12 Disember 2013 - 1 Disember 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ni, genap setahun AJ menimba rezeki kat tempat sekarang....
Dan hari ni jugak, status temporary staff AJ telah tamat...
Tak sangka, dah setahun rupanya....
Kejap masa berlalu.... Pejam celik, pejam celik.. Eh! Dah setahun....?


Alhamdulillah....
AJ suka sangat keje kat sini...
Walaupun kejenya kadang stress... Tapi AJ happy...
Dengan persekitaran dia yang meriah, kawan-kawan yang "havoc"..
Memang best sangat!
Harap-harap, rezeki AJ kat sini masih panjang.....
Seriously, sayang nak tinggalkan office ni if 1 day kene tinggalkan la......

P/s : Esok, Insyaallah bermulalah fasa lain AJ di tempat sama.....
Baca Selanjutnya »

Takziah Buat Schoolmate...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 Baru malam tadi nampak kawan AJ post gambar dia dengan suaminya.....
 Gambar dengan caption :
"Mule2 me selfie..pastu hubby ckp u ni tak habis2 bergambar..pastu bile ajak dia sekali kemain pulak...hehehehe
‪#‎loveutilljannah‬ ‪#‎mogahubungankitakekalhinggakesyurga‬ ‪#‎meandu‬
‪#‎happywithu‬

Lepas tu tadi AJ terbaca pasal kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Aston Martin DB9 kat Lebuhraya NPE tu....
Rupanya-rupanya yang terlibat dalam kemalangan tu Allahyarham suami kawan AJ tu....
Memang AJ terkejut sangat... Yelah baru malam tadi dia post gambar...
Malam tadi juga lebih kurang waktu yang sama, suami dia terlibat dalam kemalangan maut tu....

Innalillahiwainnalillahiraujiun.....
Al-Fatihah buat Allahyarham Siraj....


 
 
Kepada Wanie, aku harap kau tabah....
Berat dugaan kau bile sekelip mata kau anak-beranak kehilangan punca......
Semoga Allahyarham suami mu di tempatkan dikalangan insan beriman.....

Berita lanjut : Harian Metro

P/s : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.....


Baca Selanjutnya »