14 Hari Selepas Pengambilan C-Jello Collagen Jelly Bar!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Arini merupakan hari ke-14 AJ consume dengan C-Jello Collagen Jelly Bar....
Bagi yang belum tau mengenai produk ni, korang boleh klik sini....

Sebelum AJ tunjukkan hasilnya, AJ nak cerita sikit pasal rasa C-Jello Collagen Jelly Bar...
Korang pun tau kandungan utamanya adalah kolagen (Fish German Collagen)....
AJ ni dahlah tak makan ikan kan..... Takut jugak kalau AJ tak mampu terima rasa dia....
Tapi Alhamdulillah.... Rasa dia sama sekali takde rasa hanyir... Even bau pun takde.....
Dia macam rasa melon dan beri.... Memang sedap!
Jelly dia pun sejuk je... =D

Dari mula AJ amalkan C-Jello Collagen Jelly Bar, AJ dah nampak sedikit peubahan pada kulit AJ...
Kulit jadi lembut, jerawat halus pada wajah pun pun makin berkurangan...
Selain tu, kulit AJ ni jenis senang menggelupas... Tapi lepas amalkan produk ni, masalah kulit menggelupas tu hilang! Struktur kulit bertambah baik.... Best gila... =D

Jom tengok perubahan struktur dan kulit AJ sebelum dan selepas pengambilan C-Jello Collagen Jelly Bar....
Maaf ye lighting dalam gambar agak kurang memuaskan....

Semua gambar diambil tanpa filter, 360 or pape ye... =D

Apa macam? Korang nampak tak perubahan dia?
Lagi-lagi pada struktur kulit....
Tona kulit pun dah semakin elok, makin sekata...
AJ sendiri rasa kulit AJ makin halus dan licin.... Happy sangat...

Kalau korang nak cuba sendir, jangan lupa kunjungi mana-mana outlet SkinSoul....
Jangan lupa code #SSAYUEJEAN tau!

P/s : Dah tak perlu mekap tebal... =D


Baca Selanjutnya »

Majlis Pengenalan Produk Susu Kambing BARAKA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu lepas AJ sempat meluangkan masa menghadiri majlis pengenalan Produk Susu Kambing BARAKAshoppe dari Mozac Medicare Sdn Bhd yang bertempat di Warung Don's, Plaza Damas....
AJ sampai pun agak terlewat sikit sebab tersilap simpang dan tersalah plaza.... =(


Sebelum AJ kenalkan korang dengan produk BARAKA, AJ nak kenalkan korang dengan pengeluarnya dulu... =D
Mozac Medicare Sdn Bhd (MMC) yang ditubuhkan pada 2012 bermula dengan membekalkan Medical Disposable, Medical Devices, Scientific Equipment, Scientific Apparatus, Health Suppliment, Laboratory Supplies dan Safety Products kepada Hospital Kerajaan, Teaching Hospital dan klinik-klinik kesihatan... Terlahir dari perkongsian beberapa orang bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC)...
MMC mula membangunkan produk susu kambing BARAKA di Halal Hub Serkam, Melaka. Hasil kajian dan pembangunan oleh team Nutrisi, MMC telah mengevolusikan susu kambing tanpa bau hamis serta rasa kambing...

Kandungan utama Susu Kambing BARAKA

Macam yang kita semua tau kan, "SUSU KAMBING LEBIH BAIK DARI SUSU LEMBU" kerana molekulnya lebih hampir dengan susu ibu...
Oleh itu MMC telah menambah Prebiotik Inulin didalam setiap variasi susu kambing BARAKA. Inulin merupakan salah satu serat makanan (dietry fiber) yang membantu sehingga 6x ganda dari biasa penyerapan nutrien atau khasiat yang ada dalam susu kambing...

Susu kambing BARAKA boleh didapati dalam 4 variasi seperti :




*Susu kambing BARAKA Asli*
Selain dari prebiotik inulin dan kalsium nya paling tinggi di antara semua variasi. Dengan rasa vanilla, korang takkan perasan ianya adalah susu kambing..

*Susu kambing BARAKA Kolagen*
 Selain dari prebiotik inulin dan kalsium yang tinggi ianya diperkaya dengan marin kolagen..

*Susu kambing BARAKA Coklat*
*Susu kambing BARAKA Strawberi*
Selain dari inulin dan kalsium yang tinggi, ianya diperkaya dengan DHA bagi meransang sel -sel minda..

AJ agak memilih dalam nak minum susu kambing ni, dari dulu memang susah nak terima sebab AJ tak tahan dengan bau dan rasanya... Tapi dengan Susu Kambing BARAKA, tekak AJ senang je nak terima sebab Susu Kambing ni sedap dan takde langsung bau hamis.. Ianya juga kurang manis sebab didatangkan tanpa gula... =D
Selain tu susu kambing BARAKA sesuai untuk semua termasuk bayi, kanak-kanak, ibu hamil...


Produk Lain dari BARAKA Shoppe

Selain itu MMC juga mengeluarkan beberapa lagi produk seperti :
Aiskrim dan ice blended dari Susu Kambing BARAKA Kolagen yang mempunyai inulin, kolagen serta khasiat susu kambing yang hanya beroperasi di BARAKA Shoppe atau kiosk ice cream BARAKA di Melaka International Bowling Centre (MITC), Ayer Keroh dan tak lama lagi di outlet-outlet BARAKA terpilih di seluruh negara..

 BARAKA Beauty Drink iaitu produk minuman strawberi kolagen yang diformulasikan dari marin kolagen disamping serat anggur yang amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau ingin mendapatkan berat badan unggul tanpa meminggirkan kecantikan...

Kat mana nak dapatkan produk susu kambing BARAKA ni?



Produk susu kambing BARAKA (650gm) boleh didapati di seluruh rangkaian GIANT, Cold Storage dan Merchato di Semenanjung Malaysia manakala pek pengenalan susu kambing BARAKA (200gm)..
Manakala BARAKA Beauty Drink (pek pengenalan dan 375gm) boleh didapati secara online dengan menghubungi Facebook Baraka Shoppe...

Sepatah dua kata dari Managing Director BARAKA Shoppe...

Untuk lebih info :

Facebook : BARAKA Shoppe
Instagram : @barakashoppe
Whatsapp : +60183267978
Tel : 03-51037657



Paling penting produk BARAKA semestinya disahkan HALAL!

P/s : Cantik dan Sihat!


Baca Selanjutnya »