Program Virtual Online Zero Kos Marketing (ZKM) dengan RichWorks untuk Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Program Virtual Online Zero Kos Marketing (ZKM) dengan RichWorks untuk Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)  - Korang penah dengar tak mengenai RichWorks International Sdn Bhd ataupun nama Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan Pengasas dan Pengerusi RichWorks International? Beliau merupakan orang yang telah membantu ramai usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formula yang praktikal, mudah dan berkesan.


Baru ni kakak ke pelancaran program Virtual Online Zero Kos Marketing "Mak Limah Raya Sakan". Musim-musim pandemik ni, banyak usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan. Justeru itu, pihak RichWorks International memperkasakan usahawan PKS yang memerlukan bantuan melalui program ini. Bagi mereka yang ingin berjaya, inilah masanya untuk korang sedut ilmu-ilmu pemasaran dari RichWorks.


"Pihak RichWorks memahami masalah yang dihadapi oleh ramai usahawan dan PKS bagi memastikan bisnes yang dijalankan mampu bertahan, Justeru itu, kami membawakan Program Zero Kos Marketing (ZKM) - Edisi Khas Bisnes Berjaya yang memfokuskan soal pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes dapat terus bertahan malah berkembang ke tahap yang lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat." - Radz Mohd (Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks).

Program ZKM yang bakal dilaksanakan pada 28 Mei sehingga 30 Mei 2021 ini akan dilakukan secara Virtual Online dan PERCUMA. Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak RichWorks dalam memberikan panduan ilmu pemasaran kepada usahawan PKS. Mereka berharap program ZKM ini dapat membantu dan digunakan sepenuhnya oleh kebanyakan usahawan di Malaysia.



Semasa majlis pelancaran program Virtual Online Zero Kos Marketing "Mak Limah Raya Sakan", pihak RichWorks turut sama meraikan usahawan, wakil persatuan PKS dan media bagi mengeratkan hubungan dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam majlis itu juga, kakak sempat bertemu sendiri dengan beberapa orang usahawan yang telah menyertai program anjuran RichWorks sebelum ni antaranya peniaga nasi dagang Grannies, peniaga fesyen Shimah Boutique, uasahawan Bajanas (agrocultural) dan juga Puan Dalilah yang merupakan wedding planner.

Jom baca cerita usahawan yang telah berjaya melalui program anjuran RichWorks :


Puan Suraya Abdul Halim – Grannies (F&B-Nasi Dagang Premium)
● Bekas banker
● Nekad berhenti kerja dan beniaga nasi dagang kerana tak nak kerja sampai pencen.
● Dahulu dikenali sebagai Nasi Dagang Mok Yah. la diambil daripada nama panggilan ibu Puan Suraya- Mok Yah’ malah resepi nasi dagang dibuat pun daripada ibunya iaitu nenek Puan Suraya
● Branding bertukar kepada "Grannies".
● Mula hanya rumah. (Persediaan barang, memasak dan pembungkusan).
● Dulu hanya usahakan bisnes bersama suami dan kini sudah mempunyai 11 orang dalam team.
● Alhamdulillah beliau berjaya ganti income yang hilang malah lebih lagi, yang paling membanggakan kini mampu berikan 4 angka kepada kedua ibu bapa beliau.



Puan Nurul Aini - Shimah Boutique
● Mewarisi bisnes ibunya pada 2016, Puan Norhasimah Ismail yang diusahakan dari 1995.
● Banyak perkara yang perlu dibuat dan diuruskan terutama hutang yang perlu dilunaskan. Apatah lagi bila pandemik COVID-19 merebak, cabaran diharungi bertambah besar.
●Banyak langgar dinding yang memberi kesan kepada dirinya hingga hari ini malah tak ada perancangan bagi setiap keluaran barunya.
● Bisnes yang dulunya menumpukan kepada offline sekitar 80% diubah kepada 80% online ketika PKP.
● Mereka telah masuk ke Go Shop disamping menawarkan peluang bisnes melalui dropship



