Wajah Baharu Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Royal Expert merupakan nama yang tak asing dengan rangkaian produk pencerahan dan penjagaan kulit sejak tahun 2009 lagi dan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Power Brand Award 2017. Bukan hanya berkembang di Malaysia, malah di Indonesia, India dan USA.

Pada 23 Mac 2018 nanti, Royal Expert akan menampilkan wajah baharu Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) dengan packaging dan design yang lebih trendy untuk pengguna setia dan juga mereka yang baru nak mencuba produk ni.



Kelebihan dan bahan yang terdapat dalam Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC)

Banyak kelebihan yang terdapat dalam Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) antaranya memperbaiki struktur kulit, membantu menyelesaikan masalah kulit, mencerahkan kulit dan sebagainya. Kesannya boleh didapati seawal 7 hari penggunaan.

Antara bahan utama yang terdapat di dalam produk ini ialah Water (air), Stearik Asid, Propylene Glycol, Gliserin Chamomilla Recutita (Matricaria), Asid Ascorbic, Alkohol Cetyl, Ascorbl Tetraisopalmitate, Zink Oksida, Titanium Dioksida, Ipomoea Hederacea Callus, Ekstrak Culture, Tocopherol, Lecithin, Isopropyl Palmitate, Asam Ainoethylphosphinic, Panthenol , Cyclomethicone, Dmdm Hydantoin, Asid Salicylic Niacinamide, Ekstrak Daun Barbadensis, Vitis Vinifera (anggur) Minyak Benih, Menthol Butylene Glycol dan Fragrance.


Kalau nak tau lagi, rumusan dan wajah baharu Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) bebas merkuri dan paraben! Ianya telah dibuktikan melalui ujian makmal yang telah dilakukan. Harga seunit RM135 sahaja boleh didapati di http://www.royalexpert.com/product/royal-expert-advanced-brightening-cream/.

Berita Baik! Berita Baik!

Kat sini juga AJ nak bagitau berita baik untuk korang! Pihak Royal Expert ada buat Facebook contest tau untuk semua orang tanpa mengira umur. Antara hadiah yang ditawarkan ialah :

❀ Pertama - Parkson Voucher bernilai RM 200 dan Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) 
❀ Kedua - Parkson Voucher bernilai RM 100 
❀ Ketiga - Parkson Voucher bernilai RM 50

Nak tau macam mana nak join korang boleh ikuti page Facebook : Royal Expert Group! Senang je syarat dia.

Selain tu korang boleh follow platform sosial media Royal Expert yang lain kat bawah ni jugak.
Instagram : @royalexpertgroup

Royal Expert sekarang ni dah ada stokis tau, korang boleh rujuk kat bawah ni untuk mengetahui stokis sah Royal Expert.

❀ Royal Expert Resource Centre PJ – http://pj.royalexpert.com/
❀ Royal Expert Resource Centre JB – http://jb.royalexpert.com/
❀ Royal Expert Resource Centre Cheras – http://cheras.royalexpert.com/
❀ Royal Expert Resource Centre Sabah – http://sabah.royalexpert.com/

Berminat untuk menjadi Wakil Jualan?

Dengan hanya  bermodalkan RM 500 (harga sebenar RM 3000), korang boleh melayakkan diri menjadi wakil jualan Royal Expert. Cepat amik peluang ni tau kerana ianya hanya terbuka kepada 100 yang terawal je!

Sebarang info atau pertanyaan :
Tel : +603 56135626
Email : info@oewgroup.com


Baca Selanjutnya »

Matta Fair 2018 - Jom Travel ke Jepun!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape ada plan nak travel ke Jepun? Apa kata korang ke Matta Fair 2018 bertempat di PWTC, KL pada 16 hingga 18 Mac nanti. AJ dengar banyak promo menarik yang Matta Fair 2018 tawarkan. Antaranya pakej yang menarik perhatian AJ adalah pas pengangkutan awam di negara Matahari Terbit.

