Budak DULU, Budak SEKARANG




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Budak dulu dan budak sekarang memang sangat jauh berbeza....
Yelah, dah ikut peredaran zaman kan...
Mestilah budak sekarang makin moden.....
Jom tinjau sikit  BUDAK DULU  dan  BUDAK SEKARANG ....

BUDAK DULU

Telefon bimbit tu apa pun tak berapa nak kenal.....
Kalau ada pun, tingkatan 4, 5 barulah merasa pakai henpon...
Itupun 3310 je... Nak canggih sikit 3315, ada lampu biru lagi... =D
Ada jugak yang dah bekerja baru merasa pakai henpon sendiri....

BUDAK SEKARANG

Cuba tanya 3310, 3315... Ada yang tau??
Mesti ramai yang tak tau...
Cuba tanya I-pad, Galaxy tab dan semua yang canggih manggih ni...
SURE diorang tau......
Budak umur 4 tahun setengah dah ada I-pad yang latest edition, sendiri punya tau...
MAMPU?????


BUDAK DULU

Kalau kat sekolah kena maRah atau kena rotan dengan cikgu, ada nak cakap dengan mak bapak??
Mengadulah kalau berani.....
Memang alamatnya, korang baliklah kena marah......
Silap-silap hari bulan, siap datang sekolah pesan dengan cikgu suruh sebatkan lagi...
Haaaaa.... Padan muka.... =P

BUDAK SEKARANG

Kena marah dengan cikgu sikit je.... Usik pun tak kadang tu..
Balik report dengan mak bapak...
Esok lusa keluarlah dalam paper mak bapak saman cikgu bagai.....
Dah tak pasal kena turun naik mahkamah....


BUDAK DULU

Tempat bermain tepi sungai, dalam longkang, atas padang (kalau padang tu berlecak mesti lagi ramai..)
Balik rumah masing-masing dah macam kerbau baru lepas berkubang....
Berlemuih bak kata Orang Perak.. (Maaf ejaan tak betul sangat kot..)

BUDAK SEKARANG

Duduklah mengadap PS3, I-Box ke apa tah tu 24jam sehari....
Kalau main kat luar tu, memang jarang sekali....
Nak main dalam longkang???
Memang taklah kan.....
Sedangkan kasut kena lumpur sikit pun, muka dah berkerut macam terpijak tahi dinasour.... =P


BUDAK DULU

Kalau ponteng sekolah, lepak kelas lain....
Paling tak pun duduk melepak kat kedai minum belakang sekolah (Itu saya penah buat..)
Nak pegi jauh-jauh???
Memang taklah kan....
Takut.... Nanti mak bapak terjumpa, naya wehhhh....

BUDAK SEKARANG

Kalau ponteng sekolah....
Humakngai...... Terus berubah imej, mak bapak selisih tengah jalan pun tak cam anak sendiri.....
Hisap rokok keluar bentuk love lah, bulat lah...
Terang-terang memonteng.... Sikit rasa takut pun takde...
Siap lepak shopping complex lagi....

BUDAK DULU

Kalau bercinta time sekolah....
Sorok-sorok gila babas punya...
Memang kalau boleh perasaan tu, korang berdua je tau.....
Kalau kantoi, silap-silap terus kena kawin....
Gatal kata orang tua....
Mak bapak hantar pegi sekolah suruh belajar, kau bercinta.....

BUDAK SEKARANG

Kalau bercinta time sekolah tu...
Biarlah kalau boleh 1 sekolah tahu..
Kalau mak bapak tahu pun lagi bagus katanya........
Bila frust tu, cinta kemana, belajar kemana...
Terus terlingkup....
Kalau yang kronik sikit tu.....
Bunuh diri pun ada...... (Haisshhhh takut situasi macam ni...)


Ini saja lah....
Penat dah jari jemari menaip kata-kata ni....
Berbezakan BUDAK DULU dan BUDAK SEKARANG???




Nak Imbau Lagi Seronoknya ZAMAN BUDAK DULU????
*TEKAN SINI*


P/s : Tak Semua Okay macam tu.....
Segelintir Je........
Kang Ada Pulak Yang Salah Faham.....
Baca Selanjutnya »

Syoklah CUTI SEKOLAH Dah Mula..





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Belek-belek kalendar nak tengok cuti, terpampang pulak tarikh cuti sekolah....
Ohhhhhh.... Esok adik-adik yang bersekolah dah start cuti ye???
Wahhhhhhh.... Syoknya....
Rasa macam nak join same je.... =P

So, cuti ni apa plan???
Ada tak yang parents bawa bercuti??
Itu lagi berganda-ganda syoknya.... Hehhehheheh... =D
Tapi kalau yang tak dibawa bercuti kat mana-mana tu, jangan sedih....
Kat TV banyak rancangan menarik untuk Adik-adik tonton....

