Takziah Buat SepupuKu


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam merupakan hari paling sedih buat sepupu AJ...
Anak pertama yang dikandungnya selama 9 bulan, pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya setelah 3 hari dilahirkan.....
Ya Allah..... Berat sungguh ujianMu....

Bayi lelaki yang cukup sifatnya dilahirkan pada 8 Mac 2014......
Masa dilahirkan tak nampak pulak macam baby tu sakit.....
Cousin AJ cakap masa pertama kali dia menyusukan, beberapa kali hisap baby muntah.... Ada lendir yang keluar dari hidung dan mulut baby.....
Lepas tu terus nurse amik dan baby dikejarkan dalam NICU.....
Memula doc suspek baby mungkin ada masalah paru-paru, lepas X-ray doc cakap baby ada masalah salur pernafasan dan salur makan tersumbat serta memerlukan pembedahan segera.....

Namun lebih kurang 12.30 tengah hari, 10 Mac 2014 baby disahkan meninggal dunia sebelum dibedah.....
Menurut cousin lagi, masa tebuk tu je baby dah lemah dan meninggal dunia.....
AJ dapat tau pun petang semalam, tak sempat tengok jenazah baby..... Sampai je tanah perkuburan, jenazah telah dikebumikan satu liang lahad dengan arwah datuknya.....

Saat yang paling memilukan bile dia menangis masa AJ peluk dia sambil cakap "Ayue, aku takde anak dah Yu.....
Aku pantang takde anak....."
Berderai airmata AJ.....
Takpe Ema, Nizam..... Insyaallah ade rezeki lain buat kalian nanti.....
Aku doakan korang tabahkan hati.....
Di pintu syurga Mohd Rayyan Haidar menunggu korang....
Insyaallah.......
Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul......

Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah....


P/s : Allah menguji insan yang mampu menghadapinya.....
Doa aku sentiasa ada buat kalian.......
#PrayForMH370



Baca Selanjutnya »

Doakan Yang Terbaik Buat MH370


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pray for MH370

Saat ini dunia sedang dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat MAS MH370....
Memang kes ini menjadi tanda tanya kepada semua rakyat....
Sehingga ke saat ini, usaha mencari masih dijalankan.....
Segala kemungkinan pasti akan berlaku..
Apapun, AJ doakan semoga pesawat dan penumpang ditemui..
Tak tahan rase hati ni bila tengok deraian airmata setiap orang......
AJ sendiri bergenang airmata setiap kali membaca setiap perkembangan mengenai kejadian ni....
Dan tanpa diduga, salah seorang daripada krew penerbangan merupakan salah seorang saudara sebelah mak Mr.JR....

Ya Allah... Kau maha mengetahui segalanya...
Berilah petunjuk kepada kami semua....
Seandainya di ruang udara, kau turunkanlah...
Seandainya dilautan luas, kau timbulkanlah.....
Dan seandainya di daratan, kau tunjukkanlah...

Dan kepada mereka yang lain, hentikan segala lawak tak kelakar, tak masuk akal serta hentikan spekulasi...
Kesiankanlah kaum keluarga mereka yang tak putus harap menanti insan tersayang...
Cuba letakkan anda ditempat mereka????
Apakah perasaannya bila ahli keluarga didalam pesawat yang tidak ditemui diperlekehkan dengan pelbagai cara.....??
Pedih bukan? SO HENTIKAN!

P/s : Nak menangis!


Baca Selanjutnya »