Persediaan ke Jepun, Dapatkan JR Pass di Matta Fair 2018!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal November nanti, AJ akan ke Jepun dengan 3 orang lagi geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Excited? Tak payah nak cakap sebab ni kali pertama AJ nak jejakkan kaki Jepun yang dikenali sebagai negara Matahari Terbit.

Bermula September ni, memang AJ duk cari info sebagai salah 1 persediaan nak ke Jepun nanti. Dari apa yang AJ baca, Jepun memang nombor 1 bab kenderaan awam ni. Kebanyakkannya menggunakan tren dan bas. So JR PASS ni merupakan benda penting yang AJ kene sediakan.




Apa itu JR PASS?

JR PASS ataupun Japan Rail Pass ialah pas untuk keretapi untuk perjalanan dari 1 destinasi ke 1 destinasi di Jepun. Yang bestnya pas ni dikhaskan untuk penggunaan pelancong asing sahaja dan menawarkan pengunaan tren tanpa had untuk lebih kurang 1 ke 3 minggu dengan kos yang sangat efektif.

Pengunaan JR PASS

✿ Pas ini sah digunakan di hampir semua tren yang dikendalikan oleh rangkaian JR di seluruh negara termasuk Shinkansen (bullet train), Limited Express, Express, Rapid dan tren tempatan.

✿ Tokyo Monorail ke/ dari Lapangan Terbang Haneda

✿ JR Feri ke Miyajima

✿ Sesetengah kereta api bukan JR untuk mengakses laluan JR terpencil seperti :

- Kereta Api Aoimori antara Aomori, Noheji dan Hachinohe untuk mengakses Jalur JR Ominato ke Semenanjung Shimokita.

- IR Ishikawa Railway antara Kanazawa dan Tsubata untuk mengakses Laluan JR Nanao ke Semenanjung Noto.

- Ainokaze Toyama Railway antara Toyama dan Takaoka untuk mengakses JR Himi Line dan JR Johana Line.

✿ Bas JR tempatan yang dikendalikan oleh JR (bukan lebuhraya) bagi beberapa laluan antaranya :
Yamaguchi - Hagi
Stesen Kyoto - Ryoanji - Takao
Stesen Kanazawa - Kenrokuen
JR bas ke Lake Towada
JR bas pelancongan di Hiroshima
JR bas bandar sekitar Sapporo
JR bas tempatan ke Kusatsu Onsen



Pendek kata JR PASS ni meliputi hampir semua kawasan dari Hokkaido ke Kyushu. Ada JR Hokkaido, JR West, JR Kyushu, JR Shikoku, JR Central dan JR East.

JR East PASS Takoku Area / Nagano, Niigata Area




JR East ni cover untuk 2 area tau iaitu Tohoku Area / Nagano, Niigata Area. jangan tersilap beli pulak nanti. Hihihihihi. Tak sabar pulak AJ nak menjelajah Jepun dengan JR PASS ni tau. Kalau nak tau area mana yang AJ akan pegi nanti, kenelah tunggu bukan November. Yang pasti banyak tempat menarik yang boleh AJ dan geng pegi dengan adanya JR PASS ni.



Eh duk cerita pasal pas ni je kan, kat mana nak dapatkan JR PASS ni?

Ada 3 cara sebenarnya yang membolehkan korang beli JR PASS antaranya :

✿ Beli daripada agensi perlancongan
✿ Melalui website www.eastjapanrail.com
✿ Beli semasa berada di Jepun



Nak lagi senang? 7 hingga 9 September 2018 ni kan ada MATTA FAIR 2018 di PWTC (Hall 1), korang boleh ke booth yang tertera dalam poster di bawah. Tanyalah A-Z apa yang korang nak tau pasaL JR PASS okay. Nanti siap ada hadiah misteri lagi tau!



Tak sempat nak ke Matta Fair? Boleh hubungi J-HORIZONS di talian 03-21610922 untuk pembelian.

AJ pun akan ke MATTA FAIR 2018 hari Sabtu ni. Jumpa disana tau! 


Baca Selanjutnya »

Keluarkan Jenama Sendiri dengan ZY Cosmetics Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni ramai yang dah mula nak ada jenama sendiri kan? Terutamanya produk kosmetik kan? So macam mana nak keluarkan jenama sendiri ni? Boleh percaya ataupun tak? Haaa, sekarang ni AJ nak cerita dengan korang mengenai ZY Cosmetics Sdn Bhd. Manalah tau kalau ada antara korang teringin nak ada jenama sendiri kan.




ZY Phyto ni apa?

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat 100% Bumiputera. Syarikat ini juga merupakan pengilang OEM bagi produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, turut membekal bahan mentah termasuklah ekstrak herba, serbuk dan cecair yang mendapat permintaan tinggi di pasaran khususnya dalam sektor pembuatan produk kecantikan dan kosmetik.

Dikenali sebagai King of OEM yang banyak membantu usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang pengeluaran jenama sendiri. Dibawah ZY Phyto ni juga ada 9 buah  anak syarikat lain iaitu :

  1. Zy Phyto Tech Industries Sdn Bhd
  2. Zy Phyto Cosmetic Sdn Bhd
  3. Zy Phyto Herbal Science Sdn Bhd
  4. Zy Academy Sdn Bhd
  5. Zy Printpack Sdn Bhd
  6. Zy Phyto Marketing Sdn Bhd
  7. Zy Phyto East Coast Sdn Bhd
  8. Yayasan Qaseh Zy Phyto
  9. Emily's Cattery

Ramai yang beranggapan nak buat produk sendiri ni mahal. Yelah, bukan senang kan? Banyak proses yang perlu dilalui antaranya pembangunan dan penyelidikan (R&D) mengenai produk yang ingin dikeluarkan, bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk dan macam-macam lagi. Modal yang perlu pun mestilah besar kan. Tapi dengan pakej Chomel yang ditawarkan oleh ZY Phyto Cosmetics Science, bermodalkan serendah RM3,000 je pun korang boleh hasilkan antara produk dibawah : 



  1. Anti-Wrinkle Serum
  2. Whitening Serum
  3. Make-Up Remover
  4. Face Cleanser
  5. Body Scrub
  6. Aromatheraphy Oil





Rasa ragu-ragu? Jangan risau ZY Phyto merupakan syarikat yang boleh dipercayai. Mempunyai kelulusan dari Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mendapat pengikhtirafan sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Produk keluaran ZY Phyto juga hasil kerjasama dengan universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain tu semua produk yang dihasilkan di kilang ZY Phyto mempunyai akreditasi Amalan Pengilangan Baik (GMP), sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan pengiktirafan ISO bagi kedua-dua kilang. So masih ragu-ragu? Takkan?





Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai ZY Phyto boleh layari : 

Website : zyphyto.com
http://jomorder.com/60182458898/PAKEJ_OEM_COLORS_COSMETIC
Telefon : +603 60388898 / 6898 / 7898
Fax : +603 60388798

Baca Selanjutnya »