Okay lah sayang-sayang sekalian....
Selamat Bercuti okay....
Mana yang Cikgu ada bagi homework tu, jangan buat-buat lupa pulak tau....
Dan mana yang ada exam penting tahun ni, studylah sikit-sikit....
Jangan 2 minggu cuti, sehari pun takde yang membelek buku.... =D
Eceeeewwwwaaaahhhhhhh...... Macamlah time sekolah dulu buat kan??? =P


Cikgu-cikgu sekolah pun cuti same kan.....
Okay nak jadi Cikgu lah...
Hahhahahahhaha.... (Dan-dan tu nak jadi Cikgu...)


P/s : Selamat Bercuti Adik-Adikku....
Enjoy Your Holiday.... =D
Baca Selanjutnya »

Jangan Pentingkan Diri Sendiri!!!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Berhari Jumaat... Penghulu segala hari...
Semoga segala apa yang korang rancang untuk hari ini, berjalan dengan lancar... Insyaallah.....
Di hari Jumaat ni, saya ada 1 kisah untuk dikongsikan dengan korang...
Semoga cerita yang saya sampaikan dapat memberi motivasi buat korang....
Credit kepada Ustaz........... (Maaf tak tau nama dia...)

Kisah Si Tikus, Ayam, Kambing dan Lembu...

Di sebuah rumah, terdapat sepasang suami isteri dan anak mereka.....
Pada suatu hari, mereka mendapati kediaman mereka dihuni oleh seekor Tikus selain daripada Ayam Jantan, Kambing dan Lembu Peliharaannya...
Lalu mereka memasang perangkap bagi menjerat tikus tersebut....
Hati sang Tikus sangatlah gundah gulana....
Maka dia mengadukan nasibnya dan meminta bantuan kepada rakan-rakannya......

Tikus : Ayam, tolonglah aku..... Tuan rumah ini sudah mula memasang perangkap bagi menghapuskan aku....
Ayam : Ahhhhhhh....... Itu kan masalah kamu Tikus, mengapa perlu aku risaukan???

Bertemulah ia dengan si Kambing pula.....
Tikus : Kambing, aku mahu dihapuskan dari rumah ini... Bolehkah engkau membantuku???
Kambing : Kenapa mesti aku membantumu?? Banyak lagi perkara penting yang lebih elok aku fikirkan daripada membantumu......

Lalu diadukan pula kepada Lembu..
Tikus : Lembu, kau yang paling besar disini.. Aku pasti kau dapat membantuku daripada dihapuskan dari rumah ini....
Lembu : Tikus, engkaukan sudah besar.. Pandailah dirimu menyelesaikan masalahmu sendiri...

Tikus sangat sedih dengan sikap kawan-kawannya yang mementingkan diri....
Maka dia pun pasrah seandainya dia terperangkap di dalam sangkar tersebut...

Pada malam itu, si isteri terdengar bunyi sesuatu telah memasuki sangkar tikus....
Sangkanya ia adalah tikus yang ingin mereka tangkap, tapi ternyata sangkaannya meleset...
Semasa melihat di dalam sangkar, ternampaklah olehnya seekor ular tedung....
Tanpa sempat berbuat apa-apa, si isteri telah dipatuk oleh ular tersebut.....

Keesokan harinya, si suami membawa isteri berjumpa dengan pawang bagi mengubati bisa patkan ular tedung itu....
Kata pawang, bisa itu boleh diubati dengan meminum sup Ayam Jantan...
Maka, disembelihnya Ayam Jantan dan dijadikan hidangan bagi mengubati bisa si isteri.....
Akan tetapi, bisanya masih juga tidak elok....
Dibawa pula bertemu pawang lain......
Pawang tersebut pula meminta si suami mencari seekor kambing sebagai penawar.....
Lalu, apabila pulang ke rumah... Disembelihnya pula kambing tersebut....
Beberapa hari selepas itu, si isteri meninggal dunia kerana tidak tahan derita..
Dukacitalah si suami....
Lalu meminta anaknya memanggil orang kampung bagi menguruskan jenazah si isteri....
Berkatalah si anak, "Bukankah kita perlu menyediakan hidangan bagi menjamu mereka ayah??"
Ayah menjawab "Kita masih memiliki seekor lembu, maka sembelihlah ia..."
Maka, tamatlah riwayat sang Lembu pula.....
I
Tinggallah si Tikus yang terselamat dari perangkap tadi seorang diri....
Akibat sikap pentingkan diri rakan-rakannya, dia terselamat....

-Tamat-



So... Moral of The Story,
"Janganlah pentingkan diri sendiri kalau kawan-kawan minta bantuan...
Sebabnya, belum tentu musibah yang melanda mereka, tidak terkena kepada diri kamu sendiri....."

P/s : Ishhhhhh.... Taknak lah Pentingkan Diri Sendiri....
Insaf sekejap..
Esok lusa, kita tak tahu untung nasib kita pula.....
Baca Selanjutnya »