Studio Fotografi Kaio Studio | Abadikan Setiap Detik Anda!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang tengah mencari studio fotografi untuk mengabadikan setiap detik korang boleh pilih Studio Fotografi Kaio Studio yang merupakan studio photoshoot terbaik di Shah Alam..
Studio ini menawarkan white studio dan juga black studio...
AJ memang rasa berbesar hati sangat bila dapat mengabadikan kenangan di Kaio Studio dengan beberapa orang rakan blogger...
Gile tak bangga? Kaio Studio kot!

Studio Fotografi Kaio Studio | Abadikan Setiap Detik Anda!


Sebelum AJ mulakan, jom kita berkenalan dulu dengan Kaio..
Siapa dan bagaimana dia mula mengembangkan karier sehingga ke hari ini...

Lebih dikenali sebagai Kaio atau Anwar Abdullah dikalangan rakan-rakan, Khairul Anwar Abdullah merupakan lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan....


Image may contain: 2 people, people smiling, stripes and close-up
AJ bersama Kaio!

Pada tahun 2008, Kaio memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan berpengalaman menguruskan rombongan dari serata pelusuk dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab...

Tetapi bermula pada tahun 2012, Kaio telah terjun dalam bidang photography dan videography kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kreatif ni dengan jenama Kaio Studio....
Pada mulanya Kaio mendapat banyak permintaan untuk videographer dan cover majlis-majlis perkahwinan....
Tapi kini Kaio telah melebarkan sayapnya ke pelbagai genre seperti muzik video, filem pendek, advertising, campaign video malahan program-program television...

Nama Kaio Studio bukan lagi 1 nama asing dalam dunia fotografi dan videografi....
Kaio Studio juga telah dinobatkan sebagai pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam (klik)


Banyak nama-nama besar telah berkerjasama dengan Kaio Studio antaranya :

Bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel di Paris...
(Anuar Zain in Paris (klik untuk video)

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com

Menjadi videographer untuk pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail di Cairo, Mesir...
• Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt (klik untuk video)

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com

Antara nama lain yang turut menggunakan khidmat Kaio Studio ialah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara...
Tidak ketinggalan juga nama-nama besar seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi....
Nak tau dengan lebih lanjut korang boleh layari website Kaio Studio...


Okay sekarang ni AJ nak cerita pulak pengalaman AJ berphotoshoot di Kaio Studio...

Memang 1 pengalaman paling berharga buat AJ...
Ini bukan pengalaman pertama AJ dengan Kaio Studio, banyak jugak gambar yang Kaio penah amik tapi tu semua masa event-event blogger la... Random pics...
Tapi untuk shoot dalam studio, ni kali pertama AJ dapat khidmat Kaio Studio...


Seawal jam 9 pagi, AJ dengan kawan-kawan blogger yang lain dah ada depan studio....
Usai mekap dan bersiap, mulalah masing-masing berikan pose terbaik untuk photoshoot ni....
Kalau korang tak pandai posing, jangan risau team Kaio Studio akan advise korang macam mana nak bagi pose terbaik...
Diorang memang proffesional gila.... Jadinya korang takkan rasa kekok ataupun malu...
Macam AJ sendiri pun, bukannya pandai sangat nak posing...
Tapi bila dah diberi sikit tunjuk ajar, bolehlah acah-acah model sikit.... 😃😃😃
Masa sesi photoshoot tu kan, kitorang gunakan white studio dan juga black studio...

Patutlah orang kata studio photoshoot kaio Studio ni terbaik kat Shah Alam, ruang photoshoot dia luas dan selesa... Wifi pun ada tau! So sambil-sambil tunggu giliran photoshoot tu, bolehlah posing-posing sikit belakang tabir dan post terus kat media sosial korang!


Studio photoshoot Kaio Studio ni, semua ada kelengkapan dia pun complete...
Nak bersiap mekap, salin baju pun senang....
Aritu AJ bawak 5 pasang baju termasuk baju yang AJ pakai masa datang tu....
Hahahahah....

5 perkataan untuk Kaio Studio dari AJ :

► BEST!
► SUPERB!
► AWESOME!
►AMAZING!
►THORBAIK!



