RSMY : Cheese Naan Terbaik


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa penggemar Cheese Naan??
Malam ni AJ nak share 1 restoran Cheese Naan best in town punya....
RSMY Cheese Naan Terbaik, Marvelous, Tip Top dan Meletop!
Haaaaaa... Memang best gile la pendek cite... =D
Sekali kena pasti nak lagi.......
Dah lama dah AJ nak share dengan korang sebenarnya, tapi asik lupe je.....
Memang dari dulu lagi restoran ni dah jadi salah 1 tempat favourite AJ.....
Even sekarang pun ade kat sini untuk kali kedua minggu ni... =P

Restoran ni name nye RSMY.....
Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)..
Landmark dia berhadapan dengan maju junction sederet restoran/hotel Lotus....
Kedai dia ni kat dalam sikit, tapi senang je nak cari....
Cheese Naan dia, memang terbaik terangkat wa baq ang.....
Takde lagi la kedai yang boleh lawan cheese naan RSMY ni......
Harganya memang agak mahal sikitlah nak dibandingkan dengan kedai lain....
Tapi berbaloi la dengan apa yang kita dapat.....
Cheese pun banyak, rasa dia pun memang umpphhhh....!!!
Kawan-kawan yang AJ bawak makan kat sini, semuanya datang balik....
Takde lagi la yang tak berpuas hati dengan harga yang diorang bayar....

Cite banyak pun tak gune kan...
Apa kate korang try sendiri....
Kalau yang ade kat luar KL tu, bile datang sini cubelah!

Sebelum korang nak pegi cube tu, meh layan seketul 2 gambar...
Kasi bakar line sikit...
Jemput makan semua..... =D



Terliur kan kan kan????
So ape lagi... Silalah serbu... =D

RSMY
House of Real Beriani
No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26970700 , 03-26971700 

Dijamin berpuas hati....
Sekarang ni rase macam dah tak larat pulak nak berjalan...
Huhuhuuhuhuhu....

P/s : Kenyang tahap gaban dah ni....
Alhamdulillah....

Baca Selanjutnya »

20 Tahun Highland Tower Menyembah Bumi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 11 Disember 2013, genap 20 tahun Highland Tower menyembah bumi....
Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang Selangor ini mengorbankan 48 nyawa apabila 1 daripada 3 blok nya tumbang ada tahun 1993....


Kejadian ini merupakan kejadian runtuhan bangunan yang pertama di Malaysia dan terburuk pada masa itu...
Runtuhan ini dikatakan berlaku akibat hujan yang berterusan menyebabkan tanah runtuh selain sistem saliran yang tidak sempurna...
Bermula dari pergerakan tanah yang menghentam tembok tempat letak kereta, tanah runtuh yang berlumpur itu juga telah meruntuhkan blok 1 pangsapuri mewah Highland Tower pada pukul 1.35 petang....
Mangsa yang terkorban terdiri daripada rakyat Malaysia serta 12 orang warganegara asing...

Usaha menyelamat dijalankan dengan bantuan dari pasukan penyelamat dari negara luar seperti Singapura, Perancis, Jepun, United Kingdom dan United States...
Dalam kejadian tersebut, hanya 2 orang mangsa disahkan terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan pengasuhnya....
Rakyat Jepun yang ditemui masih hidup ketika itu pula, disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 12 tengah malam.....
Manakala penghuni blok 2 dan 3 diarahkan berpindah serta merta...

Semasa kejadian runtuhan Highland Tower

Kini 20 tahun sudah berlalu, Highland Tower yang dahulunya cukup gah hanya tinggal sejarah dan ditumbuhi semak samun.....

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai tragedi ni, korang search je history channel Highland Tower..
Nanti ade 1 dokumentari penuh dan pengalaman penghuni blok lain....
Dah berkali-kali AJ tengok tau...

P/s : Sampai sekarang orang masih ingat Tragedi Highland Tower ye....


Baca Selanjutnya »