Macam yang semua orang tau, kat Jepun memang banyak menggunakan pengangkutan awam. Kawan AJ baru ni pegi pun dia kata senang sangat nak kemana-mana sebab boleh dikatakan hampir semua tempat ada MRT. So kalau nak lagi senang kan, korang boleh gunakan pas SUICA.

Apa itu pas SUICA?



'The Suica' adalah kad E-money prabayar untuk bergerak dan berbelanja. Korang pun tak perlu susah payah nak beratur beli tiket. Suica ni kiranya macam kad touch N go la, hanya sentuh Suica anda ke pintu masuk tiket dan tambang ditolak secara automatik dari Suica anda.


Suica ni boleh digunakan bukan sahaja untuk JR EAST Trains, tetapi juga Subway dan bas. Selain daripada tu, suica juga boleh digunakan untuk membayar barangan dengan e-wang. Macam nak beli minuman, makanan ringan dan kopi dari mesin layan diri dan kereta api. Malah beli akhbar di stesen kios pun boleh. Semuanya cashless dengan adanya pas Suica ni.

Kalau korang ke Jepun, AJ sarankan korang amik pas Suica ni untuk lebih melancarkan perjalanan.

Okay selain Suica ada juga JR West Kansai Wide Area Pass untuk mereka yang nak melancong di sekitar Kansai. Kata orang banyak tempat untuk sightseeing tau, antaranya Kyoto, Osaka, Kobe dan Nara. Tak lama dah nak masuk spring, memang lagi cantiklah pemandangan dia kan?


Dengan Kansai Wide Area Pass, korang boleh jimat sehingga RM 826! Wow banyak tu! RM 826 yang kita save tu kan boleh beli 45 takoyaki okay.


So kalau nak tau lebih lanjut mengenai pas-pas perjalanan ni, apa kata korang ke Matta Fair 2018 hujung minggu ni. Kat bawah ni AJ ade sertakan sikit pakej 5 hari 4 malam ke Kansai.


Khas untuk MATTA FAIR 2018. Kunjungi booth² dibawah ini untuk lebih diskaun dan hadiah misteri.

1.Kopetro
2.Holiday Tours
3.Pearl Holidays
4.Mayflowers

Note : Jangan lupa tunjukkan promo ini untuk redeem hadiah misteri.

Baca Selanjutnya »

KL Special Force, Dah Macam Filem Hollywood


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru ni AJ sempat ke malam preview filem KL Special Force kat E-Curve Damansara. Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd, Damofa Productions dan Viper Studios ini telah menjalani penggambaran pada tahun 2016 dan menelan belanja RM 4 juta. Sebelum AJ tonton filem ni, AJ anggarkan filem ni macam filem kepolisian biasa yang kita selalu tengok di kaca TV. Tapi jangkaan AJ meleset! Filem KL Special Force, dah macam filem Hollywood!



Filem KL Specil Force dibintangi oleh nama yang tidak asing lagi iaitu Dato Rosyam Nor, Syamsul Yusuf, Sabrina Ali, Tania Hudson, Ramona Zamzam, Fattah Amin dan ramai lagi. Paling AJ tak sangka ialah lakonan Fattah Amin. Macam yang semua sedia maklum, Fattah Amin telah dilabelkan sebagai .... Tapi dalam KL Special Force, Fattah Amin dah berikan AJ 1 persepsi lain dari lakonan dia yang biasa kita tengok! Wow sangat! 1 anjakan yang terbaik dari Fattah Amin untuk penonton. Guys seriously, I'm not a big fan of Fattah Amin, tapi yang ni AJ puji sangat lakonan dia tau!





Dalam filem ni, boleh dikatakan hampir semua aksi lasak dilakonkan oleh para pelakon tu sendiri. Bayangkanlah, Dato Rosyam Nor yang dah berusia 50 tahun tu terjun dari tingkat 7-8 bangunan. Difahamkan scene tu diambil berulang-ulang kali! Hahahahaha. Lepas tu watak Syamsul Yusuf juga lain dari lakonan biasa dia. Kalau AJ nak cerita panjang tak guna, apa kata korang tengok sendiri.