Jom tengok antara hasil kerja sentuhan Kaio Studio....

Memang AJ boleh katakan, hasilnya cantik, menarik dan da'bomb!
Terima kasih Kaio Studio untuk studio fotografi yang best dan juga gambar yang cantik...
Terus berubah seorang Ayue 360◦ kat sini.. Hahahhahaha...



Antara favorite shot AJ!

Gambar rakan blogger yang lain :



Disebalik tabir sesi fotografi Kaio Studio 

Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: one or more people, people standing, shoes and indoor

So kalau korang nak tau servis yang ditawarkan di Kaio Studio boleh klik sini...
Pelbagai servis yang boleh korang pilih iaitu Wedding photography and videography, Corporate photography and videography, Commercial video, Campaign video and photography, Music video dan bermacam-macam lagi...

Event-event lain dan hasil sentuhan Kaio Studio :

▻Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
▻Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
▻Ceres Jewels Bollywood Gala Night
▻Pure Lens by Mawar Rashid.
▻Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
▻Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis
▻Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
▻Wedding of the Year SamTilla

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Muzik Video : Azlan & The Typewriter



Untuk sebarang info lebih lanjut :

Alamat Studio : 
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD, 
1-06, Mitea Residence Office, 
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor. 

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’
(Landmark berhadapan dengan Acapella Hotel & Suite Residence)
Tertarik tak tengok hasil kerja Kaio Studio??
Kalau tertarik cepat-cepat book untuk sebarang majlis korang nanti...
Mesti puas hati!

P/s : Tak puas tengok gambar sendiri tau!
Hehehhehehe... Thanks Kaio Studio!

Baca Selanjutnya »

Bersantap di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Image may contain: one or more people and indoor

 Aritu AJ dan beberapa orang rakan blogger sempat bersantap di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam....
Landmark di senang je, dekat bangunan Acapella Hotel & Residence je...
Dulunya D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat atau Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang menyediakan masakan secara steamboat sahaja.....
Pengunjung boleh pilih 2 pilihan kuah iaitu ayam dan tomyam untuk merebus segala jenis seafood dan pelbagai jenis sayuran lain dengan pelbagai jenis sos pilihan yang disediakan oleh Chef yang berpengalaman seperti sos cili thai, sos cili pedas, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo dan macam-macam lagi pilihan sos yang sedap!

Image may contain: food
Image may contain: food

Kambing bakar juga turut disediakan bagi penggemar makanan ini..
Kambing bakar kat sini memang special tau.... Antara menu yang femes kat sini okay!
Ianya dipanggang menggunakan arang BBQ untuk menaikkan aroma dan rasa kambing ni...
Dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan menambahkan lagi rasa kambing bakar tu....

Image may contain: food

Kemudian, salah seorang chef dari D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat, Chef Shahnizam yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan kepada menu makanan di D'Kayangan iaitu menu grill dengan perapan istimewa ayam, daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong....
Semua bahan-bahan ini diperap dengan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam dan juga beberapa jenis rempah ratus untuk menaikkan lagi rasa dan aroma perapannya yang dicampur dari stail Cina dan India dalam masakan...
Fuhhh.. Kalau tengok pilihan makanan yang ada, AJ tak tau nak pilih mana tau..
Rambang mata dibuatnya!
 Ada Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi...
Kelazzzzzz gittew nama menu dia tau!


Image may contain: food
Image may contain: 2 people, people sitting, table, food and indoor


Selain itu beberapa menu menarik juga ditambah di buffet seperti hirisan ikan segar dengan sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan juga Icy Mnster sebagai pencuci mulut...
  Tak dilupa kuih muih, puding, pelbagai jenis kek dan aiskrim serta ABC!
Banyak kan pilihan makanan?

Image may contain: food

Disini boleh memuatkan 400 orang dalam satu-satu masa....
So kalau korang nak plan buat gathering kat sini pun takde masalah....
Ada ruang parkir kereta yang luas dan juga pelbagai kemudahan lain seperti surau...

