Blogger templates

Jumaat, 29 Oktober 2021

Marrybrown Tom Yam Chicken, YAM-my!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Marrybrown Tom Yam Chicken, YAM-my! | Bersempena dengan ulangtahun ke-40, Marrybrown yang merupakan rangkaian makanan segera Halal tempatan membawakan menu terbaru bertema "Around The World". Kali ini bercitarasa Thai (negara ketiga dari tema Marrybrown "Around The World" selepas Itali dan Korea), iaitu Marrybrown Tom Yam Chicken yang boleh korang cuba bermula dari 28 Oktober 2021. Macam tau-tau je kakak dah rindu makanan-makanan dari Land of Smiles, Thailand. Jadi sementara tunggu pintu sempadan dibuka, kakak cuba Marrybrown Tom Yam Chicken. Rasa dia memang YAM-my, kalau korang penggemar rasa yang berbeza seperti pedas dan masam memang wajib cuba!

Menu Marrybrown Tom Yam Chicken


Ala-carte bucket Marrybrown Tom Yam Chicken

Bagi penggemar Marrybrown Crispy Chicken, korang boleh dapatkan ala-carte bucket Marrybrown Tom Yam Chicken dengan setiap pembelian 5 ketul ayam dengan harga bermula RM12.70. Rasa ayam dengan gabungan istimewa pedas dan masam tu memang unik. Kalau yang tak tahan pedas macam kakak ni, confirm terasa pijar mulut okay! Tapi peliknya, tak  boleh nak berhenti makan pulak. Hahahahha.

Tom Yam Chicken Burger Combo

Kalau korang tak berapa minat dengan ayam, korang boleh cuba Tom Yam Chicken Burger yang didatangkan dengan Tom Yam Chicken Burger Combo dengan harga dari RM14.90. Kombo ini disertakan dengan Nestlé Pink Lemonade dan kentang goreng. Kakak paling suka Nestlé Pink Lemonade tu, sedap betul! Ianya disediakan secara eksklusif hanya di Marrybrown tau. Kena sangat bila digabungkan dengan menu Marrybrown Tom Yam Chicken.

Tom Yam Big Box

Nak cuba ayam dan burger serentak? Korang boleh pilih Tom Yam Big Box yang didatangkan dengan seketul Tom Yam Chicken, Tom Yam Chicken Burger, 6 ketul Tom Yam Chicken Nugget, kentang goreng serta Nestlé Pink Lemonade berharga dari RM25.80. Kalau rasa kentang goreng biasa tu terlalu biasa, korang boleh upgrade kepada Tom Yam Fries yang pedas dan masam dari mana-mana kombo dengan hanya RM1. Ataupun nikmatinya dengan hanya RM5 sahaja!


Tom Yam Porridge

Bubur Marrybrown ni memang favourite kakak sentiasa, portion besar dan sedap! Kali ni pulak, kakak cuba bubur dengan perisa Tom Yam. Bertambah sedap dan pedas gila! Kalau korang memang hantu pedas, kena makan okay! Dijamin puas hati.


Banyakkan pilihan dari menu terbaru Marrybrown ni? Kakak personally lagi prefer kalau serbuk perasa tu diasingkan. Untuk orang tak tahan pedas sangat macam kakak, terasa berganda pedas dia tu. Nak-nak pulak kat bubur tu, perghhhhh! Heheheheheh. Tapi macam mana pun, kakak tetap suka akan keunikan rasa pedas dan masam tu. Terasa macam makan kat Thailand pulak! Cewaaahhhh! 

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu Marrybrown Tom Yam Chicken terbaru ni bermula 28 Oktober 2021.

Untuk maklumat lanjut :

Instagram : Marrybrownmy
YouTube : MarrybrownTV

P/s : Nanti nak repeat lagi!

