Masjid-Masjid Cantik di Kelantan

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Masjid-Masjid Cantik di Kelantan | Sesuai dengan jolokan Serambi Mekah, terdapat banyak Masjid dengan senibina menarik di Kelantan ni. Bersempena Program Ihya Ramadan 2022 baru ni, kakak sempat melawat ke beberapa buah Masjid yang cantik dan unik. Antaranya :


Masjid Muhammadi, Kota Bharu




Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dikenali sebagai Masjid Besar oleh penduduk disini. Masjid yang telah dibina pasa tahun 1967 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 – 1886), diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu pada mulanya.




Masjid ini dibina dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih dan pada tahun 1922, ianya telah distrukturkan semula daripada kayu kepada konkrit. Masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931 dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.




Masjid Muhammadi berkeluasan 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah pada satu-satu masa. Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.


Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang


Jika ke Tumpat, korang wajib singgah ke Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang. Dari jauh korang dah boleh nampak kubah berwarna biru kehijauan dan bangunan masjid yang bertatahkan jubin tona kuning keemasan.




Bila jejakkan kaki kat depan tu, SubhanAllah terpegun kakak melihat senibina yang tersergam indah didepan mata. Hiasan luaran dan dalamannya memang menarik dengan gabungan warna yang menarik serta dipengaruhi elemen dari Cardoba, Sepanyol dan marmar nya juga dikatatakan sedikit mirip dengan Masjidil Haram. Di dalamnya terdapat 4 sudut dinding yang ditulis dalam Jawi melambangkan 4 mazhab iaitu Hanafi, Shafi'e, Maliki dan Hanbali. Selain itu, hamparan permaidani di dalam masjid juga dibuat sama dengan hiasan pintu dan siling masjid itu sendiri. Mihraj 5 lapisan di dalam masjid ini juga simbolik kepada 5 waktu solat.





Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang mula dibuka kepada umum pada bulan Mei 2021 dan boleh memuatkan sehingga 3,200 jemaah pada satu-satu masa. Yang menariknya, masjid yang dibina dengan kos pembinaan hampir 20 juta ini dibina dengan menggunakan dana dari kerajaan pusat sebanyak 6 juta setengah dan selebihnya dana awam seperti penduduk kampung dan pengunjung. Tujuan pembinaan masjid ini ialah untuk menyemai dan menarik minat masyarakat dalam mencintai masjid serta mengimarahkannya serta memupuk rasa cinta dalam mempelajari dan mendalami Islam. Oleh yang demikian, pihak masjid bercadang untuk membuat asrama penginapan bagi mereka yang datang untuk tujuan tersebut pada masa hadapan.


Masjid Noor Aini, Pasir Hor


Masjid Noor Aini dikenali juga sebagai Masjid Cahaya Mataku terletak di mukim Pasir Hor, Kubang Kerian. Masjid ini dinamakan bersempena nama Tengku Noor Aini yang merupakan salah seorang Kerabat DiRaja Kelantan yang membiayai sepenuhnya kos pembinaan masjid ini. Mula dibina pada tahun April  2009 dan siap pada Oktober 2009 dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 15 April 2011. 




Hiasan dalaman dan luaran Masjid Noor Aini juga merupakan idea Tengku Noor Aini sendiri. Dibina dengan ukiran-ukiran kayu yang ditempah khas daripada Sumatera, Indonesia. Dari apa yang kakak tengok, masjid ini menggabungkan ciri-ciri Melayu Tradisional dan unsur-unsur Islamik. Sangat menarik! Masjid ini boeh memuatkan sehingga 1,250 orang pada satu-satu masa. Kakak difahamkan, kos pembinaan menelan belanja lebih kurang 3 juta.




Kalau ke mukim Pasir Hor, jangan lupa singgah disini tau. Korang memang akan rasa macam berada dalam masjid di kampung dengan senibina kayu ni tau.



Masjid Razaleigh, Gua Musang


Masjid Razaleigh yang terletak di Gua Musang merupakan salah satu masjid yang menarik wajib dikunjungi di Negeri Kelantan. Masjid ini diilhamkan dari Masjidil Haram di Mekah. Masa perama kali menjejakkan kaki disitu, memang boleh nampak betapa miripnya masjid ini dengan Masjidil Haram.




