Certainty x Butterfly | KOL Classroom

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Certainty x Butterfly | KOL Classroom | Korang penah dengar tak pasal produk Certainty? Haaa, baru-baru ni kakak berkesempatan untuk join KOL Classroom bersama Certainty dan The Butterfly Project Malaysia yang bertempat di Unicharm HQ, Petaling Jaya. Dalam classroom ni, kami semua telah diberikan penerangan mngenai produk Certainty.



Siapa kata diapers hanya dipakai oleh anak-anak kecil dan orang tua je? Kalau korang nak tau, kita yang muda ni pun adakalanya berdepan dengan masalah dan perlu memakai diapers bersesuaian dengan keperluan kita.


Dalam kelas ni, kami telah didedahkan dengan masalah yang kita kadang-kadang nampak macam remeh tau. Korang penah tak ada masalah nak terkucil? Tak kira la, masa batuk ke bersin? Itu antara salah satu masalah kesihatan juga tau. Bila ada masalah ni, selain mendapatkan rawatan, kita perlu dapatkan produk yang sesuai. Bayangkan ek, terbersin sekali dengan terkucil? Kalau kat tempat awam macam mana? Mesti nampak kesan pada pakaian kita kan?



Lagi satu, untuk wanita mengandung masalah nak terkucil ni memang salah satu punca juga. Yelah, kita ni dah carry weight kat perut, kadang bila janin bergerak, rasa nak terkucil tu lagilah menjadi-jadi. Kadang tak sempat nak pegi tandas pun. Lepas tu masalah lain, kekerapan nak terkencing masa tengah tidur. Huhuhuhu. Yelah mengandung ni nak dapat posisi tidur selesa tu agak sukar, tetibe dah best kena bangun pegi tandas. Waaaaa! stress tau! So kakak memang pakai something untuk masalah ni.


Certainty Dry Pants


Kakak seronok sangat tau bila hadirkan diri dalam KOL classroom ni, sebabnya akhirnya kakak jumpa produk diapers Certainty Dry Pants yang sesuai dengan orang dewasa. Dan paling best, produk ni terbukti berkesan dan bagus. Kalau sebelum ni, kakak pakai pantyliner, tapi bila guna pantyliner dia punya tahap serapan tu tak begitu memberangsangkan, kadang tu tembus juga sikit.



Masa kat sini, kami telah diperkenalkan dengan ciri-ciri yang terdapat pada Certainty Dry Pants, selain daripada product knowledge kami juga telah ditunjukkan dengan demo daripada pihak Unicharm. Terus terang kakak cakap, Certainty Dry Pants ni selesa sangat. Dia punya material sangat lembut pada kulit, 2x lebih strecthable dan tahap serapan terbaik!



Mesti ada yang cakap, kalau pakai diapers mesti nampak bulky, so seganlah! Kalau korang nak tau kan, semua staff sebenarnya memakai Certainty Dry Pants pada hari tu, tapi kami semua tak perasan pun. So kalau kita pakai, memang orang takkan perasan langsung yang kita ni pakai diapers tau!


So kalau nak dapatkan produk lampin pakai buang dewasa untuk kegunaan sendiri ataupun ibubapa, boleh cuba Certainty Dry Pants. Kakak memang recommended sangat tau! Kalau korang rasa tak yakin lagi, korang oleh dapatkan sample percuma daripada Unicharm tau, layari : https://www.certainty.com.my/sample-request/.


Kalau nak beli terus pun boleh, selain dari pasaraya berhampiran, dapatkan juga secara online di :




Maklumat lanjut, layari :




Terima kasih pihak Unicharm untuk sesi KOL Classroom ni, banyak ilmu dan info menarik yang kakak dapat tau. And of course thanks juga kepada Mamasan Tammy Lim dan The Butterfly Project Malaysia untuk jemputan. Best gila!


Tiada ulasan