Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari kedua, iaitu hari terakhir di Sungai Lembing kami dibawa oleh pihak Xcape Resort ke Rainbow Waterfall yang terlatak tak jauh dari resort. Jauh tak jauh 20 minit jugak kot. =D

Seawal jam 7 pagi semua dah berkumpul, selesai je breakfast semua bersiap sedia naik 4x4. Tapi sebelum pegi tu ada sikit rintangan. Ada pokok tumbang kat laluan menuju  ke sana. Lepas dah alihkan kami terskan perjalanan macam biasa. Disebabkan malam sebelum tu hujan, memang laluan tu berlumpur dan licin. Tapi kalau nak 4x4 apa ada hal??



"Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!"


Lebih kurang 20 minit perjalanan kami sampai di Rainbow Waterfall. Tapi tu baru sampai kat jalan masuk je tau. Nak ke sana korang kene seberang sungai dan hiking lebih kurang 1000 meter. 1 km jugak tu!d Adalah dalam 45 minit perjalanan.


Jangan risau, laluan mudah je nak hiking tu. Panjat-panjat bukit sikit je. Hehehehheh.


AJ sarankan kalau korang nak naik ke Rainbow Waterfall, pakailah kasut yang sesuai. Jalan dia tu agak licin sikit. Jangan lupa bawak dry bag sekali tau!



Sampai kat Rainbow Waterfall, pemandangan dia memang menakjubkan. Tak dapat AJ nak gambarkan dengan penulisan. Tak percaya korang boleh tengok sendiri.


Kalau nak tengok pelangi, korang kene berada kat sana dalam pukul 8 pagi ke 10.30 pagi. Pelangi akan muncul bila terkena sinaran matahari terbit. Lepas pada tu pelangi tak muncul punya. Kami agak bernasib baik, dapat juga tengok pelangi walaupun tak besar... =D

Nampak tak pelangi tu?
Sampai kat sini, AJ terus terjun dalam air. Sejuknya tak payah cakap. Sampai naik biru dibuatnya. Kat atas tu nanti korang akan dihidangkan dengan maggi dan air milo. Dah puas mandi, bolehlah isi perut dengan maggi. Kalau tak makan maggi, korang bawaklah biskut-biskut dalam beg ye.


Nasib AJ ada bawak underwater camera. So dapatlah rakamkan moment-moment indah kat Rainbow Waterfall.


Tengok! Terkeluar perangai masing-masing! Hahahhahah. Seronok sangat. Terasa tak nak turun. Tapi memandangkan kami kene balik ke Xcape Resort untuk bersiap balik, pasrah je semua turun. Hehehhehhehe....

Tapi yang pasti kami geng #kelabbloggerbenashaari akan kembali lagi ke Sungai Lembing....

Kat sini AJ nak ucap terima kasih kepada Cik Fied dari Xcape Resort dan juga pihak Xcape Resort sendiri kerana menjemput kami ke Fun Trip ni. Yup kami sangat fun! 1 pengalaman berharga yang takkan kami lupa. Terima kasih!



Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur kami dijamu dengan Mee Jawa Pok Yeh yang terkenal kat Sungai Lembing. Sedap weh! Ramai yang makan bertambah tau!


Sungai Lembing! Semoga bertemu kembali.....

P/s : Enjoyable trip!

Baca Selanjutnya »

Xcape Resort Sungai Lembing, Betul-Betul "Escape"!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA




Usai lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar Sungai Lembing, kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda, 4x4 untuk masuk ke dalam Xcape Resort Sungai Lembing....
Kalau korang bawak kereta sendiri ke Sungai Lembing, tak perlu risau kalau nak tinggalkan kenderaan korang....
Xcape Resort ada menyediakan tempat parking khas untuk mereka yang tinggal dan beraktiviti di Xcape... Ada orang akan jaga kenderaan korang kat situ dengan bayaran RM5...


"Xcape Resort Sungai Lembing, Betul-Betul "Escape"!"


