomnia
Insomnia disebabkan berbagai faktor diantaranya masalah  hormon, ubat-ubatan dan faktor luar lain misalnya tekanan batin, suasana bilik tidur yang tidak selesa, ribut atau perubahan waktu kerana harus bekerja di waktu malam.... 
Selain itu kopi dan teh yang mengandung zat perangsang susunan syaraf pusat, tembakau yang mengandung nikotin, ubat pelansingan badan yang mengandung amfetamin adalah antara contoh bahan yang dapat menimbulkan kesulitan tidur.... 
Insomnia berkait dengan psikologi dan meningkatkan perasaan cemas, gelisah, serta emosi yang sering tidak terkawal akibat menurunnya hormon estrogen yang meningkatkan risiko gangguan tidur...
Penyebab utama insomnia adalah adanya permasalahan emosional, kognitif, dan fisiologi... Ketiga-tiga gejala tersebut berperanan terhadap terjadinya disfungsi kognitif......

Tips Menghindari Insomnia


1. Jangan makan malam terlalu kenyang...

Usahakan untuk makan sebelum pukul 8 malam.. 

2. Kurangkan kegiatan yang berkaitan mental setelah pukul 9.30 malam.. Jangan nak layan Facebook atau Twitter....

3. Matikan lampu mulai pukul 10.30 malam...
Jika tidak biasa tidur pada waktu ini, cuba untuk tidur setengah jam lebih awal setiap minggu sehingga anda biasa tidur pukul 10.30 malam setiap hari...

4. Mandi air panas sejam sebelum tidur...
Titiskan minyak esential lavender, vanila, atau cendana ke dalam air mandi untuk membuat anda lebih rileks... Malapkan lampu dan pasangkan terapi aroma... Jika boleh, dengarkan muzik yang lembut dan menenangkan...

5. Banyakkan meminum air suam... Susu atau teh chamomile.

6. Baca buku yang membuatkan anda bosan seperti buku motivasi...
Jangan pilih novel dramatis atau bacaan yang membuatkan anda akan banyak berfikir...

P/s : Semoga dijauhkan dari INSOMNIA....... Rugi tak dapat rasa nikmat tidur........

Baca Selanjutnya »

Pengaruh TV : AJ dan Bollywood... =)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ dan Bollywood???? Wahhhhh tajuk entri memang tak boleh blah.....
Okay, sebenarnya AJ ni peminat cerita Bollywood atau Hindustan okay..... Hehheheeh.... Bocor rahsia...... =)
Cuma, cerita Hindustan yang baru-baru ni AJ tak berapa berkenan nak tengok sebab dah tak menarik sangat macam dulu dan banyak tayang adegan-adegan mesra je.....
Masa tahun 90an dulu.... (Alah, time AJ bersekolah dululah...). Cerita-cerita Bollywood ni best-best....  Antara cerita-cerita yang AJ suka, MANN, KUCH-KUCH HOTA HAI, MOHABBATEIN, DULHAN HUM LE JAYENGE, KUCH NA KAHO dan banyak lagilah...
Kalau nak listkan kat sini AJ rasa tak habis cerita pun sampai bulan Jun... Hahhahahah......
Antara artis-artis Bollywood yang AJ suka pula SALMAN KHAN, RANI MUKHERJEE, KARISMA KAPOOR, SHAH RUKH KHAN, KAJOL, PREITY ZINTA dan ramai lagi......
Best okay layan cerita hindustan ni..... Dan kalau cerita tu sedih, pasti akan mengundang air mata....
AJ ni nampak je kasar... Tapi kalau layan hindustan, ada pulak part yang sedih mesti nangis....
Nak pulak kalau tengok cerita MAAN... bengkak terus mata.... Hahhahhahah.......
Ni dalam hati ada Taman Bunga..... =) Selain dari cerita-ceritanya, AJ suka lagu-lagu Bollywood ni....
Siap hafal lirik lagi okay..... =) Punya fanatiknya la kat Filem Bollywood ni kan....

Okay hari ni disebabkan cuti dan tak tau nak buat apa, AJ pun layanlah cerita hindustan kat Youtube... Gigih okay... Hahhahahhhahaa.....
AJ layan cerita HUM SAATH SAATH HAIN... Cerita ni dah banyak kali dah AJ tengok, tapi  nak jugak tengok sebab AJ suka sangat cerita ni....
Kalau korang nak join AJ tengok cerita ni, boleh TENGOK KAT SINI untuk full movie ataupun KAT SINI untuk part by part... 

Dan AJ nak bagitau ni, SEBENARNYA SEKARANG NI AJ TENGAH MELAYAN CERITA NI..... Sementara nak tunggu dia loading, AJ updatelah blog ni dulu.... Hehhehhhhehheheh.... =)


Okay, ni EXTRA untuk korang....... 
Enjoy the song ........... =)


P/s : Ini untuk mereka-mereka yang gigih nak tengok macam AJ je okay... Biasalah, mestilah ada stuck-stuck kan kalau dah tengok kat YOUTUBE.... =)


Baca Selanjutnya »