Kembara KBBA9 Jepun bersama J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang follow rapat AJ dekat laman sosial FB dan IG mesti tau yang AJ baru lepas balik dari Kembara KBBA9 Jepun kan? Sume ni takkan jadi realiti tanpa J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd tau.



Mengenai J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd

Mula bertapak di Malaysia pada tahun 1970, pengalaman mereka dalam bidang agensi pelancongan ni tak perlu dipertikaikan. Team J-Horizons memang pakar mengenai Jepun, sebut je ceruk mana nak pegi kat sana, Insyaallah boleh diuruskan. Tapi kalau nak ke destinasi lain selain Jepun pun ada.

So team Kembara KBBA9 berbesar hati bila kami diberi peluang menjelajah Jepun. Misi kami kesana, bukan suka-suka je tapi misi kami kali ni berkonsepkan Muslim tour, dimana kami mencari tempat yang menyediakan makanan yang halal.



Yelah, pegi negara luar terutamanya negara bukan Islam agak sukar nak dapatkan makanan halal kan? Kembara kami ni telah dibincangkan hampir setahun tau. Bukan mudah nak dapatkan kepercayaan penaja, Alhamdulillah hasil usaha Ben Ashaari, team KBBA9 segalanya dipermudahkan...

Hasil perbincangan J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd dan KBBA9, kami sepakat untuk menjelajah sendiri bumi Jepun dengan itirenary lengkap beserta penginapan dan transportation yang disediakan oleh pihak agensi. Cuak jugak, yelah 3 daripada kami baru pertama kali kot ke Jepun. Nak jalan sendiri tanpa ada pihak agensi bersama dengan kita, mencabar jugak kan.

Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan adanya guidelines yang diberikan oleh pihak J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd. 4 November 2018, AJ dan rakan KBBA9 lain dah pun berada di bumi Jepun.



So kalau korang nak merancang percutian boleh cari J-Horizons. Plan perjalanan dan bajet perjalanan tu pun korang boleh bincang dengan pihak agensi. Mereka memang pakar bab-bab menguruskan trip. Dan paling penting, agensi yang boleh dipercayai dan telus. Zaman sekarang kita kene pilih betul-betul agensi pelancongan yang okay dan jujur. Silap pilih melayang beribu-ribu tau!

Nak tau maklumat lanjut mengenai J-Horizons Travel (M) Sdn bhd dan pakej-pakej pelancongan yang disediakan boleh tengok info dibawah :

J-Horizons Travel (M) Sdn.Bhd.

Website : j-horizons.com.my


Alamat : Lot L4-C, Level 4, The Weld, No.76, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : +60 (03) 2161 0922

Emel : tour@j-horizons.com.my


P/s : Nak tau jelajah kami? Tunggu entri seterusnya...

Baca Selanjutnya »

Meal Replacement dari Kitsui Malaysia, Tenaga Tambahan Ketika di Jepun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape penah dengar pasal Meal Replacement dari Kitsui Malaysia? Haaaa, kalau nak tau ni lah rahsia AJ kekal bertenaga sepanjang berada di Jepun minggu lepas.



Yelah, bila melancong memang kita perlukan tenaga tambahan. Nak pulak bile tempat yang kite pegi tu banyak kawasan menarik yang boleh dilawati. AJ pulak, kalau tengah berjalan tu kadang masa makan tu AJ skip jugak. Hahahaha. Sibuk sangat bergambar sana sini, makan pun tak ingat.



Meal replacement dari Kitsui Malaysia ni memang bagus dalam memberi tenaga tambahan ketika melancong. Antara kandungan yang terdapat dalam produk ni ialah :

  • Spirulina
  • Oat Fiber
  • Brown Rice
  • Psyllium Husk



Selain mengenyangkan perut banyak lagi khasiat lain dalam Meal Replacement antaranya :

  • Membantu membakar kalori dan lemak berlebihan
  • Tinggi protein dan fiber
  • Kandungan gula dan kalori yang rendah
  • Mudah dihadam dan sesuai untuk mereka yang berdiet
  • Membantu mengawal berat badan berlebihan


Sesiapa yang tengah diet tu, elok amik Meal Replacement jugak tau.

Cara penggunaannya pun mudah je :

Ambil 250ml air, masukkan 1 sachet Meal Replacement dan goncang. Senang je kan? Dalam air sejuk pun mudah larut.



So kalau korang ada plan nak travel terutamanya ke negara yang agak susah nak dapatkan makanan halal, apa kata dapatkan Meal Replacement dari Kitsui Malaysia. Boleh didapati dari Watsons ataupun Guardian berhampiran.

Harga pasaran : RM 38.80/sekotak

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke :

Website: https://kitsui.com.my/
Facebook page: Kitsui My
Instagram: kitsuimalaysia

P/s : Pegi Korea nanti pun nak bawak!

Baca Selanjutnya »

Hello Osaka!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, malam tadi AJ dan geng #KelabBloggerBenAshaari, Abang Ben, Shehan dan Afiq selamat sampai kat bumi Osaka. Dari KL kami berlepas pukul 2.15 petang. Terima kasih J-Horizons Travel yang bawak kami kesini. Kalau tak, tak tau bila AJ dapat peluang sampai Jepun ni.



Sebenarnya plan Kembara Kbba9 ke Jepun ni dah lama dah. Rasanya dari tahun lepas dah start plan dengan pihak J-Horizons. Yelah, bukan mudah nak buat kembara ni. Nak pulak ianya melibatkan beberapa pihak. Antara yang utama semestinya Cosmoderm, salah 1 pelopor produk halal kat Malaysia.

Kembara Kbba9 ke Jepun ni tujuannya untuk mengetengahkan dan mewar-warkan antara hotel dan tempat yang mementingkan isu halal di negara luar Malaysia. Bukan senang tau! Kalau kite pentingkan halal dalam produk penjagaan harian, makan apatah lagi kan?

Tapi tempat-tempat tu semua AJ akan sambung cerita pada entri seterusnya laaaa. Nak tau kat mana boleh intai dulu update Instagram dan Facebook AJ. Nanti baru story lagi panjang. Hehehee..

So sebelum tu jom AJ cerita pengalaman nak kesana dari KL dulu.

Pagi sebelum tu, ada tragedi sikit tau. Masa nak check in flight, baru AJ perasan Afiq tak bagi nama penuh untuk tiket tu. Alhamdulillah la lepas tanya kawan-kawan, masalah selesai. Nanfi AJ cerita macam mana tu.



Masa sampai Airport Kansai, kitorang memang tak plan amik pass mana-mana pun sebab nak try naik tren. Memula terkial-kial jugak sebab kat sini banyak sangat line. Ada Nankai, Kintetsu, JR. Last-last AJ google baru tau mana nak tuju. Tapi mudah je sebenarnya, as long korang tau mana nak tuju. Insyaallah tak sesat!



Dalam 12.40 malam, kami sampai kat tempat penginapan pertama iaitu Sheraton Miyako Hotel Osaka. Lepas letak beg semua, kitorang turun cari makan. Lapar wehhhh! Dalam flight tak puas makan. Hahahahaha. Nasib Family Mart berlambak-lambak kat sini. So turun bawah makan.


Bile perut dah kenyang, barulah boleh tidur. So nanti AJ cerita lagi apa aktiviti kitorang okay. Tungguuuu....

P/s : Banyak tempat best nak melawat!


Baca Selanjutnya »