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBTomYamChicken #MBAroundTheWorld #MB40thAnniversary





Selasa, 26 Oktober 2021

OPTOM EYECARE Bangi | Periksa dan Tempah Cermin Mata

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


OPTOM EYECARE Bangi | Periksa dan Tempah Cermin Mata. Sejak-sejak duduk rumah dan meniaga online ni, kakak kerap menghadap henfon dan laptop. Kadang-kadang sampai mata naik letih dan silau. Baru ni kakak baca pasal kawan-kawan lain pegi periksa mata OPTOM EYECARE Bangi. So kakak setkan appointment 2 minggu lepas.

Disebabkan dari KL, kakak decide nak naik kenderaan awam je ke Bangi. Actually tak jauh pun, korang boleh naik MRT ataupun KTM sampai stesen Kajang dan naik grab ke OPTOM. Senang kan?

Kenapa gigih sangat periksa mata sampai ke Bangi? Kalau korang nak tau, OPTOM EYECARE Bangi ni, bukan sekadar kedai cermin mata biasa-biasa tau. OPTOM merupakan salah satu specialist optometri. Selalunya kalau kat kedai cermin mata biasa, korang periksa mata guna mesin yang nampak belon udara panas dengan ABC tu kan? Kat sini mereka periksa menggunakan slit lamp dan fundus camera. Apa tu? Kejap lagi kakak cerita.

OPTOM EYECARE Bangi ni senang nak cari, dari jauh korang dah boleh nampak signboard diorang ataupun landmark paling mudah Marrybrown. 


Premisnya pun selesa, ada ruang menunggu dan kalau bawak anak-anak boleh bagi diorang tengok tv. Takdelah bosan sangat. Lepas tu ada beberapa buah bilik yang dikhaskan untuk korang periksa mata. Lukisan kat dinding tu pulak bukan saja-saja tau, kalau korang perhatikan betul-betul ianya berbentuk fundus mata kita. Kakak tau pun sebab En. Farid explained masa tu. Hihihi. Baguskan? Dalam masa yang sama korang dapat tau serba sedikit mengenai mata.



Pemeriksaan Mata Secara Menyeluruh di OPTOM EYECARE Bangi

Okay, jom kakak cerita pasal pemeriksaan mata tadi tu. Mula-mula mata kakak diperiksa menggunakan mesin yang nampak belon udara panas tu. Maaflah, lupa betul nama mesin tu. Fungsinya untuk tengok tahap rabun mata kita. Kakak ni tak berapa rabun, power pun paling minimum.


Selepas tu, korang akan diperiksa menggunakan kanta dan perlu melihat screen yang ada abjad-abjad tu. Sesi ni cepat sangat, dalam masa sama optometris akan selaraskan power kanta ikut mata masing-masing supaya bacaan dia lebih tepat.


Seterusnya, mata kita akan diperiksa menggunakan slit lamp. Kalau nak tau, ni pertama kali kakak check mata dan tau pasal slit lamp. Slit lamp ni merupakan alat yang terdiri daripada sumber cahaya berintensiti tinggi yang boleh difokuskan untuk memancarkan kepingan cahaya nipis ke dalam mata. Ia digunakan bersama dengan biomikroskop. Lampu memudahkan pemeriksaan segmen anterior dan segmen posterior mata manusia yang merangkumi kelopak mata, sklera, konjunktiva, iris, kanta kristal semula jadi dan kornea. Pemeriksaan slit lamp binokular memberikan pandangan stereoskopik yang diperbesarkan bagi melihat struktur mata secara terperinci, membolehkan diagnosis anatomi dibuat untuk pelbagai keadaan mata dan memeriksa retina mata.

Garis tepi mata kakak tu kesan tercucuk lalang masa hiking kat Broga 2 tahun lepas. Ni la baru nampak jelas kesan luka dia tu, so far takde pape la.

