Gemuk!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aritu kawan AJ yang photographer tu ade upload gambar...
Lepas pada tu banyak pulak yang komen kata AJ dah gemuk.....
Ehhh??? Iye ke????
Sebenarnya memang betul pun AJ dah bertambah berat badan sikit...
Dari 41 kg ke 45 kg....

Gambar Gemuk!

Yeaayyyyy..... Mission berjaya!
Alhamdulillah setelah sekian lama, naik jugak berat badan ni....
Sekarang ni, AJ nak cuba maintainkan atau naikkan lagi 2 kg...
So dah dapat berat badan ideal... =D

Orang kata, kalau gemuk tanda senang hati....
Alhamdulillah... I am happy... =D

P/s : Hasil dari makan macam PIRANHA.... =P


Baca Selanjutnya »

Hakikat Sebenar SPRITZER!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu lepas AJ join beberapa orang blogger lain untuk melihat sendiri hakikat sebenar air minuman Spritzer....
Ada khabar yang mengatakan sumber air Spritzer ni dari jerat Cina??
SAH memang SAH!!!!
Nak tau ape yang SAH dan SAHIH, jom ikut kisah trip AJ ke kilang Spritzer di Taiping...


Perjalanan dari Kuala Lumpur makan masa lebih kurang 2 jam lebih....
Dalam perjalanan tu ade pulak kuiz untuk semua blogger yang terbabit....
Kite kene alert dengan setiap perhentian, susur keluar lah...
Bab tu memang AJ tak dapat nak jawab lah..... 
Mane nak perasan yang dah terlepas tu kan..... Hahahahaha...
Tulisan??? Tak payah cakaplah, habis tunggang langgang gara-gara menulis dalam bas yang bergerak.....
Sampai kat Taiping, kami singgah makan tengah hari dulu dekat Flemington Hotel...
Dan seterusnya ke kilang Spritzer....



Kilang ini terletak di atas tanah yang berkeluasan 330 ekar yang 330 kali lebih besar daripada padang bola sepak ataupun sebesar 330 buah padang bola sepak..... Besarkan?
Ianya juga bersebelahan dengan Lembaga Air Perak (LAP) yang berkeluasan 200 ekar serta dikelilingi oleh hutan hujan tropika..

Nampak tak jiran sebelah??

Kedalaman punca air minuman Spritzer pula diambil lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah...
Kami sendiri dibawa naik ke puncak untuk melihat sendiri punca air diambil... =D

 
Lawatan ke tempat punca air Spritzer

Banyak kebaikan yang kita perolehi rupanya bila minum air spritzer ni, antaranya memiliki kandungan silikon / Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi dapat menyekat penyerapan alumunium dan mencegah dari penakit alzheimer (kehilangan memori)...
Menjadikan rambut dan kuku lebih sihat, kulit yang lebih cantik dan anti penuaan serta tulang yang lebih kuat...
So nak awet muda minumlah Spritzer banyak-banyak! =D

Selain tu kan Spritzer telah disahkan oleh JAKIM, SIRIM, HACCP, Kementerian Kesihatan Malaysia dan memperolehi beberapa anugerah antaranya, reader's Digest Trusted Brand Platinum Award 12 tahun berturut-turut, Frost & Sullivan Asia Pasific Bottled Water Companyof The Year 4 tahun berturut-turut, Best Brands Signature Award, dianugerahkan oleh The Brandlaureate serta tercatat dalam "Malaysia Book of Record" sebagai Kilang Pembuatan Air Botol yang terbesar di Malaysia...

Seterusnya kami dibawa melawat ke tempat pemprosesan Air Spritzer, sayangnya tak boleh nak amik gambar pulak......
Masa memula masuk, AJ terus teruja tengok kilang tu.... Bersih sangat!
Mesin yang digunakan pula beroperasi secara automatik sepenuhnya dan tidak dikendalikan oleh tangan manusia....
Kami berpeluang tengok step by step dari cara buat botol sampailah cara pembungkusan..
Kalau korang nak merasai pengalaman yang sama, kilang ni dibuka kepada orang awam pada waktu pejabat dengan menghubungi Bahagian Perhubungan Awam untuk temujanji..
Ramai juga yang penah melawat selain kami tau sebelum ni....
Kami juga difahamkan Taman rekreasi sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Jun 2014 dan akan dijadikan salah 1 tempat perlancongan di Taiping...
Merangkumi tapak golf mini dengan 18 lubang, kafeteria, kedai cenderamata, auditorium & galeri serta lawatan kilang yang akan dibuka kepada orang awam pada masa yang ditentukan...
Menarik kan???

Hakikat sebenar Spritzer

Dan yang paling penting dah memang SAH dan SAHIH, kilang Spritzer ni takde kena mengena pun dengan jirat Cina....
Memang ada jirat masa nak ke Kilang tu, tapi jaraknya boleh tahan jauh....
AJ sendiri tak nampak langsung bayang jirat tu masa melawat kawasan sekitar kilang..
Malahan dari puncak bukit tu pun tak nampak langsung.....
So memang produk Spritzer ni bebas dan bersih dari anasir-anasir yang tidak baik tau.....
Orang yang sebarkan cerita tu.... "Tak baik tau!!"
Harapnya lepas pada baca entri ni, takde lagi yang rase was-was nak minum Spritzer...

Sebelum balik kami diberikan sedikit cenderahati dan dibekalkan dengan pelbagai produk Spritzer...
Hilang haus tekak ni sepanjang perjalanan balik tu... =D
Yang paling best, AJ salah seorang pemenang contest gambar Instagram tau!
Dapatlah mini water dispenser... Alhamdulillah..

Tak sah kan trip atau entri ni tanpa gambar yang berkoyan-koyan???
Apa lagi, jom layan gambar pulak! =D



 

 Antara blogger yang turut sama memeriahkan Trip Ke Spritzer

P/s : Nak minum Spritzer Love, Tinge, +Fibre, Pop banyak-banyaklah lepas ni.....


Baca Selanjutnya »