Unboxing #AltheaTurns2 Birthday Box!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bulan Julai memang bulan yang paling special buat website kesayangan ramai Althea Korea sebab Julai adalah bulan sambutan Birthday Althea yang kedua!!! Yeayyyy!! Happy 2nd Birthday Althea Korea. Jadinya macam tahun sebelum ni, Althea ada Limited Edition Birthday Box bila korang membuat pembelian sepanjang bulan ni tau. AJ pun mestilah tanak lepaskan peluang ni. #AltheaTurns2 Birthday Box ni dah selamat sampai pun kat tangan AJ... So nak tau apa yang ada dalam Birthday Box AJ tak? Jom!


Dapat je birthday box ni memang AJ excited gile! Sebabnya box kali ni direka dengan bentuk kek okay. Alahai cute betul kotaknya ditambah pula dengan kaler pastel tu, melting AJ! Rasa macam kita pulak yang sambut birthday.. Hihihihi...


Kali ni AJ tak beli barang-barang mekap, AJ banyak beli produk penjagaan rambut je...

 
Aritaum Shalp Cushion Brush

Hot Style Heating Protector

Berry Reflection Collection - Conditioner

Yang ni memang agak kelakarlah, seorang AJ membeli conditioner tanpa Shampoo. Entah macam mana AJ boleh terlupa pulak nak klik shampoo dia. Bila bukak je kotak dan belek barang-barang yang ade terus AJ tergelak sendiri. Alahai AJ. Tapi ni lah alasan AJ nak shopping lagi dengan alasan membeli shampoo pulak.. Hahahahhaha... Sambil menyelam minum air. Harap-harap Encik Banker tak baca entri ni. Hahahahha.

Berry Vinegar Water Treatment

Lady Perfume Hair Oil

Aloe Verra 92% Soothing Gel Mist

Belle Journee Tattoo Lip Tint - Attitude Red


Setiap pembelian sepanjang bulan ni juga melayakkan korang untuk dapatkan sample pack tau. AJ pun tak terkecuali. Nampak tak sample pack yang AJ dapat. Seronoknyaaaaa! Paling suka Cocoa Brightening Mask tu, macam nak makan pulak bila hidu bau coklat dia. Hahahahhaha



Yang ni pulak birthday kits untuk pembeli yang terawal membuat pembelian sempena #AltheaTurns2 ni tau, korang boleh DIY birthday box korang cantik-cantik... Lepas tu jangan lupa share dalam Instagram dengan menggunakan hashtag #AltheaTurns2. Nak tengok kotak DIY AJ?





Tadaaaaa.... Cantik tak? Macammana pun, kucing tetap tak lupa. Tema dia ala-ala taman ceria gitu.. Hihihihi...

Lagi 1 (bukan 1 je sebenarnyaaaa......) Macam AJ cakaplah, Birthday Althea, kita yang seronok dapat diskaun dan hadiah yang macam-macam antaranya :

Althea Birthday Sale

Birthday Giveaway (Free Beauty Products for shoppers to add into cart)

Althea Birthday Goodies (Limited Edition Box + DIY Bday Kit + Sample Pack) - Macam AJ punya kat atas tuuuuuu.... Jangan lupa post kat Instagram dengan hashtag #AltheaTurns2 dan #AltheaKorea bila korang dah siap DIY birthday box korang tau!

FLY ME TO KOREA for TWO! - Lets Honeymoon.. Eh!

✿ Contests to win prices
*terms & conditions apply*

Untuk maklumat lanjut mengenai semua diatas layari : www.althea.kr

So apa tunggu lagi, jom membeli belah dengan Althea Korea. Nanti kalau melepas jangan menangis tepi bucu katil pulak tau. AJ dah bagitau korang dah tau. Jangan kata kakak tak payung! Hihihihihih.

P/s : Happy Birthday Althea Korea. Xoxo!


Baca Selanjutnya »

Beg Arthur Larrison - Grey Trendy dan Stylish dari Mizzue Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nak tau kat mana nak cari koleksi beg yang trendy dan stylish? Mizzue Malaysia la jawapannya! Serius AJ ni agak memilih kalau nak pilih beg, terutamanya beg tangan. AJ lebih suka beg tangan yang boleh sling ataupun boleh hand carry je. Senang cerita yang 2 in 1 la. Nak bergaya ala hipster boleh, nak bergaya ala-ala ayu pun boleh. Sebabnya AJ ni selalu naik motor je kalau kemana-mana, so kalau nak bawak hand carry kehulu-hilir jenuh jugaklah.



Mizzue Malaysia

Penah dengar tak pasal Mizzue Malaysia ni? Kalau tak, meh AJ cerita sikit. Mizzue ni merupakan salah 1 laman web membeli beah yang menjual pelbagai jenis beg dari clutch, beg tangan mahupun beg galas mengikut citarasa dan pemakaian korang la. AJ pun baru je berkenalan dan baru je nak berjinak dengan Mizzue Malaysia. Banyak ratusan beg yang boleh korang pilih kat sini, nak yang bersaiz kecil, bersaiz besar dan mempunyai pelbagai pilihan warna, serba serbi ada! Kalau nak tau, Mizzue bukan hanya ada di Malaysia je, kat Singapore, Hong Kong dan banyak lagi tau. Pasaran Mizzue ni memang meluas, so korang boleh agak la kan kualiti dia macam mana? Memang baguslah!





Aritu AJ terjumpa beg Arthur Larrison - Grey kat website Mizzue Malaysia, terus AJ jatuh cinta dengan beg ni tau. Ianya memang menepati citarasa AJ, boleh digayakan 2 dalam 1. Kalau AJ pakai casual, AJ sling je Arthur Larrison tu. Manakala kalau AJ pakai skirt ke, baju kurung ke, AJ akan carry je beg tangan tu.


Lagi 1 kan, design beg Mizzue memang sentiasa trendy dan sentiasa mengikuti fesyen semasa. Korang boleh tengok sendiri perincian kat beg AJ ni. Corak dia yang dianyam dan pemegang yang dibalut dengab kain buat beg ni nampak eksklusif. Walaupun beg nampak kecik, dalam dia banyak ruang untuk letakkan barang-barang korang. Kalau setakat nak letak power bank, alat solet dan dompet memang takde masalah. So dengan Arthur Larrison AJ tak perlu nak bawak beg banyak-banyak. 1 beg ni je dah cukup untuk letak barang keperluan AJ.




So takkan lah korang nak tengok je AJ bergaya dengan beg dari Mizzue Malaysia ni kan? Tak teringin ke nak beli? Tunggu apa lagi jom ke laman web Mizzue Malaysia buat pembelian sekarang!
Oh ya! Kalau korang bernasib baik, korang boleh dapat banyak diskaun dan promo menarik kat sini, aritu kan AJ ada nampak promosi buy 1 free 1 tau.... Best gila, beli 1 dapat lagi 1.

Nak tau lebih lanjut mengenai Mizzue?
Layari :

Website : www.mizzue.com.my
Facebook : mizzue
Instagram : @mizzuemy


P/s : Raya Haji tak lama lagi, bolehlah beli beg raya... Hehhheehe...

Baca Selanjutnya »