Himalaya Joint Wellness dan Bowel Wellness untuk Kekal Sihat dan Bertenaga

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Himalaya bukanlah satu nama asing dalam pengeluaran supplemen berasaskan tradisional dan herba. Dipercayai sejak turun temurun dari tahun 1930 lagi. So arini AJ nak kongsikan dengan korang 2 produk yang AJ amalkan iaitu Himalaya Joint Wellness dan Himalaya Bowel Wellness untuk kekal sihat dan bertenaga.

Kenapa Himalaya? Himalaya Herbals 100% semulajadi dan selamat untuk digunakan. Sebenarnya AJ dah lama kenal dan amalkan produk dari jenama ni. Bukan untuk manusia je, malahan ubat untuk kucing pun AJ gunakan Himalaya. Jangan tak tau, Himalaya bukan sahaja ada produk untuk manusia, tapi ada untuk haiwan kesayangan korang jugak tau.


Sejak AJ tak keje ni, AJ banyak buat aktiviti luar. Kadang-kadang AJ pergi trip bersambung-sambung dari 1 tempat ke 1 tempat. Memang seronok,tapi kesan dia badan AJ jadi letih, lesu dan kurang bertenaga. Lepas tu AJ jugak ada masalah pencernaan. Bila pegi trip makan pulak macam-macam. So AJ amik 2 supplemen ni untuk membantu AJ kekal sihat dan bertenaga.

Himalaya Joint Wellness Shallaki

Bila umur makin meningkat, sendi-sendi mulakan rasa sakit. AJ pun tak terkecuali walaupun muka nampak macam masih muda remaja! Hahahahaha. Bila banyak berjalan, AJ kerap sakit belakang dan kat pelipat kaki. Lenguh dia tu kadang tak boleh bawak bincang woo. Bila nak tidur malam rasa menyengat jugak. Gulinglah macam mana pun, takdenya rasa sakit sendi tu berkurangan!


Sejak amalkan Himalaya Joint Wellness Shallaki, Alhamdulillah sendi-sendi rasa makin beransur pulih. AJ dah tak rasa sakit bila nak tidur. Baru ni pun, masa ride ke Thailand pun badan tak sakit walaupun duduk atas motor hampir 15 jam perjalanan. 

Kebaikan Himalaya Joint Wellness Shallaki
  • Mengelakkan sendi mengalami kerosakan dan membantu menyerap efek hentakan atau pergerakan berlebihan struktur sendi.
  • Membantu mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi.
  • Membantu dalam menindas keradangan sendi dan kesakitan dengan mensasarkan enzim utama yang memudahkan pelepasan bahan kimia keradangan pada sendi.
  • Shallaki lembut pada perut dan tidak menyebabkan kerengsaan atau ulser gastrik.

Cara pengambilan :

1-2 biji, 2 kali sehari. AJ selalu amik sebelum keluar beraktiviti dan sebelum tidur.

Himalaya Bowel Wellness Triphala

Okay, masalah ni memang AJ dah hadapi sekian lama. AJ susah sangat nak membuang air besar.  Senang cite sembelit lah! Kadang tu 3-4 hari sekali baru rasa nak "menoilet". Masalah ketidakhadaman ni memang tak elok untuk badan kita, sebab toksin dalam badan tu tak keluar kan. AJ ada jugak cuba beberapa produk, tapi tak berapa berkesan dan kadang-kadang buta perut AJ rasa tak selesa.



Since AJ memang amik Himalaya Joint Wellness, AJ cubalah sekali Himalaya Bowel Wellness Thipala ni. Kebetulan masa tu tengah ada sale, elok sangatlah beli. Hihihihih. Masa mula-mula amik, rasa biasa je. Tapi lepad tu sistem pencernaan tu jadi lebih efektif. AJ pun dah tak sembelit dan kerap ke tandas jugak. Lega tau! Barulah perut nampak slim sikit. Kalau tak rasa bloating je.

Kebaikan Himalaya Joint Wellness Triphala

  • Melegakan sembelit
  • Membantu aliran usus secara normal
  • Mendetoks usus yang normal


Cara pengambilan :

1-2 biji , dua kali sehari. AJ amik lepas sarapan pagi dan makan malam.

AJ dah cuba Himalaya Joint Wellness hampir sebulan dan Bowel Wellness selama hampir 2 minggu, kesan dia memang terbaik. AJ dapat rasa perubahan pada tubuh badan. Jadi lebih bertenaga dan perut rasa lebih selesa walaupun lepas makan macam-macam.

Lagi 1 kan, produk ni didatangkan dalam botol yang memudahkan AJ bawak travel ke mana-mana dan bentuk kapsul dia pun mudah nak ditelan. Rasa dia takdelah pahit pun. Orang selalu ingat, asal but pada herba je mesti pahit kan? Himalaya ni takde rasa apa pun, korang telan je la kapsul dia. Hihihihi. Okay je!

