Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ramadhan kembali menjelma.. Alhamdulillah bertemu lagi kita...


Di kesempatan ini, AJ ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kata-kata AJ dalam mana-mana entri ada mengguris perasaan korang....
Dan mana yang penah bersua muka, maaf juga dipinta andai ada perbuatan yang menyakitkan mata...
Al-maklum, sebagai manusia kita tak lari dari terlanjur bicara dan terlepas laku kan....
Maaf juga bagi pihak keluarga AJ kot-kot ade tersalah silap....

Semoga Ramadhan kali ni memberikan seribu makna buat semua...
Kawal nafsu, mata, telinga dan sebagainya.....

P/s : Jangan nak ponteng-ponteng puasa tau korang....
 Kang ada yang dapat jenjalan naik kereta jenazah pulak...... =D

Baca Selanjutnya »

Memori Sepetang Bersama Blogger 2015 #SBBYeos2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Awas! Entri banyak gambar! Hehehhhehehe...


Sabtu 13 Jun Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 atau lebih dikenali sebagai #SBBYeos2015 telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 orang blogger bukan sahaja dari Malaysia, malahan dari negara jiran Indonesia....
SBBYeos2015 merupakan kali ke-4 dianjurkan dan mungkin merupakan kali terakhir..... =(
AJ sendiri dah 2 tahun berpeluang join SBB... =D

SBB tahun ini menampilkan kelainan dari tahun-tahun sebelumnya yang biasanya diadakan di tempat yang tertutup..
Tahun ni SBB pertama kali anjurkan di tempat terbuka dengan aktiviti outdoor iaitu Treasure Hunt pada sesi pertama....
Memang fun dan menguji minda sungguh aktiviti Treasure Hunt ni...
Kene turun naik bukit tu yang tak tahan tu....
Nasib baik stamina AJ masih fit lagi walaupun dah kurang buat aktiviti-aktiviti lasak ni.....
Dan gara-gara task pertama, wall climbing terus lekat nama "CICAKGIRL"... Kahkahkah....


Senaman pagi dulu.....

Kumpulan 10 : The Ten katanyaa.... =D
Dari  kiri : Aten, Nyna, AJ, Izzuddin (back), Reezluv, Jamar (back), Amir Nawawi, Encik Titan




Pada sesi kedua pada sebelah petang, 3 orang panel dijemput untuk berkongsi ilmu berblog...
Antaranya Tuan Aqif Azizan, pakar copywriter yang berkongsi mengenai kelebihan outbound blog...
Iaitu strategi untuk membentuk, memperkukuhkan blog dan menjual dengan harga mencecah ribuan atau ratusan USD...
Suatu perkongsian yang hebat!

Panel kedua Saudari Anazkia dari Indonesia yang berkongsi mengenai blog beliau yang banyak berkisar mengenai tenaga kerja antara pembantu rumah dan majikan...
Untuk pengetahuan, saudari Anazkia penah menjadi pembantu rumah...
Dari karya menulisan beliau, sedikit sebanyak persepsi masyarakat antara pembantu rumah dan majikan banyak dikupas.... Dan banyak mengubah pendapat orang ramai....

Dan panel ketiga Tuan Masrukhin dari eQurban memceritakan pengalamannya mengembara ke China selama 46 hari bersama anak lelakinya....
Suatu kembara hebat dan pengalaman yang berharga buat mereka.....
Mendengar kisah pengembaraan beliau membuatkan AJ sendiri rase nak mengembara dan timba pengalaman dari negara orang....

Selepas itu berlangsungnya Majlis Pelancaran Jam Tawaf Denaihati yang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Yani dari wakil dari Kumpulan Karangkraf...


Untuk cabutan bertuah pula, AJ macam biasalah... Jarang bertuah... Hahhahaha...
kat SBB aritu 1 pun tak mengena... Takpe, bukan rezeki kan...... =D
Tahniah diucapkan buat blogger-blogger yang menang lucky Draw antaranya Halim Brother yang memenangi hadiah utama Iphone 6 64GB... Untunglahhhhh..... =D
Dan juga kak Rokiah yang menangi Samsung Note Edge....

Untuk Treasure Hunt pula group AJ iaitu group 10 hanya mendapat saguhati...
Tak cukup power lagi nampaknya... Hehehehhee....
Tahniah buat kumpulan yang menang iaitu tempat pertama wang tunai RM3000,
tempat kedua RM1200 dan tempat ketiga RM800....

