EM Drink+ Membantu Melegakan Gejala Post Covid

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


EM Drink+ Membantu Melegakan Gejala Post Covid | Macam yang semua sedia maklum, penghujung Februari yang lepas kakak disahkan positif Covid. Lepas pada tu kakak mengalami gejala post covid iaitu batuk yang berterusan. Berbulan-bulan batuk tak baik-baik, kalau okay pun sekejap je. Baru-baru ni pulak kakak batuk sampai hilang suara. Seksa rasa!



Sebelum ni macam-macam petua dah kakak cuba, kesan batuk tu masih ada, Aritu kakak nampak kawan post pasal minuman kesihatan EM Drink+, so kakak pun rasa nak cuba. Tak salah kan kalau kita berikhtiar. Selagi tidak memudaratkan kesihatan, kita cuba.


Apa itu EM Drink+?


EM Drink+ merupakan produk kesihatan yang boleh membantu kita kekal cergas, bertenaga. Ianya bukan supplemen dan bukan ubat tau! EM Drink dihasilkan dengan kaedah fermentasi ataupun penapaian bagi mewujudkan effetive microbes iaitu bakteria baik yang mampu meningkatkan antobodi tubuh badan kita. 



Khasiat EM Drink+


Terdapat banyak khasiat EM Drink+ untuk kesihatan antaranya :


  • Mampu meningkatkan antibodi
  • Membantu menghilangkan sakit-sakit badan 
  • Membantu kita kekal lebih aktif dan cergas
  • Tiada gula tambahan dan sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis
  • Membantu mengurangkan gejala penyakit seperti demam, batuk, selsema dsb.




Kesan EM Drink+ kepada diri sendiri


Macam kakak cakap tadi, lepas je kena covid tu kakak alami gejala batuk berterusan. Sampai berbulan-bulan lamanya. Paling seksa bila nak tidur, rasa sesak dada duk batuk-batuk je. Lepas kakak cuba sendiri EM Drink+, kakak dapat rasa gejala batuk dah mulai berkurangan hari demi hari dan sakit tekak pun dah takde. Kalau tak bila batuk confirm tekak rasa perit! Kahak juga makin berkurang.


Selain tu, badan kakak pun rasa lebih cergas dan tak lemau. Sebelum tu memang rasa cepat letih. Nak pulak kalau seharian ada aktiviti kat luar. Bila balik rumah je, kadang dengan tak mandi terus tertidur. Tapi lepas mengamalkan EM Drink+, kakak lebih kekal bertenaga. Alhamdulillah.


Oh ya, lagi 1 perubahan yang kakak perasan lepas mengamalkan EM Drink+, kakak dah tak kerap selsema. Kalau sebelum ni, kakak memang senang selsema tau. So kalau korang ada masalah sama macam kakak, apa kata cuba sendiri EM Drink+, mana tau sesuai!





Cara pengambilan EM Drink+


Mudah je, korang boleh amalkan 25ml setiap pagi dan malam. Tapi kalau korang rasa badan tengah tak sihat, boleh ambil dengan lebih kerap bersulamkan air suam.



Disebabkan EM Drink+ ni dihasilkan dengan kaedah penapaian, rasa dia agak sedikit masam dan bergas. Kalau korang tak tahan, korang boleh campurkan EM Drink+ dalam air suam. Tapi kakak memang jenis suka benda masam-masam ni kan, kakak minum gitu je. Hahahahahah. Tapi bila amalkan EM Drink+ ni, kita memang sangat-sangat digalakkan banyak minum air.



So tunggu apa lagi? Apa kata korang cuba sendiri EM Drink+ ni. Kita berikhtiar kerana Allah SWT. Kat bawah  ni, kakak sertakan sekali testimoni dari mereka yang telah mencuba sendiri produk kesihatan EM Drink+.






Untuk mendapatkan produk EM Drink+ dan info lanjut :




Pasar Besar Siti Khadijah, Kala Sentral dan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Pasar Besar Siti Khadijah, Kala Sentral dan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor | Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan kraftangan yang unik dan tersendiri. Kalau datang sini, korang pasti nak bawak balik buah tangan atau cenderamata untuk diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Jom kakak bawak korang ke tempat yang wajib korang singgah untuk bershopping di Kelantan.


Pasar Besar Siti Khadijah


Tak lengkap rasanya kunjungan ke Negeri Kelantan kalau tak mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah atau nama asalnya Pasar Besar Buluh Kubu. Kenapa ianya dinamakan Pasar Besar Siti Khadijah? Ianya kerana pasar ini dimonopoli oleh kaum Hawa. Kalau korang perasan, para peniaga disini semuanya wanita. Unik kan?



Pasar Besar Siti Khadijah mempunyai 4 tingkat di mana tingkat bawah dikhaskan untuk peniaga barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan sebagainya. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional masyarakat Negeri Kelantan.



Tingkat 1 pula untuk mereka yang berniaga barangan kering seperti serunding, ikan masin, keropok kering, kekacang dan sebagainya. Kalau korang nak cari keropok, budu, pes-pes tomyam ke, korang boleh dapatkan disini. Ada banyak jenis dan datang dari pelbagai pelusuk Negeri Kelantan tau. Cakap je nak jenis macam mana, semua ada!