Dalilah - Wedding Planner
● Lepasan graduan dalam jurusan Accounting and Finance dari UK.
● Bisnes diambil alih daripada mentua.
● Alami masalah kos operasi yang lebih tinggi dari jualan.
● Kelas pertama beliau hadir adalah Zero Kos Marketing yang diadakan pada April 2018.
● Lebih fokus kepada bina bisnes bukan sekadar jual beli sahaja. Bisnes bukan untuk pencapaian diri sendiri tapi untuk team dan banyak bantu selesaikan masalah orang.
● Duit baru nampak, akaun semakin cantik dan bank semakin yakin untuk bagi facilities.
● Lebih clear dalam merancang hala tuju bisness dan personal goals dalam 5-10 tahun akan datang.

Bayangkan, dengan mempraktikkan dan menggunakan teknik pemasaran yang betul, mereka telah mendapat 1 juta pertama! Seronoknya bila dengar pasal kejayaan mereka, kakak pun jadi terinspirasi okay.

Kenapa Mak Limah?

Mak Limah ni merupakan seorang yang berkerjaya, tapi disebabkan pandemik Mak Limah hilang punca pendapatan untuk menyara diri dan anak-anak. Kemudian Mak Limah mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan mendapat untung seadanya. Lepas Mak Limah tahu mengenai program Zero Kos Marketing (ZKM) dan mengikuti teknik pemasaran yang telah dipelajari, makanya "Mak Limah Raya Sakan" lah!


Kita ni kalau berniaga ada turun naik dia, tapi kalau tak kena gaya memang bisnes kita tu boleh menjunam. Buat apa pun kadang tak untung serta tak pulang modal. Sebenarnya bukan tak boleh berjaya, cumanya tak kena cara. Jadi macam mana nak berjaya? Kakak sarankan korang join Program Virtual Online Zero Kos Marketing (ZKM) dengan RichWorks pada 28 Mei sehingga 30 Mei ini.

Korang boleh mendaftar di : www.BinaBisnesBerjaya.com.

Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya


Kalau korang menyertai program RichWorks, korang boleh menyertai Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya. 10 orang peserta RichWorks yang serius dan komited akan dipilih untuk dibimbing Bina Bisnes Berjaya dan bakal memenangi Tajaan Bimbingan ke Program Mentorship SPIRE berharga RM 250,000 selama 12 bulan.

Pemenang pertama telah diumumkan tempohari iaitu Puan Erdayu Rosli yang merupakan ejen Chocodaps. Untungnya! Puan Erdayu akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan & pemasaran; kepimpinan; pematuhan dan operasi yang perlu bagi membina sebuah bisnes berjaya agar mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun.


Pihak RichWorks masih mencari 9 orang lagi usahawan yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti bisnes telah beroperasi selama 3 tahun dan lain-lain lagi. Manalah tau korang calon pemenangnya kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Virtual Online Zero Kos Marketing (ZKM) dan Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya boleh layari : www.BinaBisnesBerjaya.com.

Kakak dah register, korang bila lagi? Jangan lepaskan peluanga okay. Bukan senang nak dapatkan ilmu, PERCUMA pula tu.

email signature
Baca Selanjutnya »

Kekal Cantik dengan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kekal Cantik dengan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen - Perempuan ni bila sebut cantik sape yang tak suka kan? Tipulah kalau ada yang kata dia tak nak cantik. Tapi cantik ni subjektif, bagi kakak semua ada kecantikan masing-masing. Dan cantik pun tak semestinya kena luaran je, dalaman pun mesti nak cantik juga barulah seimbang.


Bila dah pertengahan 30-an ni kakak memang lebih concern mengenai kulit. Yelah, usia makin meningkatkan, badan dan kulit kita pun mesti ikut sama. Masa ni, keanjalan kulit pun dah mulai berkurangan dan nampak makin kertu! Lepas tu dah nak raya ni, walaupun KL kena PKP kenalah tampil cantik jugak. Takkan nak sememeh je di pagi raya. Jadi, untuk mengekalkan kecantikan kakak cuba BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen.

