Jangan Kau Sangka Badanku Kecik, Tak Kuat Makan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya, setelah dari tadi mencuri-curi menggodek blog sana sini...
Barulah AJ dapat menaip dengan tenang dan tanpa rasa was-was...
Tadi Boss ada, so kenalah cover line cemerlang.... Heheeheh.... =P
Tapi dalam cover-cover line tu, sempat jugaklah buat Header baru yang lebih simple dari sebelum ni....
Okay masuk topik yang sebenarnya AJ nak cerita.....

Badan kecik tak kuat makan???? Ehhhh? Betul ke??
AJ tak percaya langsung sebabnya saya seorang yang bertubuh kecil atau petiti....
Tapi nafsu makan.... Humakngai... mengalahkan mereka yang mempunyai berat badan 60-70 kg ke atas....
Kalau kat rumah, AJ lah juara makan...
Tak percaya??? Pegi tanya mak AJ... Ni no dia 0123456789... (Okay tipu je nombor ni)

Kejap tadi pun baru lepas makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis petai......
Dan tak sampai 10 minit lepas habis makan nasi, AJ makan pulak maggi perisa Asam Laksa..
Aduhaiiii... Heaven dan nyaman betul... Nak pulak bila tengok luar tingkap ofis rintik hujan turun dengan lebatnya..... =D
Malam ni pulak AJ nak paksa sesiapa je bawak pegi makan Steak.... Yummy......
Sampai ada yang cakap AJ bela ANAKONDA dalam perut..... Adehhhhhh =)
Tapi dalam pada AJ kuat makan, berat ni susah jugak nak naik........
Itu yang AJ tak suka..... =(
Apapun AJ bersyukur masih boleh lagi menikmati kelazatan nikmat makanan......
Alhamdulillah........


P/s : Sekarang bila perut dah kenyang, barulah bersemangat nak buat kerja lebih masa tak berbayar kat ofis ni....
Itupun kalau gagah nak buat keje... Kalau tak.........
ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZ
Krooooohhh....Krooooohhhhh..... 


Baca Selanjutnya »

Ingatkan dalam cerita P.Ramlee je ada....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sementara mata tak mau lelap ni, AJ nak luahkan sedikit rasa...
Kalau korang penggemar cerita-cerita Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, mesti penah dengar istilah 
"AHLI MESYUARAT TINGKAP" kan????
Ingatkan masa zaman tu je banyak ahli mesyuarat tingkap ni...
Rupa-rupanya pada zaman moden ni lagi banyak insan-insan yang berminat dalam keahlian tak berbayar menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap....
Syaratnya mudah sahaja...
Duduk di tepi tingkap, perhatikan anak orang lain, kemudian jaja satu taman mengenai anak orang tu.....
Aduhai.... Dah takde keje lain ke nak buat???
Selalunya golongan makcik-makciklah rajin bawak mulut ke sana sini nih....
Nauzubillah..... Dengar gossip mereka lagi dashyat dari Naz melodi terjah artis....
AJ bukan nak menuduh tak tentu pasal...
Tapi inilah Realiti kehidupan... Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan flat dan juga sebangsa dengan AJ.....
Sedih bila melihatkan manusia yang masih lagi berada di takuk lama.....
Kadangkala cara mereka menjaja cerita seperti mereka sendiri tiada anak....
Teringin sekali nak bertanya, kalau dah sibuk menjaga dalam kain anak orang lain...
Siapakah yang menjaga anak mereka sendiri ye?????
Tepuk dada tanya selera......


P/s : Bukan menunding jari kepada sesiapa, tapi berdasarkan pengalaman sendiri....
Jangan pandang seseorang melalui luaran......

Baca Selanjutnya »

BEN ASHAARI : Bloglist April 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay dengan bangganya nak bagitahu Abang Ben ada buat segmen....
Dan yang bestnya, ini kali pertama AJ join segmen tau.......
AJ tak pernah sekalipun join apa-apa segmen since berblog ni..... =)
Tahniah Abang Ben berjaya jadi orang yang PERTAMA... *clap,clap,clap*

Kalau korang nak join sama, klik kat tajuk bawah ni....
Cepat tau...

Kenapa korang kena pilih blog AJ??

AJ sangat sedia maklum bahawasanya :-
1. Blog AJak FAMOUS....
2. Blog AJ TAK BEST......
3. Blog AJ TAK MANTAP....

Tapi sebab utama korang kena pilih blog AJ :

"AJ SEORANG YANG SUKA BERKAWAN DAN SUKA BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DENGAN SEMUA ORANG... INSYAALLAH KORANG TAKKAN BOSAN DENGAN CELOTEH AJ YANG SELALU MERAPU NI...  =)"

Kalau anda tanya AJ.
“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Jawapan AJ....
“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

P/s : Kalau nak tau apa yang ada kat sini, korang jalan-jalanlah kat blog ni ye.....
Lepas tu nilailah sendiri.....
Tiada paksaan.... =D
HAPPY BLOGGING =D


Baca Selanjutnya »