VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua, Uji Mental dan Fizikal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

16 dan 17 November 2019 yang lepas AJ menyertai VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua. Kalau nak tau kan, ni kali pertama AJ join mana-mana treasure hunt. Sebelum ni memang tak penah, melainkan kat sekolah. Hehehhehe. Pertama sekali terima kasih kepada Hotel Park Avenue, Sungai Petani kerana menyediakan penginapan kepada kami (bloggers) pada malam sebelum program.



Seawal jam 8 pagi, kami dah berkumpul di Muzium Arkeologi Lembah Bujang untuk sesi pendaftaran. VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah dengan rakan penaja Cycle & Carriage, Mercedes-Benz dan juga Canon Malaysia.


Setiap 1 kumpulan dibahagikan kepada 4 orang termasuk pilot yang mengendalikan kenderaan rasmi daripada pelbagai model Mercedes-Benz, photographer dari Canon dan pengamal media. AJ dapat kumpulan 2 dan satu-satunya wakil perempuan dalam kumpulan tu. Hahahhaha.



VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua ni sangat menguji mental dan fizikal AJ. Soalan yang diberikan untuk setiap kumpulan mencabar gila dan sangat "tricky". Ya ampun... Siapalah yang mengolah soalan ni? Sampai muntah-muntah AJ nak menjawabnya! Huhuhuhuhu.



Untuk soalan pertama kami perlu mencari jawapan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kebanyakan soalan yang diajukan banyak berkaitan sejarah kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke-3 masehi hingga ke-12 masehi. Kat sini memakan masa yang agak lama untuk setiap kumpulan. Gila! Sape yang suka sejarah? Hahahahahahha.

Lepas dah hentam soalan kat muzium, kami bergerak ke check-point seterusnya di Tapak Arkeologi Sungai Batu. Sebenarnya kumpulan AJ banyak terbazir masa atas jalan sebab kami terskip soalan check-point pertama awal tadi. Hahahhaha. Sampai ke jeti dah kami bergerak, 2-3 kali kene patah balik kat tempat sama. Hahahahhaha. Kat Sungai Batu pulak kami diberikan task untuk mengecat monumen Sungai Batu seterusnya diberikan klu untuk ke check-point seterusnya di Bakau Hijau.

Kat Bakau Hijau, kami diberikan tugasan menangkap ketam dan tiram, tak penah hayat AJ tangkap ketam weh! Ni pengalaman pertama. Kesimpulan dia kalau takde sifat sabar, tak payah la tangkap ketam. AJ ni punyalah tak sabar, kejap-kejap angkat sangkar tu, mana nak lekat ketamnya! Hahahahhaha. Lepas tangkap ketam, kami kena menangkap, membersihkan dan makan tiram "fresh" macam tu. Nasib baik AJ penah makan, so takdelah rasa tak boleh terima dan susah sangat task tu.



Petunjuk seterusnya membawa kami ke Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok. Kat sini soalannya banyak berkisar mengenai info dan juga pameran yang terdapat di sekitar kawasan ni. Kat sini pun soalannya agak mencabar. Nak dapatkan jawapan tu, kene betul-betul teliti dan kene bagi sepenuh perhatian. Dengarnya siap ada 1 team siap buat daftar nama tetamu kenduri kawen. Hihihihihi.



Usai kat Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok, kami ke Pekan Sungai Petani. Kat sini kami kene ke mercu tanda Sungai Petani dan mencari jawapan di kawasan "street art". Okay terus terang AJ cakap dalam banyak-banyak soalan, kat sini la yang paling menguji minda. Penyudahnya "Sports Toto" jugak yang femes! Hahahahah.



Lepas dah bertungkus lumus di sekitar pekan, kami ke Carnival Waterpark pulak untuk menyiapkan tugasan seterusnya dimana kami perlu bekerjasama dengan photographer masing-masing. Mengalahkan budak kecik dah semua peserta demi nak bagi pose yang terbaik! Akhir sekali kami ke Cinta Sayang Resort untuk tugasan penamat hari pertama. Kumpulan AJ antara 3 yang terpantas hantar jawapan. Hihihi.

Pada sebelah malam, kami menginap di Homestay Kampung Sungai Badak, Gurun. Setiap peserta akan tinggal dengan keluarga angkat di rumah mereka. Best tau keluarga angkat AJ, siap hidangkan kuih apom lagi. Walaupun hakikatnya, AJ ni anak angkat yang tertinggal. Sadis tau, nama takde dalam list. Nasib tak kene tidur kat dewan. Hahahhahhaa.


Untuk hari kedua pula, kami ada lagi 1 tugasan yang perlu diselesaikan di sekitar The Regency Jerai Hills Resort. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan "game" dan perlu mengutip mata yang tertinggi dalam setiap task! AJ paling suka tugasan kat sini, dia macam sukaneka tadika dan fun. Hahahhahaha.

Sebelum bersurai, majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan di dewan sambil menikmati hidangan makanan tengah hari. Hadiah yang ditawarkan bernilai RM1,600 untuk juara, RM1,200 untuk tempat kedua dan RM800 untuk pemenang tempat ketiga. Paling AJ tak sangka, kumpulan AJ menjadi juara! Alhamdulillah. Tak sesia AJ muntah belahak! Hihihihihhi. Tahniah juga kepada team AJ iaitu Khairi, Farhan kitorang nye pilot dan tak lupa photographer, Joe.