Kos pembinaan masjid yang dibina diatas tanah berkeluasan 1.5 hektar ini menelan belanja RM32 juta oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Masjid ini telah dibuka kepada orang awam dan boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini dijangka bakal menjadi satu lagi mercu tanda di Negeri Kelantan.




Selain masjid, kakak berkesempatan melawat sebuah pusat pengajian pondok disini. Alang-alang tu, kakak selit sekali la kat entri ni.


Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh





Madrasah Ihya Ulumuddin merupakan sebuah pusat pengajian pondok yang terletak di Pasir Puteh. ianya ditubuhkan pada bulan Ramadan tahun 2014 dan kemasukan pelajar bermula pada tahun 2015. Madrasah Ihya Ulumussin berkeluasan 5 ekar dan 4 ekar diwakafkan kepada madrasah. Terdapat sebuah masjid 2 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 2,600 orang dengan kos pembinaannya RM2.6juta.




Pengajian pondok ni tak macam sekolah biasa, disini mereka diterapkan dengan pengajian tradisional pondok iaitu mengaji kitab dengan 70% pengajian Al-Quran dan 30% pengajian Fardu Ain. Pelajar-pelajar disini terdiri daripada mereka yang berumur 12 ke 25 tahun. Ada juga beberapa orang warga emas yang paling tua berusia 82 tahun. Terdapat 12 orang guru yang mengajar disini.




Sepanjang bulan Ramadan, Madrasah Ihya Ulumuddin mengadakan pelbagai aktiviti seperti program buka puasa perdana, majlis khatam Al-Quran, tadarus, Qiamullail dan juga majlis Tahlil. Kalau korang berniat ak infak, boleh juga berkunjung ke sini.


Sebenarnya banyak lagi masjid-masjid yang cantik dengan senibina menarik di sini, tapi kalau nak eksplore semua masjid yang ada, memang kena berkampung agak lama di Negeri Kelantan ni. Lain kali kalau diberikan masa dan kesempatan, kakak nak buat mosque trail lagi..





Baca Selanjutnya »

Intro | Ihya Ramadan Kelantan 2022

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Intro | Ihya Ramadan Kelantan 2022 | Baru-baru ni kakak mengikuti Program Ihya Ramadan Kelantan 2022 anjuran Tourism Malaysia Wilayah Timur. Ramai yang kata, bulan Ramadan kat Negeri Kelantan ni selalunya lebih meriah. Jadi, bila dah dapat peluang menyertai program ni, kakak memang teruja sangat. Sebelum kakak cerita dengan lebih lanjut dalam entri selanjutnya, meh kakak intro dulu serba sedikit mengenai program dan tempat lawatan.



Seramai 10 orang peserta telah menyertai Ihya Ramadan 2022. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri suasana Ramadan di negeri yang mendapat jolokan "Serambi Mekah". Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berunsurkan islamik dan kerohanian. Disamping tu, kami juga dibawa ke beberapa destinasi yang sememangnya terkenal di Negeri Kelantan.


Program Ihya Ramadan yang diadakan selama 4 hari 3 malam ni memang sarat dengan pelbagai aktiviti lawatan. Antara yang paling menarik ialah lawatan ke Masjid-Masjid ikonik yang tersergam indah di bumi Kelantan. Subhanallah, tak tau macam mana nak gambarkan perasaan setiap kali menjejakkan kaki di dalam Masjid-Masjid ini. Antara masjid yang sempat kami lawati ialah Masjid Muhammadi Kota Bharu, Masjid Ar-Rahman Kubang Batang, Masjid Noor Aini Pasir Hor dan Masjid Razaleigh Gua Musang. Setiap Masjid ini mempunyai keunikan yang tersendiri.


Sumber : Kaki Travel


Negeri Kelantan juga terkenal dengan sistem pengajian Islam iaitu sekolah pondok untuk mereka yang ingin mendalami Al-Quran. Antara yang dikenali ialah Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh untuk melihat sendiri aktiviti anak-anak tahfiz di sana.



Selain itu kami juga berkesempatan melawat tempat bersejarah tokoh-tokoh ugamawan Kelantan seperti Suluk Tok Selehor dan juga Telaga Tok Kenali. Masa kat Suluk Tok Selehor tu kan, kakak dapat pengalaman masuk ke dalam lubang yang digali dalam kawasan tanah perkuburan dengan kedalaman mengikut liang lahad. satu pengalaman yang berharga buat kakak!



