Sofeeya Diamond Kini Melebarkan Sayapnya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sofeeya Diamond bukan 1 jenama asing dalam pengeluaran produk kecantikan dan kesihatan terkemuka...
Antara rangkaian produk di bawah jenama ini D-collagen, Fairly Sofeeya, d-babesjuice dan d-berryfibre....
Sebut nama duta dia mesti korang kenal punya... Siapa lagi kalau bukan Yana Samsudin kannn.... =D

Bermula dengan produk minuman kesihatan, D-collagen pada tahun 2013 yang mendapat permintaan yang tinggi dan memberansangkan, Sofeeya Diamond kini melebarkan sayapnya dengan usahasama bersama Ameelya Mekanik Beauty untuk menjadi rakan kongsi pemasaran
Kerjasama ini dijalankan bagi memasarkan produk pertama dari Ameelya Beauty adalah Pimple Pop khusus untuk masalah jerawat...
Tahniah buat Sofeeya Diamond dan Ameelya Mekanik Beauty!





Setiap produk yang dihasilkan Sofeeya Diamond akan melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun dan produk terbarunya adalah limited edition D-COLLAGEN yang diformulasikan dengan formula terkini CEREPRON F dari Jepun.
Kesemua rangkaian produk Sofeeya Diamond diiktiraf kerajaan melalui majlis perasmian oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah pada Mei tahun lalu....
Kalau nak tau pasal perasmian ni boleh klik sini...



Menurut En Hamka Shahar, pengasas Sofeeya Diamond permintaan terhadap produk d-collagen amat menggalakkan dan mencecah lebih 50,000 unit setakat Ogos tahun ini.
Malahan Sofeeya Diamond mensasarkan 150,000 unit d-collagen ada tahun akan datang dan eksport ke luar negara seperti Singapura, Dubai dan China sekaligus merealisasikan misi Sofeeya Diamond sebagai jenama halal hub yang mensasarkan produk yang berdaftar, berkualiti, patuh syariah serta mematuhi piawaian semasa.

Pada sesi Teh Tarik bersama Yana Samsudin dan Sofeeya Diamond di Restoran Puteri taman Tun Dr Ismail sabtu lepas, para stokis dan pengedar yang menjadi tulang belakang Sofeeya Diamond telah diberikan bimbingan dimana mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan ilmu pemasaran produk untuk memiliki kekuatan jati diri dalam menempuh cabaran peniagan serta cara berniaga yang betul dengan bimbingan saudara Amir Faisal...



AJ bangga dapat ikut serta dalam majlis ni...
Selain dapat beramah mesra dengan duta produk dan pengasas Sofeeya Diamond serta agen-agennya, AJ dapat perkongsian ilmu yang bermanfaat... Siapa tau nanti AJ akan terjun ke bidang perniagaan kan...
Ilmu yang AJ dapat ni bolehlah AJ manfaatkan.. =D



Dalam santai teh tarik ini juga Jualan Amal Volume 1 telah dilancarkan dan produk yang dipasarkan adalah produk terbaru D-Collagen limited edition dan kolaborasi bersama Tudung Ayana iaiu jenama keluaran yana Samsudin sendiri..

Sebarang info mengenai produk Sofeeya Diamond layari :

Websitewww.sofeeyadiamond.com
Alamat : 3a25 Level 3A, Blok A,
No. 1 Jalan ss20/27,
Damansara Intan,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 016-6666619
Emel : sales@sofeeyadiamond.com

Dalam santai Teh Tarik bersama Yana Samsudin dan Sofeeya Diamond, ada lucky draw tau disediakan untuk peserta yang hadir....
AJ pun dapat jugak sehelai tudung Ayana.. Alhamdulillah lucky no 11... =D
AJ hadir pun bukan sorang je.. Dengan beberapa orang lagi geng #KelabBloggerBenAshaari....
Alhamdulillah... Dapat ilmu dan dapat hadiah sekali... =D
Seronok sangat...
AJ doakan semoga Sofeea Diamond dan juga rakan pemasarannya Ameelya Meknik Beauty serta Ayana sentasa success dalam bidang perniagaan....







Best!

P/s : Tak mekap pun cantik!

Baca Selanjutnya »

Rambut Baru! TQ Ridzokumura Salon


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru tak baru, seminggu lebih punya cerita jugaklah kan... =P
Kalau korang ade follow AJ kat instagram or facebook, sure dah perasan kaler rambut AJ kan?
Dari blonde as usual kepada purple dan pink....
Thanks to Ridzokumura Salon yang realisasikan kaler rambut AJ... =P
Memang berani mati punya kaler.... Sampaikan kawan-kawan cakap AJ memang GILA!!
Actually AJ nak buat kaler ni dah lama...
Tapi macam tak berapa confident..... It took me a year to think!
Punyalah lama..... Hehehehehe.. =P


Ridzokumura.... AJ kenal melalui instagram....
Agak lama juga AJ follow ig dia... Tengok setiap hasil kerja hairstylish situ...
Not bad sangat... Tip top.....
Tapi AJ tak berani nak pegi.... Sebab salon ni memang artis selalu pegi...
My first impression : MESTI MAHAL kalau nak buat macam yang AJ nak tu!
Yes, AJ akui sometime AJ agak typical minded... Kalau artis selalu pegi, mestilah mahal....
AJ penah tanye 1 salon ni, nak kaler 2 tone ngan bleach lebih kurang 7-8 ratus... Ko gile???
Start pada tu, memang AJ tak berani nak tanye dah... Hehehehhehe...