Selepas pemeriksaan menggunakan slit lamp, mata akan diperiksa menggunakan fundus camera. Fundus camera berfungsi untuk mengambil gambar bahagian belakang mata yang juga dikenali sebagai fundus. Fundus camera khusus ini terdiri daripada mikroskop yang dipasang pada kamera berkebolehan untuk mengambil gambar fundus. Struktur utama yang boleh divisualisasikan pada foto fundus ialah retina pusat dan periferal, cakera optik dan makula. Fotografi fundus boleh dilakukan dengan penapis berwarna atau dengan pewarna khusus termasuk fluorescein dan hijau.


Kalau korang nak tau, fundus camera ni boleh mengesan sekiranya korang mempunyai tanda-tanda awal penyakit seperti kolestrol, kencing manis ataupun darah tinggi tau. Jangan buat main dengan penyakit-penyakit ni. Kat sini optometris akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai mata kita sama ada normal ataupun tidak. Kalau kata ada yang abnormal, korang boleh dapatkan surat untuk merujuk kepada pakar. Bagus kan? Sebenarnya, kita digalakkan untuk memeriksa mata ni setahun sekali. Barulah kakak tau, selama ni kakak tak menitik beratkan sangat pasal pemeriksaan mata.

Alhamdulillah hasil pemeriksaan di OPTOM EYECARE Bangi ni, mata kakak berada dalam keadaan yang sihat. Cumanya, kakak ada masalah silau sikit. Dah siap periksa mata, mestilah nak pilih bingkai yang sesuai dengan muka kan? Kat sini rambang mata okay. Banyak sangat pilihan cermin mata, korang cakap je nak bentuk macam mana, semua ada! Harga pun berpatutan, bermula serendah RM150 sahaja.


Kalau dah pilih bingkai cermin mata sedia ada, tapi tak sesuai jugak dengan bentuk muka korang macam mana? Yelah, kadang bentuk muka kita ni tak sama, agak susah nak dapatkan cermin mata yang betul-betul sesuai. Jangan risau! Kat OPTOM EYECARE Bangi, boleh customize cermin mata ikut preferences yang korang nak. Namanya BESPOKE. Specialnya Bespoke ni kan, korang boleh pilih sehingga 70 bentuk, 14 warna, pelarasan bingkai mengikut muka dan ada personalise name engraving. Best betul! Harga Bespoke ni bermula dari RM2500. Tapi dengarnya sekarang ada promo bermula RM1500.

Peranti yang digunakan untuk tempahan Be Spoke

So tunggu apa lagi? Kalau korang nak buat pemeriksaan mata dan tempah cermin mata, kakak suggest korang ke OPTOM EYECARE Bangi. Memang puas hati. Cermin mata korang pulak boleh siap dalam masa 5-7 hari bekerja. Kalau kata korang tak free nak datang collect sendiri, korang boleh arrange untuk pos je.


Seminggu lepas pemeriksaan mata, cermin mata kakak pun siap. Kali ni kakak pilih aviator. Dah lama idamkan bentuk ni, kalau pakai tudung takde la kembang kat tepi tu. Siap datang dengan clip-on lagi. Panas-panas terik terus pasang. Hehehheheh. Love sangat! Terima kasih OPTOM EYECARE Bangi, lepas ni bolehlah nak bawak family check mata dan tempah spek kat sini.

Nak tau info lanjut, korang boleh kunjungi (disarankan untuk call/whatsapp dan buat appointment) :

OPTOM EYECARE Bangi
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi , 43650 Bangi , Selangor.
Tel : +60 11-1147 9093

OPTOM EYECARE juga mempunyai cawangan di Alor Setar, orang Loq Staq boleh la pi cek mata kat sana naaaa.

OPTOM EYECARE Kedah
No.17-GF , Taman Bandar Baru Mergong , 05150 Alor Setar , Kedah.
Tel : +6011-1064 1167

Ataupun laman sosial OPTOM seperti dibawah :

Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Facebook : www.facebook.com/optombangi

P/s : Comel tak cermin mata kakak?