Kronologi Dan Dana Buat Loki...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nota : Dana untuk Loki secara rasminya DITUTUP....
Terima kasih semua...... Tapi kalau masih ade yang berniat nak menyumbang mungkin untuk treatment dia ke ape ke, boleh PM...

Sebenarnya AJ segan nak buat entri untuk Dana Loki ni...
Tapi atas nasihat dan sokongan kawan-kawan, AJ bukak jugak tabung dana untuk Loki...
Lagipun kalau orang tengok prfile AJ kat fb tu mesti orang cakap AJ mampu dengan kos rawatan dia...
Tapi itu adalah part kerja AJ sebagai blogger... Hakikatnya kalau kos cecah beribu memang AJ menung jugak....
Ini pun ada rakan-rakan yang menghulurkan bantuan jugak... Alhamdulillah...
Terima kasih sahabat...

Loki, kucing yang AJ kutip masa baby....
Kalau tak salah AJ umurnya 4 hari masa tu. Ibu dia mati digigit anjing...
Kawan AJ yang selamatkan, tapi dia takde ibu kucing...
Sebab kesiankan dia, AJ amik Loki dan lagi 2 beradik dia untuk menyusu kat ibu kucing AJ...
Dan tahun ni, merupakan tahun ketiga Loki dengan AJ....

Image may contain: cat


Kronologi sakit Loki

Jumaat - 2 Disember.

Kakak AJ cakap Loki macam tak sihat.... So dia monitor si Loki sebab malam tu AJ ada trip ke Johor...

Ahad - 4 Disember.

Kakak AJ call tanya bila AJ balik sebab dia kate Loki tak boleh bangun sebab dia tak boleh kencing...
AJ terus call klinik veterinar yang AJ selalu pegi.. Tapi malangnya dah tutup...
AJ tak berani nak bawak pegi klinik atau hospital swasta sebab AJ tau kosnya akan tinggi...
Untuk pengetahuan, sebelum ni ada jugak kucing AJ kene penyakit tak boleh kencing iaitu FLUTD...
Tapi kami perasan awal, so sempat buat rawatan awal...
Kosnya pula dalam 5 ke 7 ratus....
Loki ada habit suka kencing merata dan dia pun takde tanda-tanda tak boleh kencing macam kucing lain...
Jadi kami memang tak perasan sangat dia ada masalah....
Malahan dia boleh menggedik-gedik pulak dengan kucing lain sebelum-sebelum ni...

Isnin - 5 Disember.

AJ bawak Loki ke Hospital Veterinar Cheras...
Masa dalam bilik rawatan tu, Loki memang dah terbaring dan lemah...
Doktor yang check kata blander dia dah membesar dan boleh pecah...
Kalau pecah, memang nyawa Loki tak dapat diselamatkan....
So mereka minta AJ refer ke Hospital Veterinar UPM sebab diorang takde kelengkapan yang cukup...
Kalau diorang amik jugak kes Loki, nyawa Loki sangat berisiko...
Time tu memang AJ dah menangis-nangis....
AJ memang tak perasan yang Loki rupanya tengah sakit teruk....

Sampai kat Hospital Veterinar UPM, Loki terus dikejarkan ke bahagian kecemasan....
Doc bagitau yang keadaan Loki sangat-sangat kritikal dan antara hidup mati...
Time tu ada 4 orang staff yang handle Loki...
AJ diminta tunggu kat luar sementara diorang pasangkan drip kat Loki...
Lepas tu doc panggil AJ masuk dan bagitau anggaran kos rawatan...
Masa tu doc dah draft kos nya RM1,490 camtu.... Dan AJ perlu bayar deposit RM700...
Loki pulak perlu dikejarkan ke ICU....
AJ takde pilihan, AJ setuju je sebab nyawa Loki memang dalam bahaya...
Dan doc jugak minta AJ bersedia dengan segala kemungkinan sebab Loki berisiko untuk pergi buat selamanya masa tu....

Dari hari Loki dimasukkan AJ hanya berhubung dengan doc melalui panggilan telefon je...
Sebab AJ kerja... Dan waktu melawat pun pukul 3-4 petang sahaja...
Setiap hari AJ dapat panggilan dari doc mengatakan keadaan Loki tak berubah... Tapi makin teruk...
Ayat yang paling meruntun hati AJ bila doc cakap " I can't think he will make it for tonight "
Even masa entri ni ditulis pun, masih terngiang-ngiang ayat tu....
Allahuuu....