Bagi tingkat 2 dan 3 pula dikhaskan untuk mereka yang menjalankan pelbagai produk bukan makanan. Kalau korang nak cari pakaian, kaftan, tudung, kain-kain ela, telekung dan sebagainya, kat sini terdapat pelbagai pilihan dan warna.




Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan kalau korang pandai tawar-menawar, korang boleh dapat harga yang lagi murah! Kakak seronok pegi sini tau, macam-macam gelagat yang kita boleh tengok.



Kala Sentral


Kala Sentral baru sahaja dibuka pada 6 Februari 2022 yang lalu. Ianya terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Apa yang menariknya, Kala Sentral ini merupakan one-stop centre bagi mereka yang ingin mendapatkan pelbagai produk buatan pengusaha di sekitar Negeri Kelantan. Terdapat lebih kurang 170 jenis produk tempatan yang dipasarkan di sini.




Kakak difahamkan apa sahaja jenis produk yang dibuat dan dipasarkan oleh rakyat Kelantan boleh dijual disini. Kala Sentral bermatlamat untuk membantu para pengusaha kecil, memasarkan produk-produk keluaran mereka. Kebanyakan produk yang terdapat disini, home-made tau! Kiranya kalau korang kat luar, agak susah nak jumpa produk-produk ni.




Kala Sentral dibahagikan kepada 2 bahagian dimana 1 bahagian untuk memasarkan produk makanan, 1 bahagian lagi untuk memasarkan produk tekstil dan kraftangan. 




Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor


Ini juga merupakan salah satu tempat wajib dikunjungi kalau korang nak shopping selain daripada Pasar Besar Siti Khadijah dan Kala Sentral. Terletak 25 kilometer daro Kota Bharu.




Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor (ZBC Pengkalan Kubor) telah diwujudkan di bawah Seksyen 65, Akta Kastam 1967. Pemegang lesennya ialah Majlis Daerah Tumpat (MDT), bermula pada 10 Oktober 1989. Kawasan bebas cukai ini terletak di dalam satu kawasan berpagar seluas lebih kurang 25,175 meter persegi. Zon bebas cukai ini dikira sedikit istimewa dan berlainan daripada yang terdapat di tempat lain kerana di dalamnya selain terdapat premis-premis perniagaan, terdapat juga rumah-rumah kediaman.



Kawasan ini berdekatan dengan sempadan Thailand dan dilengkapi dengan pondok kawalan, pintu, dan laluan keluar masuk. Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya yang memasuki Malaysia melalui Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) Pengkalan Kubor.




Dari zaman kakak kecik kan, kalau mak-mak pegi trip ke Kelantan, mesti akan bawak balik segala jenis mak nenek periuk dari kecik sampailah ke besar. So, kalau korang nak dapatkan barangan seperti periuk atau perkakasan dapur, kat Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni memang banyak. Terdapat pelbagai jenis size dan bentuk ada dijual kat sini. Selain tu, korang boleh juga dapatkan coklat macam kat Langkawi. Harga pun lebih kurang je. Masa kakak kat sini, puas memborong coklat je okay!




So dah tau dah nak shopping kat mana kalau ke Kelantan? Bawak duit banyak-banyak tau, kat sini memang boleh rambang mata! Hahahahhaha.


Muzium Islam Kelantan, Muzium Wau dan Rumah Tiang 12

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Muzium Islam Kelantan, Muzium Wau dan Rumah Tiang 12 | Jom kita sambung lagi tempat yang sempat kakak kunjungi semasa Program Ihya Ramadan 2022. Kali ni kakak nak bawak korang ke Muzium Islam Kelantan, Muzium Wau dan juga Rumah Tiang 12.



Muzium Islam Kelantan



Bangunan Muzium Islam ini pada asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan Bin Mohd Salleh (Dato Menteri 1895-1990). Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Muzium Perang (Bank Kerapu). Bangunan Muzium Islam Kelantan dibina pada tahun 1902 bercirikan rumah Melayu Kelantan sekitar penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 1917, bangunan ini telah dijadikan sebagai pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehingga tahun 1990.


Tapi sekarang ni, bangunan ini telah dijadikan galeri Muzium Islam yang telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 11 November 1991. Terdapat macam-macam koleksi pameran yang terdapat disini, antaranya artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan-Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-Negara Islam. Dianggarkan lebih kurang 350 koleksi yang dipamerkan disini.





Selain itu, di tingkat 1 Muzium Islam juga mempamerkan biografi serta pelbagai koleksi peribadi tokoh negeri Kelantan iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik. Seperti yang semua sedia maklum, Tuan Guru Haji Nik merupakan salah seorang tokoh negeri Kelantan yang sangat dikagumi oleh masyarakat. Perjuangan beliau dalam bidang politik masih diingati sehingga ke hari ini.




Di sini juga terdapat beberapa lagi koleksi pameran dan replika mumia dan kerandanya. 





