Busy Week!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sepanjang minggu lepas memang AJ busy sangat....
Rase macam dah tunggang langgang, terbalik dunia...
Hahahhahaha...
Al-maklum hujung tahun kan... Banyak bende yang perlu diselesaikan sebelum masuk tahun baru....

Image result for sibuk
Habiskan cuti??
Oh tidakkk... Cuti tahunan AJ dah selamat habis dah awal November aritu....
AJ champion bab habiskan cuti ni...
Tak dan nak carry forward pun every year... Kahkahkah... =P
 Peliknya ade orang balance cuti banyak je lagi....
Nak kate tak cuti, cuti je AJ tengok...
Kene pandai manage cuti ni tahun depan... =D
 Tengok pulak banyak PH jatuh pada hujung-hujung minggu... Memang best la kalau plan nak merayap ni...

Dan bile hujung tahun kan, mesti orang duk cerita pasal bonus tahunan....
Tapi.... Tahun ni AJ tak happy dengan bonus...
Bukan AJ je, semua staff tak happy.....
Nak bagitau pun malu.... Huhuuhuuu...
So bersyukur je la ape yang dapat walaupun  tak masuk dek akal.... =(
Alhamdulillah... Ade la jugak daripada takde kan.....

Oh banyaknya story nak bercerita ni...
But, let me settle my work first... =D
See ya on next entry okay...

P/s : Macam-macam hal!

Baca Selanjutnya »

Parti EH! Top 20 [2015]


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Malam tadi berlangsungnya Parti EH! Top 20 [2015] anjuran Majalah hiburan terkemuka EH!
Ini merupakan kali kedua AJ join....
Dulunya EH! Top 20 ini dikenali dengan nama EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi
Sekarang dah dibrandingkan sebagai EH! Top 20, lebih ringkas dan senang kan.... =D
Pastinya lebih gempak, hebat dan meriah!

Parti EH! kali ni bertempat di Aloft KL Sentral...
Majlis bermula agak lewat sedikit dari yang dijadualkan...
Parti EH! Top 20 ini dah macam acara tahunan Majalah EH! bagi menghargai 20 orang selebriti terhangat dan glam sepanjang tahun.....
Tahun ini 20 orang selebriti yang dipilih ialah :






@azhaelofficial
@indah_ruhaila 


The EH! Top 20...

Selain tu ade juga beberapa orang selebriti yang datang memberikan sokongan...
Antara yang AJ jumpa Sazzy Falak, Sharifah Amani, Sherry Alhadad, Dayana Roza, Fezrul Khan dan ramai lagi....


Dayana Roza, lame tak jumpa budak sorang ni...


Sazzy Falak... Buat AJ rindu rambut pink aritu....
Hehehehehe...

Juga ade persembahan dari De'Fam, KakaAzraff, Ayda Jebat...


Ayda Jebat

Oh ya Parti EH! Top 20 ini pula dihoskan oleh Hefny Sahad dan Nina...





Tahniah kepada 20 orang selebriti yang terpilih pada tahun ini..
Harapnya tahun depan AJ terpilih jugak.... EH! Hahhahahaha...

Anyway terima kasih kepada Sembonia untuk VIP tiket dan juga partner in crime yang kene skip gi gym gara-gara kene paksa ikut.... Hahahhahahha...




P/s : EH! Ade artis tu kan kuat betul bau alkohol dia malam tadi...
Tak cover sungguh!

Baca Selanjutnya »

Cantik Dengan Let's Cantik Skincare


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 
  
Sapa kat sini yang nak cantik??
 Mesti semua orang nak cantik kan.... Gile tak nak cantik??
Cantik dengan kaum hawa memang sangat sinonim.... Ade yang sanggup habis beribu-ribu semata-mata nak nampak cantik....
Arini AJ nak kenalkan korang dengan 1 produk yang korang tak perlu habiskan beribu ringgit pun....
Memperkenalkan Let's Cantik Skincare dari NutSajat Beautician...
AJ rasa ramai yang dah tau tentang produk ni.. Malahan produk ini tak asing lagi dari kalangan artis kita seperti Emma Maembong... =D
Produk ini diformulasikan dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi daripada Tea Tree, Ekstrak Papaya, Coconut Oil, Vit E Extract Piper Bettle, Stem Cell dan Microcitrus Australasisca Fruit Extract yang dipercayai mampu mengekalkan kecantikan kulit secara keseluruhan.
1 set produk ini terdiri daripada pencuci muka, serum malam, krim pemutih muka (BB Cream) dan krim jerawat untuk kulit yang bermasalah.

  • Amazing Cleanser Gel 50ML
Melembutkan, menghaluskan dan melicinkan kulit muka serta membantu menghilangkan jerawat dan kedutan kulit. Kulit lebih berseri dan bermaya.
  • Georgeous BB Gream 15GM 
Melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Memberi kelembapan pada kulit muka, mengecilakn pori-pori.
Mengembalikan keremajaan kulit, merawat kulit berminyak membantu mengurangkan jerawat.
  • Fabulous Night Serum  
Memberi kelembapan pada kulit muka, mengecilkan pori-pori, mengembalikan keremajaan kulit anti kedutan, mencerahkan kulit muka, membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
 Bagaimana nak dapatkan produk Let's Cantik Skincare???