Khamis - 8 Disember.

Rabu malam, doc call minta AJ datang tengok Loki...
Sebab doc kate keadaan Loki semakin membimbangkan...
Ubat yang mereka bagi nampaknya tak berkesan dan keputusan ujian darah Loki memang tak begitu baik...
Pagi khamis sebelum AJ ke vet pun mereka ada call bagitau Loki semakin kritikal...
Petang tu AJ datang tengok dan nampak Loki hanya terbaring lesu..
Time tu Allah je yang tau perasaan AJ... Menangis AJ tengok keadaan dia...
Tiub pun dah dipasang kat hidung Loki sebab dia tak mampu makan sendiri...
Bila AJ panggil Loki, dia respon, dia cuba angkat kepala dia....
Bila AJ usap-usap pun dia respon...

Image may contain: cat

Lepas tu doc panggil untuk bagitau keadaan Loki...
Hasil pemeriksaan darah yang entah dah masuk berapa hari tu, memang sangat-sangat tak bagus dan sakit tu dah effect buah pinggang Loki..
Doc bagi AJ kata dua, kalau kedaan Loki berterusan macam tu, nak teruskan rawatan atau stop...
Ya Allah, masa tu Allah je tau perasaan AJ...
Nak buat pilihan antara hidup dan mati... AJ memang tak sanggup...
Terus berjurai-jurai airmata, AJ dah tak peduli dah orang pandang semua...
Akhirnya AJ buat keputusan untuk teruskan rawatan... AJ tak sanggup nak bagi Loki pegi...
AJ nampak dia melawan... AJ tau Loki AJ memang kuat...
Doc cakap kalau AJ teruskan rawatan, dia boleh stop sendiri...
AJ kata kalau dia stop sendiri AJ redha....
Masa tengok Loki tu AJ cakap kat dia...

" Kalau betul Loki mampu lawan, Loki lawan... Mummy tau Loki kuat...
tapi seandainya Loki dah tak mampu lawan sakit Loki, pergilah... Mummy redha... "

Image may contain: one or more people and people sleeping


Sabtu - 10 Disember

Keadaan Loki masih macam tu... Terbaring lemah....
Masa AJ datang ni Loki baru makan ubat...
So dia tak bangun pun bila AJ panggil-panggil...
Memang takde perubahan...

Image may contain: cat

Isnin - 12 Disember.

Doc ada call malam sebelumnya bagitau Loki dah ada energy sikit...
Masa AJ datang tu, Loki dah mampu angkat kepala sendiri...

Image may contain: cat and indoor

Tapi masih makan menggunakan tiub....
Alhamdulillah.. Masa ni AJ bersyukur bila AJ amik keputusan yang betul...
AJ tau Loki AJ kuat...

Rabu - 14 Disember.

Doc call malam tadi minta AJ cuba bawa makanan dari umah...
Sebab Loki takmo makan.... Tapi Loki nampaknya dah ada energy sikit...
Dia pun dah start nak bangun-bangun doc cakap....
Petang tadi AJ tengok Loki dah boleh duduk dan nampak makin better...
Alhamdulillah lega hati..

Image may contain: 1 person, cat and indoor

Tapi hasil ujian pulak tak berapa bagus...
Loki disahkan menghidap FIP dry form...
Virus ni bahaya sebab dia akan menyerang organ...
Buat masa ni buah pinggang dan hati Loki tak begitu baik....
AJ redha tapi bila tengok luaran Loki AJ kuat....
Doc dah buat ujian untuk tentukan ubat mana yang sesuai untuk Loki...
So sekarang Loki kene amik ubat yang strong sikit....

Doc jugak ada bagitau kos rawatan kini dah meningkat ke RM 1,700++ (14/12/16)...
 Nanti AJ akan minta doc anggarkan dan amik gambar kos bil dia....

Nota : Sehingga entri ini ditulis, Loki masih lagi berada dalam ICU...
Dia masih perlu dipantau rapi oleh pihat Vet....

Dana untuk Loki.

AJ segan sebenarnya, tapi memandangkan kos semakin meningkat AJ buka juga tabung untuk Loki ni....

