Spicy Gilerrr! Kenny Roger's Roaster... Terangkat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Baru ni AJ berkesempatan mencuba menu baru Kenny Roger's Roaster...
Menu baru ni dinamakan Spicy Gilerrr!...
Pedas sangat ke?? Haaa... Meh AJ nak cerita....


Menu terbaru ini ada dua iaitu Spicy Chicken Favourite Meal dan juga Spicy Chicken & Soup Meal...
Dihidangkan dengan Home-made muffin - Peanut Butter Chocolate Muffin....
Dipadankan pula dengan Blue Chillax.....
Gabungan yang mantap untuk rasa yang hebat....
Kalau korang jenis yang tak tahan pedas macam AJ kan, memang rase nak menangis makan....
Gravy dia tu terasa terus kat lidah..... Tapi rasa dia tu buatkan korang tak boleh nak berhenti makan..... Huhuhuhu..... 😆😆😆

Harga untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan serendah RM 19.90 sahaja...


Spicy Chicken Favourite Meal - RM 19.90


Spicy Chicken & Soup Meal - RM 22.50

Blue Chillax - RM 9.50


**Peanut Butter Chocolate Muffin (1pcs) - RM 3.50

**1/2 Dozen Peanut Butter Chocolate Muffin - RM 20.50

**Not available in East Malaysia. Golden Vanilla Muffin for East Malaysia. 



Kalau korang nak tau, hidangan ni terdapat di semua Restoran KRR bermula dari 17 Februari lepas sampai diberitahu...
So apa tunggu lagi? Bawaklah family korang ke Kenny Roger's Roaster untuk rasa sendiri hidangan Spicy Gilerrr! ni.. Pasti terangkat!

Untuk info yang lebih lanjut layari :

Website : KRR


Instagram : @krrmalaysia

P/s : Tak tahan pedas, tapi makan tetap makan!
Heheeheh...

Baca Selanjutnya »

Akhirnya Boleh Derma Darah.. Kudos!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Akhirnya setelah bertahun-tahun AJ simpan hasrat, arini AJ dah boleh derma darah...
Sebelum-sebelum ni AJ ada juga berniat nak menderma darah...
Tapi AJ tak dibenarkan menderma sebab berat AJ selalu tak cukup....
AJ penah tulis pasal derma darah kat entri NI dulu... Sadis gila tau...


 Penah jugak ada sekali tu AJ cuma kurang 1kg je....
Time tu frust gile kot... Kalau tau AJ letak duit syiling banyak-banyak dalam poket seluar... Hahhahahaha...
Tapi takdelah AJ buat... Mungkin ada sebab kot diorang letak syarat kene berat sekurang-kurangnya 45kg...
 AJ ni memang susah sikit nak dapat berat mencecah 45kg...
Kalau dapat pun sekejap sangat.. Lepas tu berat AJ akan kembali pada biasa.... Dalam lingkungan 39 - 43kg je...

Tapi aritu AJ timbang berat AJ dah naik 46.5kg... Tup-tup pulak AJ ada nampak diorang tampal notis beberapa minggu lepas cakap ada program derma darah ni...
Masa nampak notis ni AJ memang excited gile... Berdoa moga-moga berat tak turun...
AJ jenis senang turun, susah naik... Huhuhuhuhu....


Tadi AJ amik breakfast dalam pukul 10.30 pagi camtu...
Lepas tu pukul 12 tengahari AJ turun dengan beberapa orang kawan....
Sebelum menderma darah, ada beberapa prosedur yang korang kene buat...
Mula-mula kene isi borang dulu, lepas tu timbang berat dan check darah AJ jenis apa..
Korang tau tak, seumur hidup AJ memang tak penah tau pun darah AJ jenis apa....
Arini baru tau AJ ni berdarah A... A untuk Ayue! Senang nak ingat.. Hahahahhaha...


Settle tu, AJ kene check tekanan darah dulu...
Tang ni AJ agak nervous sikit sebab.. AJ ade history kene tahan wad sebab tekanan darah rendah...
Nak derma darah tekanan darah kene normal.. Alhamdulillah tekanan darah AJ normal...
Cuak jugak sebenarnya, 2 kali kot nurse tu amik tekanan darah AJ... Sebab memula tu dia kate bacaan dia rendah pulak...
Nasib kali kedua tu okay... 😁😁😁

Lepas semua prosedur tu okay, AJ dapat derma darah! Yeayyyyyyy!!!!
AJ memang seronok + excited gile kot....
Pertama kali dapat derma darah setelah sekian lama.....
Pastu bukan AJ je yang seronok, kawan-kawan lain pun sama....
Siap pakat update status tahniah kat FB... Hahahahhaha....
Thank you korang.. Supportive sangat! 😀 
Mr.JR dengan kakak AJ cakap, habislah siapa dapat darah AJ...
Mesti gila "swafoto" dan mewarisi semua gila AJ.. Hahahhahaha.. Ngek betul!

AJ harap darah yang AJ dermakan tu dapat beri manfaat kepada orang lain.... Amin....
Lepas ni AJ nak derma lagi, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik....
Oh, kalau korang yang tak penah derma darah tu kan....
Pegi je kalau ada peluang.. Tak sakit pun la... Best tau!
Kudos AJ!