Kami juga dibawa melawat ke Muzium Islam Kelantan, Muzium Wau dan Rumah Tiang 12 untuk mengetahui serba sedikit mengenai peradaban Islam di negeri Kelantan dan budaya masyarakat disini. Juga lawatan ke mural yang terdapat di Laman Palestin dan Laman Budaya, Kota Bharu.



Dan antara yang paling menarik di Negeri Kelantan sepanjang bulan Ramadan ialah kepelbagaian makanan tradisonalnya. Masa kat sini, kakak baru kenal dan dapat merasa sendiri keunikan makanannya. Masa pegi bazar Ramadan kat perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV dan Pasar Siti Khadijah tu kan, rambang mata sangat. Rasa macam nak cuba semua juadah yang ada kat sini okay! Lepas tu dengan coleknya lagi, memang balik KL berat naik ye. Hehheheh.




Nanti kakak ceritakan lebih lanjut intipati program Ihya Ramadan Kelantan 2022 okay. Banyak lagi tempat pelancongan menarik Negeri Kelantan yang kakak nak kongsikan selepas ni. Semoga bertemu lagi di lain entri.

Baca Selanjutnya »

Menu Serendah RM1 Dengan Aplikasi Marrybrown

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Menu Serendah RM1 Dengan Aplikasi Marrybrown | Betul ke boleh dapatkan Marrybrown dengan hanya RM1? Ya betul, korang boleh dapatkan Marrybrown dengan hanya RM1 dengan aplikasi Marrybrown! Tak percaya? Kakak pun mula-mula tak percaya jugak, macam mustahil je nak dapatkan Marrybrown Crispy Chicken dengan harga yang tak masuk akal macam tu. Tapi lepas tengok Neyra post pasal deals tu, terus kakak download aplikasi Marrybrown.




Dengan aplikasi Marrybrown tu kan, korang bukan je boleh dapatkan Marrybrown Crispy Chicken, tapi banyak lagi menu lain dengan harga yang lebih murah. Lepas tu beberapa hari lepas kakak terus pegi beli juadah berbuka puasa dekat Marrybrown. Tapi sayangnya, promosi Marrybrown Crispy Chicken RM1 tu sangat limited, laju betul korang redeem ye? Sampai hati tak tinggalkan 1 untuk kakak!


Aplikasi ni agak baru, so masa kakak mula-mula download dia macam ada glitch sikit. Macam tak boleh nak redeem deals yang ada. Tapi lepas tu, okay je. Disebabkan kakak terlepas untuk dapatkan Marrybrown Crispy Chicken dengan harga RM1 tu, kakak redeem Tower Burger Combo. Set ni siap ada air dan kentang goreng. Harga asal dia RM 17.50 tapi kalau redeem melalui aplikasi Marrybrown jadi RM 13.99 je. Jimat ke tidak? So korang tunggu apa? Baik download sekarang.




Cara nak download Aplikasi Marrybrown?


Korang boleh cari je Marrybrown dekat Play Store ataupun Google  Play. Selain tu korang boleh download melalui https://mbapp.marrybrown.com/. Selepas dah download, korang boleh register akaun dan cari bahagian Deals kat sebelah bawah tu. Kat situ nanti korang boleh tengok antara deals menarik yang ditawarkan oleh Marrybrown.





Yang paling best kan, lepas je korang register korang akan dapat seketul Marrybrown Crispy Chicken secara PERCUMA. Mula-mula kakak tak perasan tapi bila tengok kat bahagian My Reward tu terus jumpa. Selain tu, korang boleh kumpulkan reward points setiap kali korang buat pembelian dan points terkumpul tu korang boleh buat redeem makanan juga.



Lupa pulak, buat masa ni pengunaan aplikasi marrybrown ni terdapat di beberapa outlet sahaja. Korang boleh semak outlet Marrybrown yang terdekat dengan korang kat sini : https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/




Sebarang info lanjut :

Website : https://marrybrown.com/

Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/

Facebook : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/

Twitter : https://twitter.com/MarrybrownMY

Baca Selanjutnya »