Hrithik Roshan Kembali Dengan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hrithik Roshan Kembali Dengan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur | Selepas 8 tahun, aktor Bollywood terkenal Hrithik Roshan akan kembali menemui peminat menerusi Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur, pada 1 Disember 2023 nanti. Tiket untuk konsert ini juga sudah mulai dijual bermula 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.



Konsert ini juga akan turut disertai oleh nama-nama besar seperti Maestro Tarian legenda Prabhu Deva, Diva Tarian Vaani Kapoor, Malaika Arora, Sanya Malhotra, The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam yang ajaib.



Berita kehadiran figura bernama Hrithik Roshan yang merupakan Pemenang enam kali Filmfare Awards, menjadi sebuah khabar ‘emas’ buat para peminatnya. Ianya bukanlah omongan kosong sebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.


Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut pasti tidak akan mengecewakan para peminat. Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.


Menurut Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

"Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan."


Tambah Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan lagi,


"Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik Roshan yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur pada 1 Disember 2023."


Penganjur juga menyifatkan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.



Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari :


Website : https://yessbossticket.com/event/stars-on- fire-tour/

Talian hotline : 011-11546805

Tiada ulasan