Menangis-nangis Tengok Kau Takdirku!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aritu kan, tetibe terasa nak tengok wayang. AJ tak plan pun nak tengok cerita apa. Sekali masa tengah makan tu AJ cakap dengan Mr.JR jom tengok Kau Takdirku nak? Ehhhh! Dia ON pulak. Yelah, lelaki jarang la nak tengok cerita gitu, baca tajuk je mesti rase cam krik krik krik. Hahahaha. Betul tak? 

AJ takde idea sebenarnya cerita ni pasal apa, tengok barisan pelakon dia pun boleh tahan la. Tu yang tertarik nak gi tengok. Ikutkan AJ ni jarang sangat tengok cerita Melayu masa hari pertama keluar panggung, selalunya AJ akan baca review dulu baru pegi. Taknak la terasa membazir pulak kalau cerita tak best ke kan. Hahahahhaa. Kalau review tu lain la, tapi ni nak bayar tiket sendiri. 😋😋


Masa memula cerita ni biasa je la, cerita pasal budak lelaki yang hampir lemas terjumpa baby kat dalam hutan tu. Pastu dia bawak balik rumah. Dari situlah bermulanya kisah Kamar dan Alya. Diorang ni jadi adik beradik angkat la bila family Kamar setuju amik Alya jadi anak angkat. Bila dah besar, plot cerita pun bermula, bila Kamar sebenarnya dah lama simpan perasaan kat Alya, lepas tu dalam masa sama Alya jumpa pulak dengan Harris. Kalau awal-awal kan macam boleh agak kesudahan cerita ni kan? Rase  macam sama je dengan cerita cinta lain. Tapiiiiiiiiiiiiiii... Jangkaan AJ tu meleset, rupanya cerita dia ni power. Menangis-nangis AJ dalam panggung gara-gara cerita ni tau.



AJ ni nak tulis panjang-panjang kang spoil pulak cerita dia jadinya. So apa kata korang tengok sendiri. bayangkan AJ yang orang kata kental, kasar tapi bila tengok Kau Takdirku menangis sampai bengkak mata? Korang rase power ke tak power cerita dia? Tahniah kepada pengarah, crew dan barisan pelakon yang mantap. Dah lama AJ tak tengok cerita cinta Melayu yang lain pada yang lain macam ni. Mendalam mesej yang disampaikan. Terkesan kat hati AJ. Rupanya bila selidik pengarahnya, dia orang yang buat filem AdiwiraKu. Patutlah best! AdiwiraKu pun buat AJ tumpah airmata kot!

Pendapat jujur AJ, filem ni adalah filem yang tak merugikan duit korang bile tengok kat panggung. AJ sendiri pun 2 kali pegi tengok. Masa memula tu cam tak puas hati sebab ada "mangkuk" kat belakang buat bising. Ganggu mood orang je! Lagi 1 cerita memang best, so tak salah ulang tengok.
Cuma yang AJ agak pelik, bila dalam panggung banyak seat yang kosong. Rugi tau cerita bagus tapi penonton tak perasan. So apa kata korang yang baca ni pegi tengok okay. Support la filem yang bagus macam ni. Kalau bukan kita yang support, siapa lagi kan?



Info :

Pengarah : Jason Chong
Barisan pelakon : Remy Ishak, Bront Palarae, Ezzaty Abdullah, Kartina Aziz
Tahun penggambaran : 2014
Tahun tayangan : 2017
Rating : 5/5 <---- ikut AJ la ni

Kalau korang tak menangis, memang takde jiwa! Tak menitiskan airmata pun, jangan tipu kata tak terkesan kat dalam hati tu.

P/s : Tunggu Bisik Pada Langit pulak minggu depan.


Baca Selanjutnya »

Royal Expert - Glow N Win | Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Dimenangi!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Royal Expert merupakan nama yang cukup sinonim dengan rangkaian produk pencerahan dan penjagaan kulit. Bertapak kukuh dalam industri barangan kecantikan sejak tahun 2009 lagi, malahan telah mendapat pengiktirafan Malaysia Power Brand Award 2017. Bermula dengan hanya mengeluarkan satu krim pencerahan kulit sahaja, kini Royal Expert telahpun mengembangkan sayapnya dengan membawakan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit untuk lelaki, wanita dan jugak kanak-kanak. Produk Royal Expert bukan sahaja hanya berkemang di Malaysia malahan turut menembusi pasaran Indonesia, India dan USA.

Royal Expert merupakan salah 1 perniagaan e-commerce, so korang boleh mendapatkan produk-produk terbaik dari Royal Expert dengan melayari www.royalexpert.coDari website pun korang boleh dapankan pelbagai maklumat dan juga yang paling terbaru korang boleh memenangi  hadiah menarik yang bernilai RM 88,888 jugak tau. Caranya dengan menyertai contest Glow N Win ni la. Bestkan? Guna produk untuk memperbaiki masalah kulit, dapat join contest lagi!

www.royalexpert.co


Contest Glow N Win ini dianjurkan untuk menghargai pelanggan dan pengguna setia produk ini. Bila sebut pasal contest mesti semua orang teruja kan? AJ sendiri pun teruja sangat sebab hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik.

Mesti korang tak sabar nak tau apa yang ditawarkan melalui Contest Glow N Win ni kan? Hadiah yang bakal dimenangi ialah :

❀ Pakej percutian ke London selama 5 hari dengan penginapan ditaja sepenuhnya oleh Royal Expert
❀ Elaun pelajaran bernilai RM 5000 setiap 1 (jumlah keseluruhan RM 15K)
❀ Telefon pintar Samsung S8
❀ RM 500 baucer membeli belah AEON
❀ Pakej percutian domestik

Kalau tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan, rugi tau kalau tak join. cara untuk melayakkan korang menyertai contest Glow N Win ni pun cukup mudah iaitu :

❀ Beli 1 Royal Expert Advance Formula Brightening Cream daripada wakil penjual sah ataupun Stokis Royal Expert



 http://www.royalexpert.co




❀ Rujuk info yang terdapat pada risalah di dalam kotak
❀ Isi borang dengan melayari website yang dinyatakan dalam risalah tersebut
❀ 2 orang pemenang bertuah akan diumumkan setiap 2 minggu ( 4 pemenang setiap sepanjang 12 bulan)
❀ Seorang pemenang bagi hadiah utama akan diumumkan pada setiap bulan selama 3 bulan berturut.
❀ Seorang pemenang Jackpot akan diumumkan pada hujung kempen ini (2x tiket dengan kemudahan penginapan)

Syarat-syarat penyertaan :

❀ Peserta mesti berusia 18 tahun ke atas
❀ 1 penyertaan dengan setiap pembelian
❀ Tertakluk pada terma & syarat
❀ Pemenang mestilah mengemukakan salinan kad pengenalan atau passport semasa menuntut hadiah daripada HQ Royal Expert

So apa lagi? Layari www.royalexpert.co sekarang!

Haaaaa.. AJ ada lagi 1 berita baik untuk korang tau. Selain daripada menyertai Glow N Win korang boleh ambil peluang untuk menjadi OEW Authorized Dealer dengan hanya bermodalkan RM 780 sahaja! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menambahkan pendapatan.

http://www.royalexpert.co


Sebarang info tau pertanyaan mengenai OEW Authorized Dealer boleh menghubungi :
Tel : +603 56135626
Email : info@oewgroup.com

Jangan lupa follow Royal Expert di media sosial juga tau!
Facebook : Royal Expert Group
Instagram : @royalexpertgroup

P/s : Siapakah yang bertuah itu? Tunggu.....

Baca Selanjutnya »