Muzium Wau


Muzium yang merupakan Muzium Wau pertama di Negeri Kelantan ini telah sekitar pertengahan tahun 2010 dan terletak di Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Muzium ini berhampiran dengan tapak pesta Wau Antarabangsa Kelantan. Muzium Wau ini telah dibuka secara rasmi pada 08 Jun 2011 oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, YB Dato' Haji Takiyuddin Bin Haji Hassan.




Tujuan pembinaan Muzium Wau ini adalah untuk dijadikan pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia. Kalau korang nak tau mengenai Wau, korang boleh berkunjung ke sini. Kakak sendiri pun baru tau yang sebenarnya wau ini ada pelbagai jenis dan bentuk mengikut negeri. Selama ni duk tau Wau Bulan je dan kakak beranggapan semua wau adalah sama. Rupanya ada Wau Kucing, Wau Jala Budi dan sebagainya. Selain wau-wau tempatan, disini juga mempamerkan beberapa jenis wau dari luar negara seperti Jepun, Thailand, Korea, Australia dan banyak lagi.



 
Kakak difahamkan, selain daripada pameran, Muzium Wau juga turut mengadaan pelbagai aktiviti. pengunjung boleh merasai pengalaman membuat wau sendiri tau. Tapi kalau nak adakan aktiviti tersebut, korang perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan barulah bengkel ini dapat diadakan.


Muzium ni memang tak berapa besar, tapi kalau korang nak dedahkan kepada anak-anak mengenai salah satu tradisi yang terdapat di Negeri Kelantan, bolehlah ke Muzium Wau! Mesti anak-anak terpegun melihat antara koleksi wau yang terdapat disini.




Bayaran Masuk untuk Muzium Islam Kelantan dan Muzium Wau :


RM2 - Dewasa
RM1 -  Kanak-Kanak.
RM 4 - Pengunjung Antarabangsa Dewasa
RM 2 - Pengunjung Antarabangsa Kanak-Kanak


Waktu Operasi :

Hari : Ahad - Khamis (Tutup setiap Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.45 petang


Rumah Tiang 12


Selain Muzium, korang boleh berkunjung ke Rumah Tiang 12 yang terletak di Kampung Dusun Muda. Rumah Tiang 12 ini dipercayai dibina sekitar tahun 1870. Pada asalnya rumah ini terletak di Kampung Jalan Atas Paloh sebelum dipindahkan ke tempat sekarang. Kakak difahamkan rumah ini masih mengekalkan 80 peratus struktur asal. Menurut pemilik/penjaga Rumah Tiang 12, Encik Hj. Johan Ariff Ismail pemilik asal rumah ini sudah menjangkau sehingga ke 5 generasi dan genarasi yang kelima, Haji Abdul Kadir telah mengamanahkan kepada beliau untuk menjaga Rumah Tiang 12.



Sedikit info mengenai Rumah Tiang 12

Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.

Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan Rumah Ibu yang mengandungi ruang selasar, Rumah Tengah dan Rumah Dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat. Rumah tradisional juga menggunakan teknologi Alam Melayu yang tersendiri yang dikenali sebagai tanggam dan pasak selain itu ia juga kurang menggunakan paku besi untuk menjaga keutuhan kayu daripada mereput. Hakisan dari paku berkarat akan mempercepatkan reputan kayu dan mengurangkan ketahana rumah.

Selain itu, atap yang membentuk bumbung juga dibuat khas daripada tanah liat yang dikenali sebagai atap singgora yang berwarna merah bata. Pembinaan rumah tradisional dari atap hinggalah kepada tungku alas tiang rumah merupakan hasil kraftangan masyarakat yang kini penggiatnya sudah sukar dicari. Pembinaan rumah tradisional juga memakan kos yang teramat besar hingga ramai tidak mampu untuk membinanya kerana pembuatan rumah tersebut adalah begitu eksklusif dan mahal.





Rumah Tiang 12 ini sangat unik. Hiasan luaran dan dalamannya juga bercirikan kemelayuan dan klasik. Masa berada kat situ, memang rasa macam duduk kat rumah zaman-zaman dulu. legkap dengan betuk di tangga, pintu pagar kayu dan beranda di tingkat atas. Kagum bila tengok seni pembuatan dan pembinaan rumah pada zaman dahulu. Setiap ukiran rumah sangat halus dan terperinci. Kadang terfikir, macam mana ek orang zaman dahulu boleh buat rumah tanpa ada peralatan-peralatan canggih macam sekarang?




Korang mesti terasa nak mengunjungi sendiri Rumah Tiang 12 kan? Untuk pengetahuan korang, Rumah Tiang 12 tidak dibukak kepada umum. Sekiranya korang berniat untuk mengunjungi dan merasai pengalaman berada disini korang boleh menghubungi :

Encik Muhammad Farhan di talian : +60 11-5665 3661

Ataupun bagi yang ingin membuat lawatan untuk tetamu-tetamu Kehormat, Ketua Jabatan ataupun Kementerian boleh menghubungi sendiri :

Encik Hj. Johan Ariff di talian :  +60 13 919 7771
Email : jodigimarc@gmail.com.