Review : Skinsoul SkinShield Travelling Set

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hi korang! Arini AJ nak kenalkan korang dengan 1 lagi produk dari SkinSoul....
Kali ni AJ nak review sikit pasal Skinsoul SkinShield Travelling Set....


SkinSoul SkinShield Travelling Set ni mengandungi 5 item antaranya :

SkinShield Hydra-Purifying Cleanser


Mengandungi vitamin dan mineral dari bahan organik Ashitaba yang terkandung dalam Swiss Glacier Water yang mampu mencuci segala kekotoran pada wajah, sebum yang berlebihan serta pencemaran kulit  disamping melembutkan kulit wajah...

SkinShield Hyrating, Energizing & Pore-refining Lotion


Losyen muka ini bertindak untuk memberikan kesegaran pada kulit dan boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun pada muka yang sudah bermekap untuk menghidrasi dan memberikan kulit yang tampak segar bertenaga...

SkinShield Lift & Bright Serum


Bertindak sebagai agen anti penuaan, serum ini diformulasikan dengan molekul kecil anti-penuaan Ashitaba yang boleh meresap jauh ke dalam kulit bagi mengembalikan serta mengekalkan keanjalan kulit...

SkinShield 12 in 1 Suncare Day Cream (SPF 50)


Krim siang SkinShield yang bertekstur halus dan mudah diserap kulit ini bertindak bagi memberikan perlindungan matahari dan boleh dijadikan sebagai asas solekan yang sesuai dengan tona kulit.

Mengandungi 12 manfaat Ashitaba seperti :

1. Menghidrasi dan melindungi kulit
2. Mengurangkan komplikasi
3. Memutih dan mencerahkan kulit
4. Menyamaratakan tona kulit
5. Memperbaiki cela pada kulit
6. Menangani masalah penuaan
7. Melindungi kulit dari sinar UV
8. Memberikan kesihatan semulajadi kulit
9. Melegakan kerengsaan kulit daripada tekanan persekitaran
10. Melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
11. Mengembalikan keremajaan kulit
12. Awet muda

SkinShield Night Cream


Krim malam yang diperkaya dengan Ashitaba direka untuk pemulihan semula jadi kulit dengan kepekatan retinol untuk pemulihan kulit berterusan sepanjang malam...

Meh AJ tunjuk step by step menggunakan SkinSoul SkinShield ni....


1. Titiskan 2 atau 3 SkinShield Hydra-Purifying Cleanser, urutkan lembut pada wajah dan bilas bersih...

2. Sapukan SkinShield Hyrating, Energizing & Pore-refining Lotion (toner) dan ratakan dengan menggunakan kapas muka...

3. Oleskan SkinShield Lift & Bright Serum setiap pagi dan petang selepas mencuci muka dan selepas menggunakan toner/lotion...
Note : Jangan gunakan serum ini sekiranya kulit korang berjerawat ye... :)

4 & 5. Oleskan SkinShield 12 in 1 Suncare Day Cream pada waktu pagi dan SkinShield Night Cream pada waktu malam....


 Haaaa.... Nak kulit yang muda remaja?
Senang je kan..... =D

Selain memulihkan masalah kulit korang SkinSoul SkinShield Travelling Set ni mudah dibawa kemana-mana sahaja.....
Lepas ni kalau nak travel, korang tak payah nak fikir pasal masalah nak packing skin care korang...
Bawak je SkinSoul SkinShield Travelling Set ni, settle dah 1 masalah... =D

Berita BAIK! Berita BAIK!!!!!
Nak dapatkan produk ni tak??
Korang boleh gunakan kod ini #SSAYUEJEAN di mana-mana outlet SkinSoul dan boleh mendapatkan SkinSoul SkinShield Travelling Set ni pada harga RM388 sahaja (NP: RM500)

Selain tu korang juga boleh membawa pulang SkinSoul SkinShield Set berharga RM100 dengan pembelian minima RM100 dan keatas dalam 1 resit..
(T&C Applied)
 Best kan? Tak nak cuba ke?
AJ dah cuba... Korang bile lagi??
Macam biasalah kalau korang nak enjoy semua privileges kat atas ni, korang kena tunjuk yang dah FOLLOW blog AJ dan FB SkinSoul okay...


Website : http://www.skinsoul.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/skinsoul
 P/s : #iluvSkinSoul

Baca Selanjutnya »

Review : SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mekap dan AJ berpisah tiada....
Bila dah mekap 1 perkara yang paling AJ malas nak buat adalah mencuci kesan-kesan mekap....
Nak pulak yang jenis waterproof.....

Arini AJ nak share dengan korang SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes yang diformulasikan dari Swiss Glacier Water dengan 4.4.3 iaitu :
[4] Minyak Essential (Essential Oils)
[3] Antioksidan (Antioxidants)
[3] Bahan-bahan penghidratan dan penenang (Hdrating & Soothing Ingredients)


SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes memudahkan AJ membersihkan kulit dari kotoran berminyak yang tersumbat di dalam liang roma, membantu membersihkan kesan mekap kalis air dengan 1 sapuan yang lembut, membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulit wajah tanpa menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit....