P/s : Next 3 months baru boleh derma balik...
Ada orang kata, derma darah buat badan kita naik.. Yeke?
Takpelah, AJ tak kisah pun...


Baca Selanjutnya »

Flawless Dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejujurnya AJ bukan penggemar BB Cushion....
Kulit AJ ni jenis kombinasi... Kering dan juga sedikit berminyak... So AJ kena pastikan AJ dapat bedak atau BB Cushion yang sesuai...
Sebelum ni AJ penah cuba gunakan BB Cushion dari jenama yang agak terkenal, tapi sayangnya tak sesuai dengan AJ...
Masa pakai tu kulit jadi makin berminyak pulak...
Start pada tu, memang AJ tak penah try lagi mana-mana BB Cushion sampailah AJ diperkenalkan dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion....


Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion merupakan 1 produk tempatan....
Memula nak cuba AJ agak "double-standart" sikitlah... Yelah, AJ penah try produk import kot... Hehehehe..
Tapi bila dah cuba terus AJ jatuh hati dengan produk ni tau....
Sekejap je kulit dah flawless dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion....

Selain pada tu, AJ paling suka bila BB cushion ni tak berminyak, tak bercapuk dan juga rasa ringan pada wajah.... Dia ade effect matte sikit...
Macam sesetengah produk, kita kene kerap touch up tapi dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion, AJ tak perlu touch up pun sampai ke malam.... BB cushion Skiinz ni memang sangat tahan lama kat muka!

Pakai sampai malam pun masih kekal tahan lama...
Nak sapu kat muka mestilah kita titikberatkan kandungan produk kita kan?
Jom AJ share formula utama yang terdapat dalam produk Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion :

Aqua
➤ Malus Domestica Fruit Cell Cultural Extract (Triple Stemcell)
➤ Citrus Aurantium Dulcis (Orange)
➤ Callus Culture Extract
➤ Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell Culture Extract (Alpine Rose)
➤ Citrus Medica Limonum (Lemon)
➤ Fruit Extract
➤ Vitamin C
➤ Vitamin E
➤ Collagen

Semua kandungan ni semulajadi dan dijamin selamat untuk kulit wajah kita...
AJ yakin dengan Skiinz BB Cushion ni tau....

 Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion juga banyak kelebihannya pada kulit antaranya : 

➤ Membantu dalam penjagaan kulit dan berikan kesan AWET MUDA
 ➤ Membantu merawat kulit bermasalah seperti JERAWAT dan JERAGAT
➤ Menegang serta melembapkan kulit
➤ Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus
➤ Membantu mengurangkan keradangan dan inflamasi kulit
➤ Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
➤ Mempunyai SPF 35 sesuai untuk orang Asia dan dapat melindungi kulit daripada sinaran UV
➤ Memberi effect GLOWING dan FLAWLESS pada kulit wajah
➤ Mesra WUDHU – aqua based, mudah dan pantas untuk dibersihkan
➤ Tidak MELEKIT dan BERMINYAK
➤ Warna NATURAL, sesuai untuk semua jenis kulit
➤ Tekstur yg HALUS dan RINGAN

Natural dan tekstur yang ringan... Didatangkan dalam 1 warna yang bersesuaian dengan semua tona kulit...
Meh AJ tunjuk sikit beza sebelum dan selepas menggunakan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion pada kulit AJ...
Kalau korang nak tau, kulit AJ ni memang tak flawless mana pun...
So bila pakai produk ni, kesan parut-parut jerawat dan tona kulit AJ yang tak sekata tu jadi lebih rata...



Sebelum dan selepas menggunakan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion
Perfect coverage
Oh ya, sejak AJ pakai BB cushion Skiinz kan AJ dah tak pakai foundation...
Coverage dia dah cukup untuk tutup cela kulit AJ...
AJ cuma pakai serum je sebelum sapukan BB cushion Skiinz ni, lepas tu mekap seperti biasa.... Best!

Mekap tanpa foundation
Mesti ramai yang dah start tergoda dengan produk ni kan?
Kat mana nak dapatkan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion?
Korang boleh dapatkan produk ni dekat AJ jugak tau...
Yup betul.. AJ tak tipu, korang boleh PM AJ dan AJ akan poskan produk ni pada korang....
 Hehehhhee...

Nak tau lebih lanjut mengenai produk Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion layari laman web dan media sosial di bawah :

Harga pasaran :
RM 89

Alamat :
SR Beauty Worldwide
I-2-G, Putra Walk, Jalan PP25, Tmn Pinggiran Putra

 43300 Seri Kembangan, Selangor


📱 019-3554145 

Website :

Facebook :

Instagram :

Terima kasih Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion, sekarang ni senang je AJ nak nampak flawless...
Lagi 1 mudah nak bawak ke mana-mana sebab ianya compact...
Nak travel pun bawak je Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion dengan barang mekap paling basic... Hehehehehe..

P/s : Jangan pandang enteng produk tempatan!


Baca Selanjutnya »