Apa itu BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen

BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen ataupun BEAU C+ Collagen merupakan salah satu produk keluaran DEMI HEALTHCARE. Produk ini mendapat pensijilan HALAL, mendapat pengiktirafan GMP dan memperolehi pensijilan MeSTI. Produk ni dijamin selamat untuk korang consume. Kakak ni kalau takde semua ni, mesti was-was nak amik dan share dengan korang tau!


Bahan Utama BEAU C+ Collagen

Diformulasikan dengan bahan semulajadi terutamanya Delima dan Madu yang dipercayai baik untuk kecantikan dari zaman tok nenek kita dulu. Selain tu, ianya mengandungi ekstrak Vitamin C yang kaya dengan pelbagai kebaikan. Antara bahan lain yang terdapat dalam BEAU C+ Collagen ialah Air RO, Xylo-oligosakarida, Fruktosa, Kolagen dari ikan, Ekstrak Kulat Putih, Ekstrak Torula Yis, Astaxanthin dan Sukralosa. Mengandungi perisa dan bahan pengawet yang dibenarkan serta mengandungi pemekat dan pengawal asid sebagai kondisioner makanan.


Kelebihan BEAU C+ Collagen

Kita ni orang perempuan bila nak cantik mesti nak amik tau kelebihan dia kan? Haaa, selain mencantikkan kulit,banyak lagi kelebihan lain yang terdapat dalam BEAU C+ Collagen, antaranya :
  • Mengandungi Vitamin K dan Vitamin B
  • Mengandungi Vitamin C yang tinggi
  • Mengekalkan Awet Muda
  • Memulihkan Kulit Kering
  • Melambatkan Proses Penuaan
  • Melindungi Kesihatan

Cara pengambilan BEAU C+ Collagen

Dalam sekotak BEAU C+ Collagen ni ada 15 sachet, cara pengambilan produk pun mudah sangat. Korang tak payah nak bancuh-bancuh macam sesetengah produk tau, amik 1 sachet (20ml) koyakkan dan terus minum. Dan korang cuma perlu amik sekali je sehari seeloknya waktu pagi. Senang kan? Bulan puasa ni, kakak amik pada waktu sahur je.


Kakak suka jenis yang sachet gini sebab senang nak bawak kemana-mana. Kalau kata masa sahur lupa nak amik dan petang tu nak berbuka kat luar, korang bawak je dalam beg.

Dari segi rasa pulak, memang sedap! Ada masam-masam manis gitu. Cecair dia pulak tak terlalu likat, kalau minum tu tak rasa melekat kat tekak. So far kakak memang suka. Kakak ni pulak memang agak memilih, kalau tak kena ngan tekak memang tak amik la, nak pulak kalau dia ade rasa macam ubat tu. Lagilah payah tekak nak terima! Hahahahahaha.


Kesan pengambilan BEAU C+ Collagen

Lepas beberapa hari mengamalkan BEAU C+ Collagen, kakak rasa kulit jadi lebih anjal. Lepas tu pulak, kulit nampak lebih glowing dan tak kusam. Kulit kakak ni pulak jenis kering tau, bila minum ni boleh rasa kulit dah makin berkelembapan. Paling best, bila kuar tak mekap pun rasa lebih yakin. Sumpah seronok!

Lagi 1 kan, kalau korang amik apa-apa produk atau suplimen, pastikan korang banyakkan minum air masak untuk kesan yang lebih baik! Kalau korang masih ragu, banyak je lagi testimoni dari mereka yang dah amalkan BEAU C+ Collagen. Boleh tengok kat bawah ni.



Macam mana nak dapatkan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen?

Pembelian boleh dibuat melalui : https://linktr.ee/demihealthcare_.

Untuk maklumat lanjut mengenai DEMI HEALTHCARE dan produk-produk lain boleh layari :

Instagram: demihealthcare_
Facebook: Hero Idaman Malaya


P/s : Cepat dapatkan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen korang sekarang!

email signature
Baca Selanjutnya »