Tak lupa buat pemenang 3 unit Go Pro Hero 4 untuk segmen sitkom Yeos iaitu Mahamahu si #BloggerKakiMakan, Zakwan Zain dan Blogger Lelaki.....
Yang ni AJ tak join... Bakat pun takda....
Jangan lupa ajak AJ selfie pakai Go Pro Hero 4 korang tu ye! WAJIB! =P

Lebih kurang 5 petang Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 melabuhkan tirainya....
Jauh kat sudut hati ni kan, AJ berharap ini bukanlah yang terakhir...
Bukan apa, kat sinilah salah 1 platform untuk sesama blogger saling berjumpa selain dari alam maya dan mengembangkan network...
Sekalung tahniah buat Team Denaihati Network...

Sebelum AJ tamatkan entri #SBBYeos2015 ni, jom kita layan dulu gambar-gambar semasa acara berlangsung...
Jom tengok gambar yang sempat AJ snap...

Antara blogger-blogger yang AJ sempat selfie....
Tq Kak Red Mummy wish belated birthday... =D

Group 10 yang havoc!

Tak cukup lagi?
Meh tengok gambar dari kawan-kawan lain pulak....
Kredit gambar kepada Acul dan juga rakan-rakan group 10... =D
Thanks korang sudi kongsikan gambar...

Gambar dari kamera Acul...

 
 Sebahagian gambar yang dikongsi oleh ahli Kumpulan 10

Suatu memori yang berharga...
Sayonara Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos...

 P/s : Hilang lemak 5kg gara-gara Treasure Hunt...
Siap ngan pakej demam selsema la balik tu....
Sampai ke hari ni, sakit tekak ngan selsema tak hilang lagi..... Hehehhehehe....


Baca Selanjutnya »

Jenis, Warna Dan Fungsi Concealer


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Arini AJ nak share sikit dengan  korang pasal concealer...
Kalau tengok kat pasaran, concealer ni ade banyak jenis....
Dan selalunya concealer ni ade beberapa warna...
Tau tak sebenarnya setiap warna concealer tu ade fungsi dan peranannya yang tersendiri?

Concealer berfungsi untuk menutup cela dan kekurangan pada wajah seperti parut jerawat, lingkaran gelap bawah mata ataupun melindungi tona kulit tak sekata... Dan juga boleh digunakan sebagai shading wajah...
Pendek kata kan, concealer ni boleh jadi kunci awal untuk mendapatkan solekan yang tampak rata dan flawless... Haaaaa... Gittew.. =D

Jenis-jenis Concealer

✔️ Cecair
Bersesuaian dengan kulit matang, bertekstur ringan, cepat meresap ke dalam kulit serta tahan lama..
Boleh juga digunakan sebagai primer untuk eyeshadow...

✔️Stick
Sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan penggunaan concealer...
Ianya mudah diaplikasikan pada wajah dan lebih tahan lama berbanding jenis cecair...

✔️Gel
Hampir sama dengan concealer jenis stick, bezanya ianya lebih lembab dan bertekstur matte...
Biasa digunakan oleh jurusolek professional dan sesuai digunakan jika ingin bermekap agak tebal...
Kalau yang belum biasa dengan concealer, hindari menggunakan jenis gel kalau tak nak mekap nampak bercapuk..

Warna-warna Concealer dan Fungsinya

✔️Natural
Sesuai dengan semua jenis dan warna kulit...
Berfungsi untuk meratakan tona kulit tak sekata lebih lagi buat wanita Asia...

✔️Hijau
Untuk menutup jerawat dan kesan kemerahan pada kulit...

✔️Peach/Pink/Kuning
Menutup kesan lingkaran gelap bawah mata dan kulit yang tampak kusam..

✔️Ungu
Untuk menyamarkan warna kekuningan pada wajah dan mencerahkan warna kulit...

Sekarang dah tau dah serba sedikit tentang concealer kan?
Semoga boleh dijadikan panduan untuk korang pilih concealer yang bersesuaian dengan kulit korang....

Concealer pilihan AJ?

NYX Above & Beyond Full Coverage Concealer (Shades-CJ 10 : Yellow/Jaune) - Gel Concealer




Pada AJ, concealer NYX ni kemasan dia rapi je....
Guna sikit pun dah cukup untuk menutup cela pada wajah....
AJ ni ade masalah lingkaran gelap bawah mata dan jugak tona kulit tak sekata.....
So kalau tak pakai concealer kulit AJ akan nampak agak penat dan kusam.....
AJ beli dekat Sephora dengan harga RM26... Murah kan?

Okaylah, nanti AJ share lagi serba sedikit beauty tips or produk yang AJ guna.....
Daaaaa... XOXO!

P/s : Kulit tengah sunburn penangan Birthday Trip last week dan #SBBYeos2015 Sabtu lepas....
Huhuhuhuhhu....

Baca Selanjutnya »