Perjalanan dari pekan Sungai Lembing ke Xcape Resort lebih kurang 9.8km dan laluan masuknya pula jenis tanah merah yang berbatu....
4x4 yang kami naiki juga perlu meredah sungai untuk masuk....
Nasib baik sungai dia tak berapa dalam.... Oh ya, AJ dengan Mr.JR pegi Xcape naik motor tau...
So, kalau korang pakai motard boleh terus masuk je.... Kami yang naik skuter SYM pun Alhamdulillah lepas masuk... Cuma masa nak redah sungai tu, cuak sikitlah... Takut air masuk exzos...


Lepas lebih kurang 30 ke 45 minit, sampailah ke Xcape Resort....
First impression AJ adalah WOW!



Tak sangka dalam hutan Sungai Lembing ni ada resort yang cantik dan tenang.....
Masa mula-mula masuk dalam tu benda pertama  yang tangkap mata AJ adalah hammock.....
Most wanted hammock tu okay.. Nak naik kene beratur lagi... Hahahhahhaha.....


Kat sini memang takde line okay, so kalau korang rasa nak bersosial di alam maya, AJ rasa lupakan je...
Konsep mereka ialah "talk to each other"


Masa ni memang semua orang guna telefon hanya untuk mengambil gambar sahaja....
kalau ada line pun maxis je... Tapi apa pun tak boleh buat.. Hahahahhaha...
Sebab tu AJ cakap memang betul-betul escape....
Kat sini korang lupa kat dunia luar... Yang ada hanya korang, rakan-rakan atau keluarga dan nature....

Banyak aktiviti yang boleh korang buat kat Xcape Resort...
Antara yang paling menarik adalah riverside activities....
Korang cuba pelbagai aktiviti air seperti Water Jump, Stand Up Paddle, Water Slide, River Slack Lining dan Fish Feeding....


Selain tu ada obstacle course jugak... Lebih kurang 13 halangan yang perlu korang rentasi...
Nak tau fit tak fit kat sini la gelanggangnya... =D
Seronok sangat bila sesekali beraktiviti macam ni....
Rasa tak nak balik weh!


Sebelah malam pula korang boleh buat BBQ Dinner...
Dan kalau bernasib baik boleh karaoke lagi.. Tapi masa kami datang tu, TV rosak..
So buat acapella je la... =D
Sebelah malam memang tenang sangat... Dengan bunyi unggas, deruan air sungai membuatkan mata ni layu je....
Mana tak layu, AJ siap terlelap dekat atas hammock malam tu...
Nasib sedar, kalau tak mau sampai ke pagi tidur kat luar bilik... Hahahahahah...


Bila sebut pasal bilik pulak, kat sini ada 13 buah chalet yang setiap 1 nya boleh memuatkan 3 ke 6 orang....
Selesa tak payah nak cakap....
Katil, bantal, selimut dan juga tuala boleh AJ katakan terjaga rapi... Bersih sangat!
Setiap chalet dilengkapi dengan 2 buah katil double decker dan juga 2 tilam tambahan, mini fridge, kettle, water heater dan hair dryer...
Pasal plug point? Tak payah risau, banyak je kot... =D



Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Xcape Resort kalau korang nak menginap kat sini...
Dalam pakej tu termasuk khidmat transport dari pekan Sungai Lembing menuju ke resort, aktiviti air dan sebagainya....
Tempat ni sesuai untuk korang beriadah bersama keluarga, seminar, gathering, team building dan sebagainya.....

Pakej yang ditawarkan untuk seminar serendah RM40 sahaja..



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Xcape Resort korang boleh layari :

Website :
xcape.com.my
www.xcapeoffer.com

Facebook :
Xcape Resort at Sungai Lembing

Instagram :
@xcaperesort.sg.lembing

Email :
info@xcape.com.my

Tel :
03-3324 8880
013-424 3333
019-524 9999

Apa macam?? Ada rasa nak pegi?
Seriously memang korang akan enjoy bila duduk kat sini...
Lepas ni AJ nak cerita pasal Rainbow Waterfall pulak...
Tunggu tau... =D

P/s : Nak pegi lagi!

Baca Selanjutnya »