Review : Hanangell Skin Booster


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ nak review 1 lagi produk yang merupakan salah 1 teknologi terbaru dari Korea...
HANANGELL Skin Booster, serum unik yang mempunyai manfaat besar... 


Kenapa AJ cakap unik?
Serum ini dipakejkan dalam 1 unit picagari... Mana ada lagi serum muka dalam picagari kan?
Hanangell la satu-satunya.... =D 
Lepas tu ianya senang dimuatkan dalam beg... Tak senang tumpah pun....

Berbentuk picagari
Setiap 1 unit Hanangell bersamaan dengan 10 keping topeng muka (mask)....
Setiap pek mengandungi 2 picagari... 1 picagari tu boleh tahan dalam 2 - 3 minggu...
Kandungan utama dalam Hanangell ialah Asid Hyaluronik dan Kolagen yang sememangnya baik untuk kulit
 
Antara fungsi utama Hanangel Skin Booster :

* Menghidratkan kulit
* Melembut kulit
* Mencerahkan kulit
 
Selain daripada tu Hanangell Skin Booster mempunyai 11 manfaat lain :

* Anti-oksida
* Menyamaratakan tona kulit
* Memperbaiki struktur kulit
* Mengurangkan melanin
* Menghidrasikan / melembabkan kulit
* Memudarkan kesan parut jerawat
* Mengecilkan liang roma
* Mengurangkan kedutan pada wajah
* Menganjal / Menegangkan kulit
* Mengurangkan alahan pada kulit
* Membersihkan kulit secara mendalam

Masa AJ dapat Hanangell ni, kulit AJ memang tengah sunburn teruk...
Al-maklum 4 hari 3 malam berjemur di Taman Negara kan.....
Masa pertama kali AJ guna, kulit terasa lembut dan kesan selar matahari tu pun tak terasa pedih.... =D
Rumusan serum tu pun cepat menresap ke dalam kulit dan tak melekit....

Lepas amalkan selama 2 minggu AJ dapat rasa kesan positif....
Kulit makin lembut, kulit AJ pun tak kering walaupun sebelum tu memang dah sunburn...
Kulit pun sedikit cerah berbanding sebelum menggunakan Hanangell Skin Booster ni...

Sebelum : Kulit gelap akibat sunburn serta kering

Selepas 2 minggu : Kulit lebih cerah dan sekata serta lebih lembab

Cara menggunakan Hanangell Skin Booster :
 Apply sedikit serum pada kulit selepas mencuci wajah 2 kali sehari, pagi dan malam...
Cecair putih jernihnya menyerap terus ke dalam kulit wajah.....
Memang segar je kulit...
 
Cecair putih jernih
Macam mana nak dapatkan Hanangel Skin Booster?

Harga : RM 80/pek
Untuk tempahan : info.evemagic@gmail.com
atau
Facebook page ID : 1295507717604

Nak tau apa lagi best?
Pembaca blog AJ boleh nikmati diskaun sebanyak 20% sah sehingga 1 Mac 2017
Korang cuma perlu gunakan kod diskaun : Hanangell20blogger

Baca Selanjutnya »

Crab Hut Asia @ Shaftsbury Square, Cyberjaya | Hidangan Seafood Terbaik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Penah dengar Crab Hut Asia???
Kalau nak tau Crab Hut Asia ni merupan restoran dimana ianya menyediakan hidangan seafood terbaik!
Aritu AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari sempat menjamu selera disini....
Makanan dia memang superb sangat!
Nak tau apa yang superb??? Kenelah baca entri ni sampai habis! =D

Crab Hut Asia terletak di Shaftsbury Square yang terletak di Cyberjaya....
Nak kesana senang je..... Kalau dari KL hanya lebih kurang 30 minit je melalui MEX...
Korang WAZE je Shaftsbury Square, mesti jumpa punya!
Kat situ parking pun senang jugak.. Korang cuma perlu pegi dibelakang bangunan tu je....
Lepas tu korang naik ke P2 dan cari Restoran Crab Hut Asia.....

 


Terdapat banyak hidangan makanan laut yang boleh korang pilih....
Lobster, ketam, udang, scallop semua la... Pendek kata, apa saje seafood korang boleh dapat kat sini....
Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan....
Tapi sebelum menjamu selera tu korang kene pakai apron tau! Kalau tak abislah baju....
Hehehehehehhe.....

 

Jom tengok antara hidagan yang AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari makan....

Okra (RM 10.90)
 
Bendi yang digoreng rangup dan disaluti dengan 2 pilihan perisa iaitu Cajun ataupun Garlic....
Masa mengunyah tu terasa rangup dia tu... Kruk kruk bunyinya wa baq ang... =D

 Fried Soft Shell Crab (RM 22.00)


Red Lobster  (RM179.00)
 

Hidangan ni memang signature la kat Crab Hut Asia.... Tak sah makan kat sini kalau tak rase sendiri keenakkan dia...
2 ekor Lobster Mera yang disajikan dengan Signature Southern Bang Mild Sauce...
Memang terangkat! Rase lobster yang juicy tu memang kene dengan tekak...

Pelbagai pilihan Combo Seafood Bag




Yabby, Scallop, Japanese Hamaguri Clams, French Beans dengan Garlic Butter Sauce...
Ini memang favourite AJ tau..... Sedappppp....


Crab, Mussels dengan Asam Pedas Sauce....
Yang ni memang pedas..... Lepas tu bau asam pedas memang menusuk kalbu okay!
 
Kalau korang kurang gemar dengan seafood, jangan risau.....
Terdapat juga Lunch Tray yang dihidangkan antaranya :

 Chamala Chicken & Garlic Fried Rice
 

Signature Southern Bang Baby Octopus & Garlic Fried Rice
 

BBQ Chilled Australian Sirlion Beef in Smoky BBQ Sauce









Selain tu, Crab Hut Asia ade Happy Hour Combo pada setiap hari dari 12 PM - 4 PM tau..
 
 
 
Haaaaaaa..... Kat sini AJ nak sikit promosi yang sedang berlangsung di Crab Hut Asia....
Untuk bulan Februari terdapat Promosi Monthly Crazy Bag February iaitu "2Pcs Red Lobster (800gm) dengan harga RM155 sahaja (Biasa : RM 179) "
 
 
 Dan
 
Untuk bulan Mac terdapat Promosi Monthly Crazy Bag March iaitu "Spanner Crab RM12/100gm sahaja (Biasa : RM17/100gm)"
 
Kalau korang ke Crab Hut Asia cara nak order makanan laut nye senang je...

Boleh ikut 3 langkah kat bawah ni :

Langkah 1 : Pilih makanan laut (Minimu, 1 jenis, maksimum 3 jenis) seberat 300gm atau 500gm.
Ketam boleh dipilih secara kepingan

Langkah 2 : Pilih sos dan tahap kepedasan untuk Signature Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Langkah 3 : Pilih 1 atau 2 Bag Buddies

Tunggu korang!!!!
Disebabkan korang baca entri ni sampai habis, AJ ade hadiah special buat korang...
Kalau korang ke Crab Hut Asia, korang boleh tunjuk je kupon kat bawah ni dan nikmati diskaun 10% untuk makanan.... Sah sehingga 30 April 2016....
 

Suka tak?
Mestilah suka kan??

So jangan lupa nanti singgah kat Crab Hut Asia okay...
 
 
 
P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya l, Selangor...
Tel : +603-83226861

P/s : Kene repeat.. Wajib!!!
 
 
Baca Selanjutnya »