Dengan hanya 1 langkah mudah, kulit AJ terasa lebih lembut, terhidrasi dan lembab..
Baunya juga sangat lembut dan menenangkan!
Setiap helai SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes tidak mengandungi pewangi, warna, bahan kimia berbahaya dan bebas paraben....

10 sebab yang membuatkan AJ sukakan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes??
  1. Hanya 1 sapuan lembut mampu membersihkan segala kesan mekap dan kotoran pada kulit wajah
  2.  Tidak menyumbatkan pori-pori muka
  3. Tidak meninggalkan kesan mekap pada bantal selepas digunakan
  4. Tidak menyebabkan iritasi pada kulit ataupun mata
  5. Boleh digunakan pada kulit sensitif dan berjerawat serta sesuai untuk semua jenis kulit
  6. Tidak mengeringkan kulit
  7. Tidak melekit, berminyak ataupun bersabun serta tidak berbau
  8. Membuatkan kulit terasa segar, bersih, terhidrat, tenang, lembut setiap kali selepas penggunaan
  9.  tidak mengandungi pewangi, warna, bahan kimia berbahaya, bebas paraben dan bebas lanolin
  10. Sangat mudah dan senang digunakan


 AJ memang suka dengan produk yang memudahkan AJ!
Tambahan pula, AJ pun kadag-kadang agak busy dengan urusan AJ, so penjagaan kulit tu pun AJ terlepas pandang....
Dengan adanya SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes ni segalanya jadi mudah!

Pada korang yang berminat untuk mendapatkan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes, boleh kunjungi cawangan SkinSoul berhampiran dengan harga RM53 / 60 helaian sepeket...

AJ ade berita baik untuk korang...
Tapi sebelum tu, jom tengok video AJ dulu.....
Pestime ni buat video okay... =D

Kalau susah nak play video ni boleh klik link ni -----> : #SkinSoulPerfectWipe

Berita baik untuk pembaca blog AJ!

Korang boleh gunakan kod ini #SSAYUEJEAN di mana-mana outlet SkinSoul dan boleh mendapatkan 2 SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan bawa pulang limited edition SkinSoul LipBalm (not for sale)

Korang juga boleh membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set pada harga RM388 sahaja (NP: RM500)

Dannn....

Anda juga boleh membawa pulang SkinSoul SkinShield Set berharga RM100 dengan pembelian minima RM100 dan keatas dalam 1 resit..
(T&C Applied)


Paling utama, kalau korang nak enjoy semua privileges kat atas ni, korang kena tunjuk yang dah FOLLOW blog AJ dan FB SkinSoul...

Best kan??? Haaa... Cepat beli sekarang..
Nanti melepas!

Website : http://www.skinsoul.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/skinsoul

P/s : Love It!


Baca Selanjutnya »

Potong Jugak Akhirnyaaaa.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Dah dekat sebulan sebenarnya AJ berkira-kira nak potong rambut pendek....
Sebabnya AJ cam dah bosan sikit berambut panjang....
Yelah, last AJ potong pendek raya tahun 2011/12 kot....
Lepas pada tu memang tak penah potong dah.....
Dan lagi 1 yang buat AJ tak potong bile ade yang membangkang... Mr.JR lettew... =P

Lepas tu recently ni perasaan ngengade nak potong rambut tu menjadi-jadi pulak....
Beriya la meng"google" fesyen rambut pendek pastu tunjuk kat mereka-mereka yang berkenaan tanye pendapat....
Tapi takmo la yang pendek sangat....
Medium length je la...=D
Tu pun dalam masa duk nak potong tu still fikir lagi + pujuk orang tu bagi AJ potong rambut!
Alasan malas nak manage rambut lah, rambut sebelah bawah tu rosak semua la....
Tapi memang betul pun...
Tabiat mewarna rambut AJ tu selalu buat hujung rambut AJ agak keras....
Tapi bahagian atas selalunya ok je.... =)

Before...

Semalam balik keje, AJ terus pegi salon dekat building ofis ni....
Perasaan masa tu cam nak called-off pun ade....
Dia cam nak potong, taknak potong....
Sampai salon AJ terus cakap nak cuci ngan potong....
Hairstylist tu pulak boleh tanye "Tak sayang ke nak potong pendek?"
Waaaaaa.... AJ cakap dengan dia "Janganlahhh.... Sayang memang sayang... I 50% je ni..." terus dia gelak....
Haku dahlah tengah nervous ngan 50-50 je lagi.... Boleh pulak dia tanye....
Tapi AJ nekad... AJ cakap "Takpelah, potong je... Rambut boleh panjang balik...."
Best kan ayat penyedap hati.....? =P
Sambil dia tengah potong tu, AJ cam jeling-jeling jugak rambut yang dia dah potong....
Hahahahaha.... Nampak-nampak? Konon nekad! =P

Akhirnya....
Ni la hasil menuai rambut.....


Yayyyy... Finallyyyy.....
Nasib hairstylist tu pandai stylekan rambut AJ....
Sebab tu AJ repeat balik gi salon tu...
Sebelum balik tu ade orang cakap dia dating ngan awek baru.... Cheittt....

P/s : Old me with new hairstyle! =D


Baca Selanjutnya »