Kalau ade sesiapa yang nak hulur bantuan, Alhamdulillah.... Boleh hubungi AJ...
Kepada rakan-rakan yang ada hulurkan bantuan, Loki cakap terima kasih...
Semoga Loki semakin kuat...

RM 650 - pinjaman dari kawan-kawan yang dahulukan duit diorang...
Insyaallah AJ akan kembalikan dalam masa terdekat....

Total dana :

RM 800

Bayaran yang telah dibuat :

RM 700 (5/12)
RM 900 (15/12)

Jumlah keseluruhan bil : RM 2,150




Nanti AJ update lagi....
Belum termasuk caj ubat sume...

Kalau korang nak no acc Maybank mohon PM AJ di facebook sebab AJ guna acc kawan AJ..
Insyaallah Isnin atau Selasa ni AJ aktifkan acc Maybank AJ tu...

Bawah ni facebook dan Instagram untuk korang keep in touch dengan AJ...

Facebook : Ayue-Jer Rejaluddin

Instagram : @ayuejean

Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan tak mengapa...
AJ mohon korang doakan Loki dan juga share entri ini atau gambar Loki di facebook dan instagram...
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membantu jasa baik korang...
Insyaallah...


Baca Selanjutnya »

Mask Mediheal Line Friends dan Giveaway!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Korang penah dengar tak pasal Mask Mediheal Line Friends??
Baru-baru ni AJ ada cuba rangkaian mask Mediheal Line Friends dari Maystar Sdn Bhd tau...
Best dan mudah sangat nak guna....
Mask dia comel sangat tau! Ade karakter bear line yang cute tu lagi.... Mediheal Line Friends ni ada beberapa jenis dan fungsi yang berlainan...

AJ dah cuba 3 jenis mask dari rangkaian Mediheal Line Friends iaitu N.M.F Aquaring Ampoule Mask yang berfungsi untuk menghidratkan kulit yang kering...
Yang ni AJ paling suka sebab kulit AJ ni jenis yang kering dan senang menggelupas...
Bila pakai mask ni je kan, kulit jadi lebih lembab, lembut dan juga licin....


 

Selain tu terdapat P.D.F AC Dressing Ampoule Mask untuk menyembuhkan kulit yang bermasalah menjadikan kulit lebih bersih, bebas cela dan kulit yang lebih sihat...
Mask ini sesuai untuk pengguna yang memiliki kulit yang berjerawat....
AJ pakai ni kalau dekat-dekat miss P berkunjung.... =D

I.P.I Lightmax Ampoule Mask untuk mereka yang mengimpikan kulit yang lebih cerah dan sekata...
Ianya menenangkan kulit, mencerahkan dan juga mampu mengurangkan kedutan dan pigmentasi serta mampu menyamaratakan tona kulit....

Cara nak menggunakan mask-mask ni mudah je....
Selepas korang bersihkan wajah, buka mask dan tepekkan pada muka selama 15 ke 20 minit...

Paling AJ suka setiap helaian mask ni ada karakter kartun Line Friends yang comel tau!
Rasa tak nak bukak pulak bila pakai....

 

Kalau korang nak dapatkan rangkaian Mask Mediheal Line Friends, korang boleh layari :

Instagram : @maystarmy

Dan AJ ada berita baik untuk seorang pembaca / follower IG bertuah...
Korang cuma perlu follow IG @maystarmy dan of course IG @ayuejean dan komen gambar di bawah ni kat IG AJserta tag 2 orang kawan korang....

#medihealxayuejean
#mediheal 
#medihealmalaysia
 #medihealmask
 #medihealxlinefriends
 #medihealxlinefriendsmask

 Tarikh tutup : 21 Disember 2016



Good Luck korang!

P/s : My current favourite Mask!


Baca Selanjutnya »

Pengalaman di Hospital Phuket


ASSALAMUALAIKUM DAM SALAM SEJAHTERA

2 minggu lepas AJ bercuti dengan geng #KelabBloggerBenAshaari dan Ayden Averroes Travel kan??
Kalau sapa belum baca entri tu boleh klik sini 👉 cuti bajet!
Lepas tu masa trip tu salah seorang dari kami tak sihat pulak...
So masa kat Phuket tu kelam kabut duk cari klinik....

Seperti yang semua orang sedia maklum, salah satu perkara yang digeruni semasa bercuti di luar negara adalah sakit...
Kalau kat negara sendiri gagah lagi... Sebab kita tau selok belok klinik dan hospital terdekat serta caj dia...
Tapi kalau berada di luar negara terutamanya di tempat pelancongan terkemuka, memang sangat payah dan juga mahal!

