GB Gold Malaysia x Alif Satar | Edisi Khas Rekaan Emas Alif Pertama Di Malaysia

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


GB Gold Malaysia x Alif Satar | Edisi Khas Rekaan Emas Alif Pertama Di Malaysia | Bila sebut pasal emas, mesti kita terbayang gemerlapan perhiasan wanita kan? Tapi sekarang ni emas bukan sahaja menjadi perhiasan wanita semata, malahan ianya telah menjadi pilihan ramai untuk disimpan sebagai satu pelaburan jangka masa panjang bagi semua tak kira jantina. Simpanan emas ni sangat penting tau, so kalau korang ada modal kakak memang menggalakkan korang menyimpan emas kerana emas ni, sentiasa tinggi nilainya.


GB Gold Malaysia x Alif Satar




Baru-baru ni kakak telah dijemput oleh pihak Grand Bullion Gold atau lebih dikenali sebagai GB Gold Malaysia ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Malaysia dan Alif Satar. Dalam majlis ini, GB Gold Malaysia telah menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan selebriti yang tak asing lagi iaitu Alif Satar selaku duta GB Gold Malaysia. Pemilihan Alif Satar merupakan satu titik tolak permulaan yang baik kerana Alif Satar sendiri merupakan salah seorang peminat dan penyimpan emas dari dulu lagi. Jalinan kerjasama ini bertujuan untuk memantapkan dan memperkenalkan perniagaan jual beli emas kepada orang ramai.



Produk Emas GB Gold juga telah mendapat pengikhtirafan patuh Syariah jadi para pelabur tak perlu ragu untuk melabur emas dengan GB Gold Malaysia.


Majlis Berbuka Puasa ini turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besarnya Norhana Osman. Selain tu, GB Gold turut menjemput lebih daripada 1,000 orang tetamu untuk berbuka puasa bersama antaranya penyimpan- penyimpan emas, para pelabur GB Gold Malaysia, rakan dalam industri dan tak lupa juga peminat Alif Satar sendiri. Memang meriah!




Pelancaran Emas Edisi Khas Berbentuk Alif Pertama di Malaysia



Selalu emas gold bar dan emas dinar berbentuk petak dan bulat kan? Tapi untuk edisi khas ni, pihak GB Gold telah mengeluarkan emas edisi khas yang didatangkan dalam huruf Alif dengan ukiran hayya a'lal falah yang pertama di Malaysia dan dunia. Emas edisi khas ni sangat eksklusif dimana ianya hanya dikeluarkan sebanyak 10,000 unit sahaja! So kalau korang nak dapatkan emas edisi khas ni, korang boleh mendaftar dan pre-order di https://gbgold.my/ sehingga 12 April 2024.




Menurut Tuan Shahfizzam Moideen, Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia,


Selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah bulan lepas, pihaknya terus mengadakan kempen antaranya memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini hanya berbentuk petak dan bulat.


Tambahnya lagi,


Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai, kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi yang konsisten sebagai ikon artis serba boleh serta mempunyai idea-idea baharu, dan positif.

Istimewanya Alif Satar selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian. Beliau juga merupakan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia. Alif bukan sekadar membawa jenama GB Gold tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan.

Sempena lantikan Alif Satar dengan kontrak sebagai duta selama 15 bulan bermula bulan ini (Mac) dilancarkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif juga yang pertama di Malaysia. Hasil perbincangan dengannya di atas rekaan huruf Alif itu diukir dan tertera hayya a'lal falah yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan.


Kongsi Rezeki


Pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Malaysia dan Alif Satar, pihak GB Gold berbesar hati berkongsi rezeki dengan para tetamu. GB Gold menawarkan duit raya sehingga RM30,000 tau! Alhamdulillah kakak salah seorang yang bertuah tu. Selain tu, mereka yang membeli salah satu rekaan terbaru Edisi Emas jenama Alif Satar pada hari itu juga berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram bernilai RM35,000. Memang sangat-sangat berkongsi rezeki. Bertuah mereka yang hadir ke majlis ni tau!



Penajaan Konsert Alif Satar & The Locos


Bersempena Konsert Jelajah United Kingdom 2024 Alif Satar & The Locos yang bakal berlangsung seminggu selepas Aidilfitri nanti, pihak GB Gold Malaysia juga turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaannya dalam menjayakan konsert tersebut. Dengan adanya konsert ini juga, GB Gold Malaysia ingin memperkenalkan Emas Alif ini bukan sahaja di Malaysia tetapi kepada mata dunia.



Simpan Emas dengan GB Gold Malaysia



GB Gold Malaysia bukan sekadar premis menjual emas tetapi juga sentiasa mencipta kesedaran di kalangan khalayak terutama di kalangan golongan muda yang positif untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang

GB Gold akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim, antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya.


Bersama Tuan Shahfizzam Moideen, Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia



GB Gold juga yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul. Misalnya sebelum ini kebanyakannya gemar menyimpan emas perhiasan tetapi kini kita selangkah lebih baik mengajak menyimpan dalam bentuk gold bar dan dinar.


Selain menawarkan kedai emas fizikal di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, GB Gold juga mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian iaitu tiktok.


Peluang Menjadi Agen GB Gold Malaysia


GB Gold Malaysia juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyimpan dan melabur dalam emas ini untuk menyertai rangkaian agen kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik serta sistem yang digunakan mampu menjana pendapatan pasif melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular masa kini.


So tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni tau! Rugi sangat kalau tak amik peluang yang ada.


Maklumat lanjut mengenai GB Gold dan produk emas :


Telefon : 013-7860916
Instagram : @gbgoldmy
Facebook : GB Gold


Baca Selanjutnya »