Dari segi jalan cerita pulak, Syafiq Yusuf berjaya buat penonton tak boleh nak meneka jalan cerita. Twist plot yang digarapkan dalam cerita ni buat korang susah nak tebak siapa sebenarnya dalang disebalik semua rompakan dan jenayah yang berlaku. AJ sendiri tak boleh nak meneka okay! Pelbagai emosi diselitkan dalam filem yang berdurasi 104 minit ni. Bagi AJ, kalau kita biasa tengok filem kepolisian, filem KL Special Force ni memang totally lain dari tu. Tak rugi ditonton. Personal rating AJ 9.5/10!



Tahniah buat Syafiq Yusuf, para pelakon dan krew filem KL Special Force. Dah lama AJ tak tengok filem Melayu yang boleh AJ samakan dengan filem Hollywood. Mungkin bukan 100% perfect macam filem Hollywood, tapi filem ni AJ boleh katakan antara filem wajib tonton 2018!

P/s : AJ ada terbaca yang tak okay pasal individu yang terbabit dalam filem ni, tapi tolak tepi la ek. Support filem ni sebagai tanda kita support industri perfileman. Filem bagus!


Baca Selanjutnya »

Selamat Tinggal CikLulu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal Mac bukan pembukaan yang baik buat AJ. Masa AJ tengah sebok sebab wedding abang Mr.JR, AJ terima 1 lagi berita sedih. CikLulu, kucing kesayangan AJ dah tinggalkan AJ buat selamanya. Kalau siapa biasa follow AJ kat social media, mesti perasan AJ banyak post gambar CikLulu berbanding kucing-kucing AJ yang lain.


Malam Jumaat lepas tu AJ dah perasan CikLulu dah terlalu lemah, tapi dia gigih jugak berjalan nak masuk bilik dan tidur dengan AJ. AJ dah cakap dengan dia, kalau tak larat takpelah, Lulu pegilah. Malam tu memang dia tidur rapat je atas kepala AJ. Tak berganjak kat tempat lain.

Pagi tu AJ kene bangun awal sebab kene ke Putrajaya. So AJ kene tinggalkan CikLulu. Sebelum keluar rumah AJ sempat peluk dan cium CikLulu. Dia pun pandang je bila AJ nak keluar tu. AJ tak sangka tu kali terakhir AJ Nampak CikLulu yang bernyawa.

Gambar terakhir AJ dan CikLulu 18/02/2018

Malam tu masa AJ balik nak packing baju AJ tengok Abah dah bungkus CikLulu dalam plastik. Terus berderai airmata AJ. AJ angkat dan pangku CikLulu, cium dia buat kali terakhir. Abah cakap lepas AJ keluar tu, dia ngiau-ngiau. Pastu Abah cakap dia dah terbaring mati depan pintu bilik tu. Sedihnya hati AJ. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Even masa AJ kat wedding tu pun, AJ nangis jugak bila baca komen pasal CikLulu.

Selamat tinggal CikLulu. Terima kasih atas memori selama lebih kurang 7 ke 8 tahun ni. Mummy sayang CikLulu, mummy takkan lupakan CikLulu sampai bila-bila. Tadi pulak kakak AJ ada tag memori FB 3 tahun lepas, terus berjurai lagi airmata AJ.



Sekarang ni AJ memang rindu sangat dengan CikLulu. Setiap malam sebelum tidur AJ cium bantal AJ sebab ada bau CikLulu. Dia kan suka tidur atas bantal kepala AJ tu. Walaupun tak sama macam cium CikLulu, lepas rindu AJ. Agaknya sekarang ni mesti CikLulu tengah men"diva" kat sana. Dia kan  sentiasa Diva, tengoklah kalau AJ amik gambar dia camne.

Harap-harap nanti AJ jumpa Ciklulu lagi.

P/s : Sambil taip, airmata pun merembes keluar.


Baca Selanjutnya »