Malam pertama masa sampai kat Phuket tu, kami pusing dulu sekitar Phuket untuk cari klinik...
Memandangkan jam dah menjejak ke angka 10 malam, sukar nak cari klinik yang masih buka...
Kalau farmasi tak payah cakap... Berlambak-lambak.. Rasanya setiap 100 meter ada....
Bila nampak signboard klinik berdekatan Bangla Road, kami berhenti tanya... Tapi orang kat sana cakap klinik dah tutup pukul 7 malam....
Sebabkan kawan kami agak teruk juga sakit perut dia tu, kami proceed cari klinik lain...

Pusing punya pusing jumpalah "Tourist Clinic"...
Kat sini memang agak tricky sikit ye kengkawan...
Notis yang ditampal kat luar klinik tu tulis caj perkhidmatan hanyalah 500baht...
Tapi bila masuk..... Mak aih! Jadi 6000baht pulak...
Kami bernasib baik sebab staff klinik tu awal-awal dah bagi explaination....
Kalau dia tak bagitau masak nak membayar 6000baht... Dekat RM700 jugak tu!
Disebabkan takde klinik lain yang bukak malam tu, kami tak pegi klinik dan hanya singgah farmasi beli ubat je...

Pagi tu pulak, kawan kami ni makin teruk pulak....
Muntah-muntah dan sakit perut..
Makanya takde pilihan lain, AJ dan travel agent terus je ke Hospital Phuket...
Sampai je kat Hospital Phuket, kawan kami ni terus dimasukkan ke bahagian emergency...
Kat sini bermulalah pengalaman AJ kat Hospital Phuket....
Memula masuk memang terkejut jugak.. Sebab ruangan kecemasan dia kan tak sesak langsung macam kat hospital kita tau...
Lepas tu staff hospital tu pulak macamm relax je...
Datang check, tulis-tulis dan pegi... Takdelah nak masukkan drip ke, bagi ubat ke.. Padahal kawan yang sorang ni dah berguling-guling sakit...
Tetiba dia datang bagi AJ slip dalam kotak dan cakap bahasa Thai kat AJ...
Ye.. Kalau pegi Thailand memang orang selalu ingat AJ rakyat tempatan... 😆
AJ pun bawak kotak tu pegi kaunter minta dia explain dalam bahasa Inggeris...


Rupanya sistem perubatan kat sini memang lain dari kat Malaysia...
Slip dan kotak yang dia bagi tu korang kene bawak pegi kaunter dan amik air drip serta ubat yang diperlukan kat unit kecemasan tu sendiri....
Memang 1 pengalaman baru buat AJ.... Kene amik sendiri kau...
Kalau yang datang tu alone macam mana ek?? Huhuhuhuh...

Okay lepas amik air drip dan ubat semua barulah mereka mulakan rawatan...
Lepas lebih kurang 45 minit, diorang panggil AJ untuk amik ubat dan bayar kat kaunter...
Masa ni memang berdebar weh..
Yelah, kau berada di bumi asing dan tak tau berapa caj perubatan kat sini....
Bila dia bagitau amount AJ memang terkejut....
Rupanya pegi Phuket International Hospital ni jauh lagi murah harganya dari klinik...
1994baht je...


So lepas ni kalau korang sakit masa bercuti kat negara luar, AJ sarankan korang carilah hospital...
Kalau cari klinik memang tercekik!
Dapat AJ 1 pengalaman kat Hospital Phuket ni...
So lain kali kalau ada kecemasan, AJ dah tau la nak tuju kat mana...

Ni AJ nak pesan... Kalau nak travel memana, make sure korang buat research sikit kat mana hospital atau klinik terdekat ye...
Takdelah terkial-kial mencari sekiranya ada apa-apa masalah nanti...
Bukan tu je, amik tau jugak kat mana balai polis, kedutaan Malaysia dan sebagainya....
AJ pun masa trip ni terleka pulak, lupa nak buat research awal....
Nasib boleh handle... Alhamdulillah... 👍

P/s : Gambar takde sangat...
Staff kat hospital ni garang, tak bagi amik gambar.... (Padahal semua hospital sama..)


Baca Selanjutnya »