Produk ini boleh didapati secara offline dan juga secara online...
Korang boleh memilih untuk mendapatkan produk ini di dua cawangan NurSajat Beautician iaitu di Galaxy Ampang Shopping Mall, Kuala Lumpur dan di Bandar Baru Uda Johor Bahru.
 Dan juga secara online di laman web rasminya iaitu http://letscantik.com.my/

 

Perkhidmatan Lain Dari NurSajat Beautician

Selain daripada produk Let's Cantik Skincare, NurSajat Beautician juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan lain di pusat kecantikannya...
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Facial Treatment, Injection IV Drip, IV Drip, Drip, Facial, Nano Treatment dan banyak lagi...
So nak cantik? Jangan lupa dapatkan produk Let's Cantik Skincare atau kunjungi NurSajat Beautician okay...

 

 Untuk maklumat yang lebih lanjut korang boleh layari :
Instagram :  @Nur Sajat dan @NurSajat Beautician

P/s : Cantik, Tertarik, Menarik.... =D
Let's Cantik!



Baca Selanjutnya »

Review : Chowrasta | Mesti Tengok!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

November lepas AJ berpeluang turut serta untuk Pra-tonton filem Chowrasta bertempat di GSC, Nu Sentral...

Filem yang dibintangi wajah baru Chem Amar, Nur Risteena dan juga pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan ramai lagi ini diinspirasikan dari kisah benar....



Chowrasta merupakan filem terbaru ke 38 arahan pengarah yang tidak asing lagi Dato' Profesor A. Razak Mohaideen dengan terbitan bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Studio Sdn Bhd ini diadaptasikan dari nashkah semi-biografi naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang berjudul "Mencorak Destini" berkisar mengenai perjuangan dalam memertabatkan bangsa Melayu....


Dato' Profesor A. Razak Mohaideen

Filem berlatarbelakangkan tahun 60'an dan 70'an ini penuh dengan adegan aksi, komedi, romantis dan juga sedih (sila bawak tisu!)... Terselit juga sedikit muzikal Bollywood yang AJ rasa macam trademark dalam kebanyakan filem Dato' Profesor A. Razak Mohaideen... =D

Cerita ini banyak mesej yang diterapkan mengenai perjuangan dan perjalanan hidup seorang lelaki dalam mengubah nasib anak bangsanya....




Sinopsis Chowrasta

Mengisahkan perjalanan hidup Hamid, pemuda Melayu yang miskin dan sering dihina bersama ibu dan juga adik-beradiknya di Hutton Road, Pulau Pinang...
Lantaran kemisninan, Hamid sering dicerca, lantaran itu Hamid menyertai seni mempertahankan diri Muay Thai dari kecil. Kegigihan Hamid telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi dan digeruni oleh pihak lawan.

Selain bertarung di gelanggang, Hamid menyertai kongsi gelap yang diketuai oleh bapa saudaranya Pak Ngah Don insan yang sering membela nasib Hamid serta mula berjinak dengan kelab malam....
Malahan Hamid juga mula rapat dengan seorang penyanyi kelab malam iaitu Zaharah...

Konflik demi konflik telah berlaku dalam hidup Hamid...
Pak Ngah Don yang tak mahu Hamid menjadi seperti dirinya telah menasihati Hamid untuk melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam....
Dia tak mahu Hamid terus dicerca dan mahu Hamid membuktikan anak Melayu mampu mengubah nasib dirinya serta anak bangsa yang lain...

Di ITM, Hamid telah berjaya membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berguna malahan disitu juga Hamid telah menemui cinta hatinya, Hanizah....
Walaupun bergelar seorang pelajar, kemiskinan membuatkan kerja sambilan bagi membantu meringankan beban ibunya di kampung menyebabkan dia gagal menumpukan perhatian dalam pelajaran dan disingkirkan dari ITM....
Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta....
Pada masa yang sama, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila beliau dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya Jali...

Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakunya 1 pertarungan sengit...

Hamid kemudiannya diberi peluang kedua apabila Miss Tan, pensyarahnya sanggup membiayai kos pengajian Hamid... Bermula dari itu Hamid bertekad ingin mengubah kehidupannya dan anak bangsanya tanpa menoleh ke belakang lagi....


Untuk mengetahui plot cerita dengan lebih lanjut, AJ sarankan korang sendiri tengok cerita ini.

Filem yang menelan belanja sekitar RM 2 juta ni merupakan sebuah biografi yang menyuntik semangat Melayu.

Filem ini adalah hadiah kepada Alumni UiTM agar mereka menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa...

Yang paling menarik filem ini mendapat pengikhtirafan dalam Malaysia Book of Records selepas mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu 4,416 penonton semasa tayangan perdana awal Jun lalu..


Antara barisan pelakon Chowrasta




Datuk Rosyam Nor sebagai Pak Ngah Don


Nora Danish sebagai Hanizah

Chem Amar sebagai Hamid


Bagi AJ memang tak rugi kalau nak menonton filem ini...
AJ pun nak repeat balik tonton cerita ni dengan Mr.JR dan kawan-kawan lain....
Best sangat! Dah lama jugak rasanya tak tengok cerita Melayu yang sarat dengan mesej macam ni..

Chowrasta bakal mengegarkan lebih 60 pawagam di seluruh Malaysia bermula esok, 3 Disember 2015...

Tengok tau! Jangan tak tengok sebagai tanda sokongan kita terhadap industri filem Melayu... =D

P/s : AJ bagi 4.8 bintang!...

Baca Selanjutnya »