Blogger Day Bersama Dr. Ruban's Skin & Hair Clinic


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minggu lepas AJ berkesempatan mengikuti Blogger Day bersama Dr. Ruban bertempat di Dr. Ruban's Skin & Hair Clinic atau Nathan Skin Laser & Hair Transplant Center yang terletak di Menara UOA Bangsar....


Masa Blogger Day ni Dr. Ruban berkongsi mengenai Hair Transplant ataupun teknik menanam rambut bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut....
Masalah ni selalunya kerap terjadi kepada kaum Adam dan juga kaum wanita... Pendek kata ianya boleh berlaku pada semua orang....



Kenapa masalah keguguran rambut ni berlaku?

Masalah ini selalunya disebabkan oleh faktor genetik iaitu Alopecia Areata dan Lupus.
 Ianya juga disebabkan oleh penyakit menyebabkan seperti jangkitan kulat dan yang berkaitan dengan penyakit seperti Anemia, gangguan tiroid seperti Hipertiroidisme / Hypothyroidism, Kimoterapi, selepas kehamilan atau penyakit seperti denggi yang dikenali sebagai Telogen Effluvium dan Sindrom Ovari Polycystic .

Masalah keguguran rambut pada lelaki...

Masalah keguguran rambut pada wanita...

Faktor yang menyebabkan keguguran rambut

Banyak perkara yang boleh buat rambut gugur antaranya faktor genetik, gaya hidup kita seperti pemakanan, merokok, tekanan, kurang bersenam, kurang tidur dan sebagainya.

Bagaimana cara untuk merawat masalah keguguran rambut?

Siapa cakap masalah keguguran rambut tidak boleh dirawat?
Terdapat pelbagai cara untuk merawat permasalahan ni...
Selain pengambilan ubat-ubatan seperti Finasteride, Minoxidil, Diane 25, Biotin dan Zink korang boleh berjumpa pakar untuk menjalankan Hair Transplant....

Kalau nak tau, Dr.Ruban Nathan merupakan pakar yang tidak asing lagi dalam bidang Hair Transplant.
Berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan kes keguguran rambut ni....
Segala yang korang nak tau mengenai beliau : klik sini

Proses Hair Transplant

Terdapat 2 jenis hair transplant iaitu Follicular Unit Transplantation (FUT) atau
Follicular Unit Extraction (FUE)....


 Biasanya contoh rambut akan diambil dan diproses selama beberapa jam bergantung kepada jenis hair transplant...
Rambut itu kemudiannya dicantum dan disimpan dalam plat sejuk...
Selepas itu rambut dimasukkan ke bahagian atau kawasan yang ingin ditanam oleh pakar perubatan terlatih...
Proses ini mengambil masa selama beberapa jam, ianya juga akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada jumlah rambut yang ingin ditanam....
 Lagi banyak rambut yang gugur, lagi banyak banyak masa yang diambil untuk hair transplant ni....

Apa kata korang tengok gambar kat bawah ni kalau nak tau lebih lanjut mengenai apa itu Hair Transplant...


 



Biasanya apabila menjalani Hair Transplant, ianya mengambil masa selama 6 minggu dan keatas untuk rambut tumbuh secara normal.....
Kos perubatan bergantung kepada jumlah rambut yang ditanam...

Kalau nak tau lagi info mengenai Hair Transplant : drruban.com/hair-transplant-surgery

atau layari :

Website : www.drruban.com
Facebook : Dr.Ruban's Skin & Hair Clinic

atau boleh mengunjungi :

Nathan Skin Laser and Hair Clinic

Level 2, Menara UOA Bangsar, No.5, Jalan Bangsar Utama 1
Kuala Lumpur.

Tel : 03 2284 0557 / 03 2282 2388

  Selain hair transplant, Dr Ruban juga membuat pelbagai rawatan lain seperti :

Acne, Laser CO2 Fractional Resurfacing, Laser Hair Removal, Laser Mole Removal, Laser Removal EVUS of OTA, Laser Tattoo Removal, Melasma, Sunspots, Vitiligo, Botox, Psoriasis
 
Laser CO2 Fractional Resurfacing
Vitiligo
Masa Blogger Day tu jugak AJ berpeluang dirawat oleh Dr Ruban sendiri tau...
AJ ni ada masalah jerawat di bahagian badan...
Dr Ruban sendiri dah tunjukkan sikit cara dia buang jerawat-jerawat tu.....
Tak sakit pun.. Cara dia merawat pun teliti...
Hasil dia memang superb!
 
 
So kalau korang nak cuba rawatan di Dr.Ruban's Skin & Hair Clinic boleh contact klinik untuk consultation...
 
Dr.Ruban's Nathan
P/s : Nanti AJ kene buat appointment dengan Dr.Ruban lagi... =D



Baca Selanjutnya »

Quartet Kini Di Nu Sentral


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ingat tak Ketchup Blogger Run yang AJ pegi aritu???
Ahad lepas AJ join Maven Communication sekali lagi ke Majlis Pembukaan Rasmi Quartet di Nu Sentral, Kuala Lumpur...


Ye betul.... Quartet TTDI kini berada kat Nu Sentral okay....
Konsep Quartet Nu Sentral ni masih lagi sama...
Menghidangkan sandwich yang dibuat sendiri tapa bantuan mesin, ditambah dengan pelbagai jenis kopi dan kek sebagai pembuka selera.....
Kat sini lebih menekankan konsep take away dan delivery...
Bagi memudahkan korang, Quartet ada apps mereka sendiri....
So korang boleh order melalui apps dan hanya perlu datang collect makanan korang je...
Buat masa ni, Quartet menyediakan khidmat delivery dalam kawasan berradius 500 meter...
Korang yang berada di sekitara kawasan Nu Sentral, KL Sentral boleh request untuk delivery je.....
Senang kan??
Masa majlis pelancaran lepas kami berpeluang mengenali lebih dekat dengan Pemilik Quartet iaitu En Wandy, Pn Su dan Cik Azian ....
Banyak cerita yang dikongsikan dengan geng #kelabbloggerbenashaari dan team Ketchup....

Quartet ni agak tersorok sikitlah kedudukannya...
So kalau korang nak pegi, ianya terletak berdekatan dengan Fudge n Cream dan Secret Recipe...
1 level dengan Victoria Secret dan berdekatan dengan eskalator menuju ke KL Sentral...
Info AJ sertakan kat bawah....

Jom tengok gambar sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Quartet dan juga makanan yang dihidangkan...
Terima kasih sekali lagi kepada Team KetchUp dan Quartet atas kesudian menjemput kami....
Semoga bertambah success...

Info :

Quartet Nu Sentral
Level C, KL Sentral Link Bridge

Waktu Operasi : 8pagi - 10malam
Dibuka setiap hari
Tel : 03-2276 0360

Sedikit info Mengenai KetchUp Community :
Menurut Mr. Nicholas Pang, KetchUp Community ni mendapat namanya dari Tomato.....
Kenapa tomato???
"Setiap tomato ada sedikit berbeza, berlainan bentuk, jenis dan juga warnanya..
Sedikit perbezaan membuat kita lebih unik jika digabungkan...
Perhimpunan sosial KetchUp akan membawa semua "tomato" bersama-sama, menghargai setiap perbezaan dan mewujudkan keseronokan serta hubungan yang menarik!"

Maksudnya, kalau bergabung kita akan jadi lebih cantik dan kuat! =D
Unik kan?

Nak tau apa lagi acara menarik yang akan dianjurkan oleh mereka boleh klik link-link kat bawah okay...
P/s : Terbayang-bayang Tempala....
Sandwich Tempe best!

Baca Selanjutnya »