Past few months AJ beranikan diri call salon Ridzokumura.. Tapi asik penuh je...
Kat sini korang memang kene buat appointment dulu ye.....
No walk in sebab diorang selalu full.... 
Lepas tu last 3 weeks ago AJ call lagi, AJ book hari Sabtu lepas raya haji....
Fuhh.. finally ade tempat....
Pastu bangun tidur Aidiladha lepas, bukak IG tengok diorang ade slot kosong on that day....
AJ terus call dan dapat book pukul 2 petang.... =D
AJ ajak kakak temankan..... Dia pun okay je since kitorang pun takde plan kemana-mana....

Before

Dann.... Hasilnya dapatlah AJ rambut yang diidamkan selama ni.....
5 jam setengah kau duduk kat situ! Hahahhaha....


After

Thanks to staff Ridzokumura untuk servis yang tip top!
Thanks juga sebab buatkan rambut AJ yang meletop ni.... Sampaikan jadi spotlight bile keluar... =P
Diorang ni semua peramah dan tak lokek dengan senyuman...
Kat situ memang AJ guarantee korang akan rasa macam kat rumah....
Salon dia sangat bersih dari ruangan depan sehinggalah ke tandas!......
Lagi 1 kalau korang bertudung, tak perlu risau sebab kat situ ade menyediakan ruang muslimah dan hanya wanita sahaja dibenarkan masuk!
Dan di Ridzokumura, ruang solat yang selesa juga turut disediakan....
Oh ya kalau nak buat manicure or pedicure pun ade tau...

HARGA?? Jangan risau, memang berpatutan dan berbaloi....
Normally sebelum buat apa-apa, mereka akan consult harga dulu..... =D

AJ bagi 5/5 bintang untuk salon ni!

Okay kalau korang rasa nak ke Ridzokumura boleh hubungi :

Ridzokumura Salon
Alamat : Impian Meridian S01-13
Jalan Subang 1, USJ 1
47000, Subang Jaya, Selangor (Belakang Summit USJ)
No Tel : 03-58911402 / 03-80217869
Instagram : Ridzokumura 
Facebook : Ridz-Okumura-Beauty-Salon-And-Boutique-At-Usj-1-03-5891-1402

Lagi dan lagi rambut baru....
Weeeeee!!!


With big boss Ridzokumura Salon... =D
Thanks for the picture!

P/s : AJ jarang suka ke salon bangsa kita...
Tapi bile AJ suka means salon dorang memang bagus.... =D


Baca Selanjutnya »

Review : Kerex Studio dan Kerex Photography!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kali ni AJ nak review 1 lagi khidmat fotografi yang AJ tau hasil kerjanya memang menarik.....
Kerex Studio / Kerex Photography milik Abang Sam suami kepada Blogger Nadia Johari.....



 Sebelum AJ berceloteh lebih lagi kan, AJ nak throwback sikit antara gambar-gambar pertama AJ dari lensa Abang Sam few years back.. =D



Masa ni kan, event pertama AJ join blogger...
Sebelum tu duduk sembunyi je.... Hahhahahahah....

Lepas tu beberapa kali juga AJ jumpa Abang Sam dan Nadia kat event yang lain...
Dan paling latest masa Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari...
Abang Sam ade join sama, secara tak langsung dia jadi photographer tak rasmi event.....
Wahhhhh... Gigih tau dia naik flying fox jugak untuk dapatkan shot-shot menarik.....
Lepas tu siap ikut kami jungle trekking lagi untuk amik gambar tau....

Kerex Studio / Kerex Photography ade buat khidmat fotografi untuk macam-macam event jugak tau...
Bukan spesifik untuk majlis-majlis tertentu je....
Dari event korporat, majlis pertunangan, perkahwinan, cukur jambul, launch event semua ade....
Kalau nak buat personal photoshoot untuk comcard pun boleh kot... =D
Dari apa yang AJ perhatikan, hasil kerjanya sangat teliti dan kreatif...
Kalau korang nak dapatkan khidmat dia boleh hubungi Abang Sam sendiri....
Insyaallah korang pasti berpuas hati.....

Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil masa Family Day aritu.....







Ni AJ cilok lagi sikit hasil kerja Abang Sam kat page dia dengan kebenaran tuan punya gambar okay...
Hehehehe...






 Panorama




Majlis perkahwinan dan selebriti event

Cantikkan???

Sebarang pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi Abang Sam sendiri :

Tel : 011-15354445
Facebook : Kerex Art
Page FB : Kerex Studio & Kerex Photography
Instagram : @kerexphotography
Profile Folio Album : kerex.zenfolio.com
Terima kasih Abang Sam sudi abadikan kenangan kami semua....
Awesome!

 P/s : I am camera detector!
Hahahahhaha....

Baca Selanjutnya »