Selamat Hari Lahir Abah Yang Ke-60


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas, 25 Ogos 2014 Abah AJ genap 60 tahun.....
Alhamdulillah, Allah swt masih mengurniakan AJ dengan kasih sayang dan seorang insan bergelar Abah...
Macam sebelum ni, setiap kali hari lahir mak atau abah kitorang bawak pegi makan je...
Takdelah nak tiup-tiup lilin bagai kan...... =D


Dari siang AJ duk fikir nak bawak makan kat mana....
Tanye kakak AJ, dia pun takde idea....
Penyudahnya, fikir punya fikir.... Nu Sentral jadi pilihan.....
Senang sikit.....
Dekat dengan rumah dan tak payah tempuh jem....
Masa besday mak aritu, sejam setengah kot duduk dalam jem baru sampai lokasi....
Hehehehehehe....


Sampai kat sana, The Manhattan Fish Market yang jadi pilihan "birthday boy"....
AJ duk kalut jugak fikir sebenarnya...
Ade menu lain ke selain fish kat situ......
Yelah, AJ kan pelik sikit tak makan ikan.... Hehehhehehhe....
Alhamdulillah menu-menu kat situ menepati citara AJ...
Bukan tekak AJ je, paling penting menepati citarasa orang tua AJ....



Alhamdulillah.... Ada rezeki AJ untuk belanja Abah makan......
Gaji pun keluar tepat pada waktunya.... Kannnnnnnnn... =D
Yang paling seronok lagi, bila AJ tengok abah tersenyum gembira.....


Untuk Abah...
Selamat Hari Lahir yang ke-60...
Takde hadiah mewah yang dapat adik hulurkan...
Sekadar yang termampu je....
Adik doakan Abah sentiasa panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.....


Anak yang degil ya amat ni sayang kat Abah sangat-sangat tau... =D

P/s : Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat senyuman bahagia insan tersayang...



Baca Selanjutnya »

Review : Rose Hair Perfume Dari Legacy Secret


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Rose Hair Perfume??
Pernah dengar??
AJ pasti ade antara korang yang penah dengar dan cuba sendiri kan?
Selain badan, AJ paling menjaga kesihatan rambut AJ....
Bila ade masalah dengan rambut, kulit kepala semua AJ akan jadi runsing....
Selagi ada produk selagi tu lah AJ akan cuba.. =D
Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan Rose Hair Perfume ni pulak...

Rose Hair Perfume merupakan 1 produk yang dihasilkan khusus untuk wanita terutamanya wanita bertudung..
Produk ini berfungsi sebagai wangian rambut bagi mengurangkan bau-bauan kurang enak...

Produk keluaran Legacy Secret Sdn Bhd ini diperkaya dengan ekstrak ros menjadikan rambut anda berbau wangi bak haruman bunga mawar.
Selain itu ianya diperkaya dengan collagen dan vitamin E serta air suling menjadikan rambut lebih mudah diurus, tak cepat rosak dan juga membantu melebatkan rambut.

Antara kelebihan / khasiat Rose Hair Perfume :

-Membantu menyihat rambut.
-Membantu mewangikan rambut terutama bagi wanita bertudung.
-Membantu mengelakkan rambut  rapuh.
-Membantu mengatasi rambut gugur.
-Membantu pertumbuhan rambut baru.

*Kajian mendapati 10/10 pengguna mengakui rambut masih berbau harum walaupun lebih 8 jam memakai tudung.

Cara penggunaan Rose Hair Perfume :

Ambil sedikit dan ratakan ke seluruh rambut..
Gunakan selepas mandi..

AJ selalu guna selepas mandi ketika rambut masih separa basah...
Lepas guna tu kan, memang rambut nak letak kat hidung je la...
Bau dia wangi sangat.... Macam bau potpuri.. =D


Harga pasaran bagi sebotol Rose Hair Perfume 25gm:
RM 30 bagi Semenanjung Malaysia
RM 35 bagi Sabah dan Sarawak


Ehhhhhhh.... Kejap-kejap....
Belum habis lagi..... Scroll la lagi....
AJ ade lagi 1 info penting untuk maklumat korang tau.....

Cara Mengenalpasti Produk Asli dan Tiruan


Sekarang ni terlalu banyak lambakan barang tiruan dalam pasaran kan...
So macam mana nak tau produk yang dibeli ni original dari Legacy Secret??
Meh AJ bagitau korang info penting ni....

Melalui beberapa cara di bawah, korang boleh tau produk itu asli atau tidak.

1. Pengesahan Melalui Visual
Korang boleh tengok perkataan "LS" dari sudut 15 darjah.


 2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Korang boleh rasa ada cetakan yang timbul bila menyentuh label dengan jari.


3. Pengesahan Melalui QR applikasi WeChat
Imbas kod dari label yang terdapat pada produk, dan info mengenai produk akan dipaparkan.
WeChat ID : harummalam



Ingat ye.... 1 QR kod tu korang boleh imbas 5 kali je....
Jika melebihi had, korang akan diberikan nombor telefon untuk pengesahan produk....

Haaaaaa..... Pastikan korang beli yang asli ok!
Produk tiruan dikhuatiri akan memberikan kesan sampingan.....
Kang nak cantik, wangi terus jadi teratai layu di tasik madu pulak kang gara-gara terbeli produk tiruan....


Dah tau kan? Jangan beli produk tiruan pulak ye... =D

Untuk segala maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman sesawang yang AJ sertakan kat bawah ni....

www.legacysecret.com
www.harummalam.com
www.facebook.com/WanitaPerfect
www.facebook.com/HarumMalamHQ
www.facebook.com/LegacySecretTrading

P/s : Wangi, harum semerbak!
Baca Selanjutnya »