Trip ke Songkhla, Thailand


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Selamat pagi Ahad korang!
Nampaknya tahun ni memang tahun AJ melawat Thailand kot..
Kalau 2 bulan lepas AJ ke Hatyai dan Krabi, kali ni AJ ke Hatyai dan Songkhla pulak...


AJ bergerak dari KL awal pagi Jumaat...
Sepatutnya plan asal Trip ke Songkhla, Thailand ni nak bertolak dalam pukul 10 malam Khamis, tapi hujan lebat tak mengizinkan kami untuk bergerak lebih awal..
Trip kali ni pun AJ naik motor jugak dengan beberapa orang kawan lagi...

Perjalanan kali ni agak mencabar dari trip lepas...
Elok pulak sebelum gerak tu Cik P datang menjengah... Nasib baik AJ ni jarang sengugut...
Tapi bila awal kedatangan cik P, badan AJ memang jadi lemah gile....
So perjalanan tu terasa panjang dan jauh tambahan pulak cuaca cloudy je...


Alhamdulillah, walaupun ada 3-4 kali berhenti lama kat RnR atas pelbagai faktor, kami sampai kat border pukul 3 petang....


Settle cop passport, singgah Hatyai dulu cari dan survey kedai helmet...
Sorang kawan AJ tu nak shopping helmet katanya....
Tapi disebabkan kitorang sampai agak lewat, tak banyak sangat kedai yang bukak....

Lepas tu, kitorang terus menuju ke Songkhla...
Untuk trip kali ni, memang saje pilih nak stay kat Songkhla....
Jauh sikitlah dari town..
Resort yang AJ stay ni nama dia Sabai Sabai Resort...


Sini tempatnya memang tenang...
Malam-malam korang boleh duduk tepi tasik tengok bot nelayan lalu lalang...


Hari pertama ni macam biasa la, rest day...
Yelah, ride naik motor ni tak sama macam naik kereta.... Tak berbumbung dan duduk pun tak berapa selesa...
So memang sampai resort, mandi dan rehat sejam dua pastu pegi makan kat Hatyai....
Perjalanan dari Songkhla ngan Hatyai takdelah jauh sangat so gigihlah pegi makan kat area sana...
Tapi lepas makan tu kan, diorang ni sempat pulak massage... AJ tak massage pun...
Duduk tepi jadi judges je la... Hahaha...


So nak tau ape lagi aktiviti AJ kat sini, nanti AJ cerita ek....

P/s : Arini dah last day ade kat Thailand...
3 hari kat sini macam tak cukup je....



Baca Selanjutnya »

Part 3 | Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Okay, macam yang AJ janji tibalah masanya untuk Part 3, Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand iaitu entri yang terakhir untuk trip AJ kali ni...
Maaf jauh pulak gap antara Part 1, Part 2 dan Part 3 ni...


Selepas 3 hari berada kat Krabi, kami patah balik ke Hatyai persinggahan sebelum balik Malaysia....
Hari ketiga kat Krabi tu pulak cuaca memang elok sangat... Geramnya perasaan masa tu....
Bila nak balik cerah pulak... Sepanjang 3 hari kat sana, hujan tak berhenti tau....
Nak mandi laut pun tak lepas.... Huhuhuuhu...


Kalau bukan sebab dah book hotel kat Hatyai, mesti kami extend semalam lagi kat Krabi okay....
 Lepas makan tengah hari, kami teruskan perjalanan....


Sampai je kat Hatyai AJ terus check in hotel....
Kalau aritu AJ stay kat Hatyai Palace, kali ni AJ stay pulak kat Lee Garden Hotel....
Lee Garden ni ada 2, mohon jangan salah hotel.. Lee Garden Hotel dan Lee Garden Plaza....
Memula kitorang tersalah masuk hotel.... Kitorang pegi kat Lee Garden Plaza....
Dah bagi details segala sekali orang front desk tu kata salah hotel.. Hahahahaa...
Okay fine! Tapi hotel ni memang adik beradik... Rating dia je la lain.... =P

Dah settle check in, bersiap terus keluar...
Masa sampai hari pertama aritu tak sempat berjalan sangat sebab dah lewat petang, ni sementara awal lagi kami sambung jalan pusing 1 Hatyai...
Kat situ kalau nak bershopping memang best.. Boleh lupa diri jadinya...
Mana tak harga barang kat sana super duper murah.. Kalau kat KL rm50, kat sini korang boleh dapat jauh lebih murah.....
AJ ralit beli baju, shampoo dan pewarna rambut....
Tak padan dengan naik motor, habis semua diborongnya... Hahhahahah...

Sepatutnya kami hanya bermalam di Hatyai 1 malam je...
Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kami kene tambah lagi semalam...
Harga bilik yang kene tambah RM80 je... Bilik memang besar gila...
Dah terlanjur tak boleh balik, kami amik keputusan jelajah lagi bumi Hatyai yang tak sempat kami pusing masa 2 hari kat situ...
Kali ni memang betul-betul jelajah.. Sampai ke pasar, segala ceruk mall kitorang masuk okay...
Hahahahhah.. Nasib tak terbeli helmet je.... Sebab susah nak bawak balik KL...



Lepas tu malam pulak kitorang lari sekejap ke Pantai Samila yang terletak di Songkla....
Pantai ni hanya berjarak 30km dari Hatyai...
Masa AJ pegi tu kat sini ada macam food fiesta, tapi tak sempat singgah sebab dah nak tutup pun....
Kami merayau pukul 12 tengah malam kot....
Kat pantai ni memang tenang je... Walaupun ramai jugak yang beriadah, minum waktu-waktu dinihari ni, takde sikit pun kekecohan....
Seronok duduk tepi pantai ni, rasa hanyut je segala penat lelah bermotosikal bila menghadap laut....
Lepas sejam dua melepak, kami balik ke hotel dan berehat untuk bertolak balik ke KL siangnya tu....
Makanya tamatlah siri Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand...



Kalau korang nak baca Part 1 dan Part 2 boleh rujuk kat bawah ni...

Part 1 | Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand
 Part 2 | Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand

P/s : Malam ni ride lagi ke Songkla... =D
Doakan perjalanan AJ selamat pergi dan balik ye...

Baca Selanjutnya »