Terapi Ayurveda Di Samkkya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Beberapa minggu lepas AJ dan Razi dari #KelabBloggerBenAshaari berpeluang menikmati terapi ayurveda di Samkkya yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar...
Terima kasih Nik Nabil atas kesudian menjemput kami mengalami sendiri keunikkan terapi ayurveda...


Ayurveda merupakan terapi kesihatan dan kesejahteraan berunsurkan semulajadi sains berusia hampir 5000 tahun yang  berasal dari negara India...
Ayur, yang bermaksud kehidupan, dan Veda pula bermaksud pengetahuan atau sains.

Ayurveda merujuk interaksi manusia dengan alam semula jadi.... 
Ia menerangkan 5 struktur unsur ke dalam mana semesta dibahagikan; ruang, udara, api, air dan bumi.
Elemen-elemen ini bergabung untuk membentuk 3 bio-tenaga atau dosha dikenali sebagai vata, pita dan kapha.
Dosha mentadbir semua aktiviti-aktiviti minda dan badan kita. Apabila kita mengekalkan keseimbangan melalui pilihan bijak, kita mengalami kesihatan yang optimum. Apabila dosha ini tidak seimbang, kita akan mudah mengalami penyakit.


Ohhh... Kat sini baru AJ tau sebenarnya pusat Ayurveda seperti Samkkya ni bukanlah SPA!
Selama ni AJ bayangkan yang pusat Ayurveda merupakan spa macam yang lain....
Rupanya ianya lebih kepada terapi untuk kesihatan mengikut gaya dan cara hidup kita...

Masuk je ke dalam pusat terapi Samkkya, AJ rase sangat aman damai...
Dengan persekitaran serta suasananya yang tenang dan layanan dari kakitangan Samkkya yang mesra...
Dari pemerhatian AJ, ramai orang keluar masuk dari pusat ni tanpa mengira bangsa ataupun usia...


Samkkya merupakan sebuah pusat perubatan alternatif berasaskan rawatan Ayurveda dikendalikan oleh mereka yang sangat terlatih dan pakar dalam bidang rawatan ini. 
Samkkya Health Care Group setakat ini memiliki tiga buah cawangan iaitu;

samkkya ayurveda

Sebelum memulakan terapi di Samkkya, kami diminta mengisi borang atau menjawab soalan berkisar aktiviti seharian dan cara hidup kita sambil dihidangkan dengan secawan air halia panas..


Selepas itu Dr Shiv Kumar Vats akan menemuramah dan menganalisa kita bagi menentukan apakah dosha kita...
AJ terkategori dalam Vata Pitta....



Apa itu Vata Pitta?

Vata merupakan unsur Angin manakala Vitta merupakan unsur Api....
Doktor terus cakap AJ ni jenis kepala angin sebab AJ berunsur api tapi AJ cepat sejuk sebab dalam diri AJ juga ade unsur angin....
Tersipu-sipu AJ,. mau taknya, AJ memang spesis baran... Kurang sabar dalam segala hal....
Cepat je nak marah!
Patut officemate cakap AJ garang dan anak buah AJ pun takut dengan AJ.... Hahhahahha...

Setiap dosha mempunyai keseimbangannya tersendiri...
Oleh itu Dr Shiv Kumar Vats akan  mencadangkan diet, terapi, senaman dan amalan cara hidup yang bersesuaian dengan kita.....

Selepas sesi penerangan kita akan diberikan rawatan....
Untuk pengetahuan, setiap rawatan untuk seseorang individu adalah berlainan tau!
Semuanya bergantung kepada dosha....
AJ diberikan rawatan urutan minyak.... Minyak yang digunakan juga berlainan, macam AJ dapat minyak yang bau dia spice-spice sikit....
Rawatan ini adalah untuk memulihkan kitaran darah, menguatkan otot, mengurangkan sakit-sakit badan, lesu, awet muda, bagus untuk kulit, rambut dan banyak lagi khasiat seperti urutan badan yang lain.
Tenang je rasa bila diurut dengan minyak tersebut...
Urutan dimulakan dari kepala sehinggalah keseluruh badan....
Keluar segala angin naga masa urut tu...


Semasa tengah mengurut tu, AJ sempatlah berborak dengan staff Samkkya yang mengurut AJ..
Namanya Lalitha berusia 29 tahun.... Berasal dari Selatan India...
Fasih Lalitha berbahasa Inggeris.... =D
Disini setiap pengurut memang berasal dari negara India.... Dr Shiv Kumar Vats sendiri pun berasal dari India....
Ini bagi mengekalkan keaslian rawatan Ayurveda itu sendiri...
Memang best bila sesekali diurut ni, serta merta badan rasa segar.....!
Tapi seeloknya 2 jam lepas abis berurut tu baru mandi... Lagi segar!

Muka masing-masing selepas sesi terapi dan rawatan...




Untuk info yang lebih lanjut mengenai Samkkya dan rawatan Ayurveda korang boleh layari :


atau hubungi ;

03 – 2287 2111 (Samkkya Ayurvedic Health Clinic Bangsar)

Terima kasih buat Nik Nabil atas jemputan...
Dan juga terima kasih buat Dr Shiv Kumar Vats, Miss Averyl, Miss Agnes dan staff Samkkya...
Semoga berjumpa lagi... =D

Bersama  Dr Shiv Kumar Vats

P/s : Bila badan rasa ringan dan minda pun dah lapang kan, nak buat apa pun rasa senang je......



