FIT ZAKAT 2023

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pusat Pungutan Zakat Wilayah - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengundang anda untuk menyertai acara penuh keceriaan, FIT ZAKAT 2023, yang akan berlangsung pada 18 November 2023, Sabtu, di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.



 

Pelbagai Aktiviti Menarik



Merentasi acara ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda. Dari Fit Zakat Fun Run yang menggembirakan, senamrobik yang menyihatkan, score the goal  yang mencuit hati, hingga timbang bola yang mengujakan. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa daripada selebriti terkenal seperti Caliph Busker, Ikhwan Fatanna, dan Persembahan Busker PPZ akan menghidupkan suasana.




 

Penampilan Istimewa Maskot Ustaz Amil, Omar & Hana



Bagi keluarga yang membawa bersama anak-anak kecil, saksikan penampilan istimewa Maskot Ustaz Amil, Omar & Hana, persembahan badut yang menghiburkan, aktiviti face painting yang mencipta kenangan, Supa Dupa dan pertandingan mewarna yang penuh kreativiti. Jangan lepaskan peluang untuk menerima layang-layang percuma sebagai kenangan manis untuk para pengunjung cilik.


 

Pelbagai Tips Sihat dan Kekal Fit



Untuk pencinta kesihatan dan kecergasan, program ini turut menyediakan pelbagai tips sihat dan kekal fit. Sesi Slot Borak "Fit Dulu Baru Sihat" bersama penghibur tanah air Man Raja Lawak dan Influencer kesihatan Hanif Loid akan menyuntikkan semangat kecergasan dalam diri anda. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan mendengar pandangan inspiratif dalam Slot Santai "Kasi Clear" bersama Dr. Wan Share dan Muhammad Noor (Mdno).


 

Kaunter Kutipan dan Agihan Zakat



Dalam kemeriahan ini, lebih daripada 30 gerai jualan makanan, pakaian dan pameran akan menyajikan pelbagai pilihan untuk semua pengunjung pada hujung minggu ini. Pusat Pungutan Zakat Wilayah juga menyediakan kaunter kutipan dan agihan zakat. Bagi yang ingin mendapatkan lebih informasi mengenai zakat, digalakkan hadir sama dan ia adalah percuma!

 

 

Rebut Hadiah Menarik dan Cabutan Bertuah 



Acara ini turut menawarkan hadiah menarik dan cabutan bertuah bagi pengunjung bertuah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk hadir bersama keluarga dan teman-teman pada 18 November 2023, Sabtu, bagi menyertai serta meriahkan lagi FIT ZAKAT 2023.




 

Booth & Gerai Jualan



Pelbagai booth & gerai jualan menanti anda. Ada makanan, pakaian, booth pameran dan banyak lagi. 


 

Kupon Makanan Percuma



1,000 kupon percuma akan diberikan kepada para pengunjung. Boleh ditebus di gerai-gerai jualan tersedia. Siapa cepat dia dapat.


 

Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2023



Acara kemuncak Fit Zakat 2023 ialah Pelancaran Kempen Year End Zakat 2023. Kempen tahunan PPZ-MAIWP untuk menyeru masyarakat Islam tunaikan zakat sebelum 31 Disember 2023. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan di dalam kempen ini. Jom jadi pembayar zakat PPZ-MAIWP!






 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://www.zakat.com.my/yez2023/. Sebarkan berita ini dan pastikan anda menjadi sebahagian daripada acara penuh keceriaan dan bermanfaat ini!


#FitZakat2023 #SihatJasmaniSihatRohani #ppzmaiwp #maiwp #yez #zakat #yearendzakat #tamantasikmetropolitankepong #kepong #kualalumpur

Baca Selanjutnya »

Hrithik Roshan Kembali Dengan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hrithik Roshan Kembali Dengan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur | Selepas 8 tahun, aktor Bollywood terkenal Hrithik Roshan akan kembali menemui peminat menerusi Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur, pada 1 Disember 2023 nanti. Tiket untuk konsert ini juga sudah mulai dijual bermula 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.



Konsert ini juga akan turut disertai oleh nama-nama besar seperti Maestro Tarian legenda Prabhu Deva, Diva Tarian Vaani Kapoor, Malaika Arora, Sanya Malhotra, The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam yang ajaib.



Berita kehadiran figura bernama Hrithik Roshan yang merupakan Pemenang enam kali Filmfare Awards, menjadi sebuah khabar ‘emas’ buat para peminatnya. Ianya bukanlah omongan kosong sebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.


Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut pasti tidak akan mengecewakan para peminat. Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.


Menurut Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

"Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan."


Tambah Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan lagi,


"Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik Roshan yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur pada 1 Disember 2023."


Penganjur juga menyifatkan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.



Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari :


Website : https://yessbossticket.com/event/stars-on- fire-tour/

Talian hotline : 011-11546805

Baca Selanjutnya »