So kalau korang nak dapatkan Himalaya Joint Wellness Shallaki dan Himalaya Bowel Wellness Triphala, korang boleh kemana-mana outlet Himalaya berhampiran, Watsons ataupun boleh didapati secara online di laman web Himalaya, Shopee ataupun Lazada.

Untuk maklumat lanjut layari :

Website : http://www.himalayaherbals.com/
Facebook :  https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

P/s : Sama macam jaga muka, badan pun kene seiring...

Baca Selanjutnya »

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

22 Ogos 2019 yang lepas, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM yang disempurnakan oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Dalam pada kita tak sedar, dah 20 tahun Rumah Ronald McDonald ditubuhkan.


Mengenai Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Rumah Ronald McDonald (RRM) merupakan rumah penginapan sementara bagi membantu pesakit  pediatrik dan waris yang mendapat rawatan berpanjangan di HCTM-UKM dengan kadar sewa yang berpatutan. Kalau nak tau, RRM ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan yang pertama di rantau ASEAN dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap disini.

RRM boleh menampung 19 keluarga pada satu-satu masa dengan 57 buah katil dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang makan, ruang istirehat, surau, dapur, bilik dobi, bilik permainan dan taman permainan, perpustakaan, mini gim serta bilik komputer untuk kegunaan pesakit dan warisnya. Selain tu, RRM juga merancang pelbagai aktiviti menarik seperti hari keluarga, kelas masakan, kelas kecerdasan, sambutan hari lahir untuk pesakit kanak-kanak serta sambutan  hari perayaan. 



Semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 lepas, YABhg Tun Dr. Siti Hasmah mengimbau kenangan semasa pembukaan RRM 20 tahun lepas dan berkongsi cerita dengan para hadirin. Beliau sangat berbangga dengan komitmen yang RRM Malaysia dan HCTM-UKM sepanjang 20 tahun penubuhannya. Yelah, 20 tahun bukanlah jangka masa yang singkat. Ketika awal penubuhannya, sebanyak RM2 juta telah digunakan. Ianya merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk orang awam dan syarikat-syarikat korporat. RRM juga telah 2 kali menaiktaraf dan penambahbaikan pada tahun 2004 dan 2014.


Macam mana Rakyat Malaysia dan orang awam boleh menghulurkan bantuan?

Korang mesti penah nampak tabung sumbangan yang ada di hadapan setiap kaunter restoran McDonald's kan? Kalau nak tau, itulah sumbangan dan dana yang digunakan untuk RRM. Setiap sen yang korang sumbangkan tu la membantu mereka yang memerlukan. Tanpa sumbangan dari rakyat Malaysia dan pihak-pihak korporat, tak mungkin RRM dapat terus membantu selama 20 tahun ni. Terima kasih semua!

Menurut Encik Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, “Konsep unik 'home away from home' ini merupakan usaha murni bagi membolehkan waris pesakit memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan pesakit. Dengan adanya inisiatif dari RRM dan kerjasama strategik dari pelbagai pihak, RRM boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga dan pesakit di seluruh tanah air."

Intipati Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM 

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Anak Autisme PPKI SMK Sentul Utama, adik Mohamad Azman Manaf. Dan dilancarkan dengan acara memotong pulut kuning dan menandatangani plak perasmian oleh tetamu kehormat YABhg Tun Dr. Siti Hasmah serta penyampaian lukisan oleh adik Abdul Qayyum bin Nordin, pesakit leukimia dari Masjid Tanah Melaka yang berusia 12 tahun.


Selain itu para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari kumpulan Koir NASOM Maestro dan adik Muhammad Irfan bin Makmur yang juga dari Anak Autisme PPKI SMK Sentul Utama. Berbakat sungguh adik-adik ni tau!


Sambil para hadirin menjamu selera, ibu bapa yang menggunakan kemudahan di RRM, Puan Noor Azah Abdul Aziz dan Encik Hafiz Muhaidi Hassan telah berkongsi cerita mengenai RRM dan penyakit yang dihidapi oleh anak mereka. Sebaknya AJ rasa masa dengar perkongsian mereka.

Usai majlis, baru AJ sedar betapa mereka amat berterima kasih kepada sumbangan yang diberikan untuk RRM. Sumbangan kecil dari kita tu sangat berharga dan bermakna buat mereka. Alhamdulillah. Terima kasih kepada diri sendiri, seluruh Rakyat Malaysia dan pihak-pihak korporat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang sentiasa menghulurkan bantuan.

P/s : Menderma sambil menjamu selera di Restoran McDonald's


email signature
Baca Selanjutnya »