Baca Selanjutnya »

Inteemor Rahsia Cantik Luar dan Cantik Dalam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Psssttttt... Korang! Nak tau 1 rahsia tak?
Meh rapat sikit AJ nak bagitau produk terbaru dari Ephyra yang khusus untuk wanita.....
Produk ini sememangnya diciptakan untuk semua golongan wanita tak kira yang sudah berkahwin, anak dara, wanita berpantang mahupun ibu yang sedang menyusukan anak....
Nak tau produknya? Inteemor rahsia cantik luar dan cantik dalam yang AJ amalkan!


Sekarang dah tak rahsia lagi kan?

Inteemor mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan antaranya :



Antara kandungan utama dalam produk Inteemor :



Cara pengambilan Inteemor :

Wanita berusia 18-29 tahun (AJ la tu =D)
1 sudu besar 2 kali sehari di waktu pagi dan malam
(Boleh diambil sebelum atau selepas makan)

Wanita berusia 30 tahun keatas
2 sudu besar 2 kali sehari di waktu pagi dan malam
(Boleh diambil sebelum atau selepas makan)

*Untuk kesan yang lebih efektif, amalkan pengambilan Inteemor sebagai minuman tambahan
*Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka
*Gunakan sudu plastik kerana Inteemor mengandungi madu, sudu besi dikhuatiri akan mengurangkan khasiatnya

Perubahan AJ selepas mengamalkan Inteemor :

Sejak AJ mengamalkan pengambilan Inteemor, AJ rasa sendiri perubahan pada diri AJ....
Terus terang AJ cakap yang AJ nak cuba Inteemor ni untuk atasi masalah keputihan....
Boleh dikatakan keputihan AJ  ni agak teruk....
Kadang AJ sendiri tak selesa dan rasa kurang berkeyakinan bila keputihan melanda.....
AJ malu sebenarnya... Yelah keputihan ni kan ada bau yang agak kurang menyenangkan, kalau siapa ada masalah yang sama macam AJ sure tau dan faham maksud AJ.....
AJ risau sangat kalau pegi apa-apa majlis orang sekeliling terbau walhal tidak....
Even pakai pantyliner pun, tetap rasa tak selesa.... =(

Tapi sejak AJ mula amik Inteemor, masalah keputihan yang AJ alami mula beransur hilang....
Kesan dia AJ boleh nampak seawal 3 hari....
Sekarang  ni kalau tak pakai pantyliner pun AJ dah tak risau....
Keputihan?? Alhamdulillah dah takde... Tahap keyakinan pun dah naik balik....
Selain tu, selepas pengambilan Inteemor AJ dapat rasa yang badan AJ rasa lebih bertenaga dan lebih cergas... Bayangkan AJ boleh pegi outdoor back to back tanpa ada masalah.... =D
Sakit-sakit badan pun dah mula berkurangan.... Kalau tak abis aktiviti je confirm sakit badan!
Semasa beraktiviti pun badan rasa ringan je.....

Alhamdulillah, akhirnya AJ jumpa produk yang sesuai untuk atasi masalah dalaman AJ ni...
Terima kasih Ephyra! Ini baru betul cantik luar dan cantik dalam kan....
Sekarang ni Inteemor memang peneman sejati...
Kemana je AJ bawak tau.... =D



Untuk info lebih lanjut mengenai Inteemor dan produk dari Ephyra layari :

Facebook : Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Hotline :  +60193999238

Harga pasaran : RM49/250ml

P/s : Makin Manis dan Makin Mantap ni!


Baca Selanjutnya »

Hello Dunia Maya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Seminggu lebih menyepi dari dunia maya...
Tinggalkan dunia blog seketika sebab AJ out of town...
Sepanjang awal November, AJ busy dengan outing...
Tak sempat langsung nak berblog.... Tapi AJ still aktif kat FB dengan IG la....
Dah follow IG AJ ke belum??
Kalau belum meh cepat-cepat follow @ayuejean
Nampak tak?? Marketing kat situ... Hahahahahahah.... =P

Image result for hello

Awal November AJ join #TSDayOut Special bersama Tourism Selangor dan Sarawak Tourism Board....
Berjalan sakan AJ disekitar Klang, Selangor dan Kuching, Sarawak.....
Macam-macam aktiviti yang kami jalankan sepanjang 4 hari 3 malam tu...
Nanti AJ story kat korang dalam entri lain ye....

Balik dari Kuching, masuk keje 2 hari lepas tu sambung pulak perjalanan ke selatan tanah air....
AJ berkampung di Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) selama 3 hari 2 malam....
Sepanjang kat sana, line telefon memang takde....
Kalau ade pun line maxis... Tapi tersangatlah slow....
Memang masa tu terpuus hubungan terus dengan dunia luar....
Hahahhahahah...

Untuk seminggu ni memang AJ rasa tenang sangat...
Hilang segala stress kerja, tenang rasa bila jauh dari kesibukan kota....
Dah lama sangat tak buat aktiviti outdoor ni...
Lepas ni memang AJ dah plan nak aktif balik dengan dunia outdoor macam dulu.... =D
Nak start running, hiking, camping balik.....
Kesian barang-barang outdoor kat rumah tu.... Mereput dah! Hehehhehe...

Misi seterusnya, get new running shoes!
AJ dah jumpa geng runner dah.... Yeayyyyyy!!!!!
Okaylah, banyak entri pending ni...
Will catch up satu persatu...
Jumpa lagi!

P/s : Dah terbiasa aktif... =D
I is budak lasak!

Baca Selanjutnya »