Info lanjut mengenai D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat :

Facebook :

Instagram :

Alamat :
Sri Acapella Service Apartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, 
Seksyen 13, Shah Alam,
40100 Selangor.

Tel :
012-297 1091
017-507 6274
03-5523 4979

Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu | 5pm - 1am
Ahad | 12pm - 12am

Harga :
Dewasa | RM 33++
Kanak-Kanak | RM18++

Best makan kat sana, AJ orang yang paling "awal" berhenti makan....
Hahahahhahaha... Nasib masih terkawal, kalau tak habis semua makanan kat sana AJ bedal!

Image may contain: food
Image may contain: 9 people, people sitting, indoor and food
Meriah!
P/s : Nanti nak datang lagi.... 


Baca Selanjutnya »

Ceritera Santai AJ..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Masih mood bercuti ke korang??
Cuti panjang! Yeahhhh...
Sape tak suka kan??? AJ suka sangat sampai masuk keje ari Selasa dengan arini lemau je... Hahahahhaha....
Jumaat aritu ofis AJ bagi half day.. Pastu Selasa pulak AJ tak amik cuti....
Sayang kot nak amik cuti, lagipun datang ofis pun ok je.. Tak banyak keje sangat since ramai yang still bercuti....
Rugi je kalau nak amik cuti tanpa sebab... Lagipun nak simpan cuti, April AJ ada plan nak amik cuti bersalin... Eh! Cuti panjang... 😜😜😜

Cuti-cuti panjang ni, AJ tak kemana pun...
Hari Sabtu lepas AJ ada photoshoot dengan Kaio Studio, tapi pasal photoshoot tu nanti AJ cerita...
Ini entri santai je.. Amik mood menulis kata orang....
 Tapiii.... Okaylah AJ belanja sekeping gambar photoshoot aritu... !

Ni kire gambar paling gojes la ni...
Ntah! AJ suka sangat gambar ni tau..

Ikutkan family AJ ajak balik kampung, tapi memandangkan AJ ade keje lain nak buat makanya kene tinggallah!
Sadis tau... Hahahhaha...
Tapi takpe, ni bukan first time AJ kene tinggal... Dah selalu sangat sebab selalunya jadual AJ bertindih....
Kalau takde hal yang urgent kat kampung tu, AJ okay je kene tinggal.....
 Hahahhaa.. Tapi kalau penting AJ akan cuba reschedule ataupun cancelled la plan lain AJ....
Yup, in certain situation kene pakai ayat Family First! 😍

Hari-hari yang lain AJ banyak habiskan masa keluar makan dan melepak dengan kawan-kawan....
Yelah dah takde orang kat rumah, panjanglah sikit langkahnya...
Semalam orang KL cuti... So AJ pergi berkaraoke dengan Razi dan Aznan geng #kelabbloggerbenashaari...
Plan asal konon pukul 11 pagi... Penyudahnya bangun pun dah tengah hari rembang! Hahahahha....

Memula amik 2 jam je... Pastu tambah sejam kononnya, rupanya Mr.JR yang join lepas dia blaik keje gi tambah lagi sejam....
Hambik kau! 4 jam melalak.. Dah bukan tahap menyanyi dah kitorang ni....


Macam-macam lagu keluar... Kalau sape sempat tengok IG live AJ semalam, taulah camne perangainya kitorang bertiga + satu tu....
Kenapa + satu? Sebab Mr.JR bukannya menyanyi pun.. Chait!
Kalau ade yang rasa nak tengok video live kitorang nyanyi kan.... Gi cari kat FB AJ....
Hehheheh...

Dah habis 4 jam karaoke, kami pegi makan kat D'Pallet, Langat....


Episod karaoke belum berakhir rupanya.. Sambung pulak 2-3 lagu kat situ.. Hahahhahaha...
Macam-macam hal....
Disebabkan dah seronok sangat cuti, pagi tadi pukul 4 baru mata AJ terlelap.. Nyaris lambat bangun...
Hahahhahahahaha..

Okaylah, habis membebel.... Nanti AJ sambung lagi...
Bye!

P/s : Kalau karok kan, sedap tak sedap belakang kira...
Hahahhaha...!


Baca Selanjutnya »