Apapun, terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Tengah untuk penganjuran program yang menguji mental dan fizikal setiap peserta. Tak lupa kepada Cycle & Carriage, Mercedes-Benz yang menaja kenderaan yang selesa sepanjang 2 hari program berlangsung dan juga para photographer dari Canon Malaysia untuk gambar yang gempak! Kalau ada program macam ni lagi, jangan lupa jemput AJ tau!

P/s : Best gila walaupun lepas program, semua pakat demam.... Hahahhahaha...

email signature
Baca Selanjutnya »

Vivo S1 Pro Hanya RM1,199 Kini Berada di Pasaran

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas, AJ sempat menghadiri majlis pengenalan telefon pintar keluaran terbaru Vivo S1 Pro yang telah mula berada di pasaran pada 7 Disember 2019. Telefon pintar kali ni kan menampilkan design yang lebih trendy dan menarik. Bende pertama yang menarik perhatian AJ masa mula-mula nampak model ni kan warna yang cantik. Didatangkan dengan 2 warna pilihan iaitu Fancy Sky dan Knight Black.



Selain tu kan, telefon pintar Vivo S1 Pro ni tampil dengan beberapa ciri yang menarik sesuai bukan sahaja untuk remaja, malahan mereka yang berkerjaya. Kamera yang berbentuk diamond dan juga kepelbagaian fungsi kamera memang menepati citarasa ramai orang. Yelah, zaman sekarang, telefon pinar bukan sahaja digunakan untuk buat panggilan ataupun mesej semata. Telefon pintar kini menjadi salah satu pengganti kamera juga.



Masa hari pelancaran tu memang AJ belek habis-habis teknologi yang ada pada Vivo S1 Pro ni. Ianya mempunyai 8GB RAM dengan 32MP selfie dan 48MP AI camera. AJ rasa berbaloi sangat dengan harga pasaran yang ditawarkan iaitu RM1,199 sahaja.

Jom kita tengok pulak teknologi lain yang dicipta dengan Vivo S1 Pro ni. Bagi kaki game kan, Vivo S1 Pro berteknologi Qualcomm Snapdragon 665 octa-core processor dengan 8GB RAM dan 128GB ROM untuk lebih laju dan lancar. So nak main mobile legend ke, PUBG ke memang takde masalah.



Sebagai blogger macam AJ ni, kamera memang memainkan peranan penting, Yelah, adakalanya memang tak rajin nak usung kamera ke sana sini, Sebab tu AJ kata telefon pintar ni pengganti kamera jugak. Vivo S1 Pro ni kamera dia memang gempak! Dilengkapi dengan kamera depan 32MP (f./2.0) dan kamera belakang 48MP (f/1.8)., AI Quad Camera + 8MP (f/2.2), Super Wide-Angle Camera + 2MP (f/2.4) dan Super Macro Camera + 2MP (f/2.4). Best tak? Bagi AJ super macro tu memnag power. Jelas weh! Selfie camera pulak memang umphh, tak nampak fake dan lebih natural.



Selain tu terdapat ciri keselamatan untuk memudahkan korang unlocked telefon pintar dengan lebih pantas menggunakan fungsi In-Display Fingerprint Scanning dan kapasiti bateri 4500mAh Dual Engine Fast Charging Technology. Bestnya!



Okay macam AJ cakap, semua teknologi ni korang boleh dapatkan dengan hanya memiliki telefon pintar Vivo S1 Pro je! Harganya pasaran pun memang mampu milik RM1,199. So kalau korang tengah cari telefon pintar baru, apa kata korang intai model ni. Dijamin puas hati!

Info lanjut layari : www.vivo.com/my

email signature
Baca Selanjutnya »

Makan dan Menang KAW KAW di Marrybrown!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mana dia penggemar Marrybrown? AJ nak kongsi dengan korang berita baik ni. Sempena sambutan ulangtahun Marrybrown yang ke-38, Marrybrown menganjurkan peraduan Makan dan Menang KAW KAW bermula dari 29 November 2019 yang lepas sehingga 12 Januari 2020 nanti. Jap lagi AJ cerita lebih lanjut!



AJ ni kalau ke Marrybrown, bubur ayam dia memang selalu jadi pilihan tau. Portion dia memang besar dan harga sangat berpatutan untuk setiap 1 set. Selain tu ayam goreng dan burger Marrybrown pun tak kurang hebat. Kadang tu bila ke Marrybrown rasa macam nak order semua makanan yang ada. Tapi sorang mana boleh habis! Huhuhuhuhuhu.



So haritu AJ dan beberapa orang geng kaki makan dah terjah Marrybrown IOI Mall untuk dapatkan kupon. Dengan setiap pembelian makanan bernilai RM 25, korang layak mendapatkan 1 kupon. Lagi banyak kupon yang korang kumpul, lagi besar dan kaw kaw korang boleh menang!

Hadiah yang ditawarkan melalui peraduan ni pun kaw kaw punya, secara keseluruhannya bernilai sehingga RM380,000 okay! Hadiah utama yang ditawarkan merupakan sebuah kereta Proton X70! Bukan tu sahaja terdapat wang tunai RM10,000, RM500, RM50, Smart TV, telefon bimbit serta banyak lagi untuk dimenangi.

Macam mana nak menyertai Makan dan Menang KAW KAW di Marrybrown ni?


  • Buat pembelian minimum RM25 di mana-mana outlet Marrybrown (jangan lupa untuk simpan resit tau).
  • Dapatkan kupon peraduan dengan kod unik.
  • Masukkan kod unik anda di laman web: https://marrybrown.com/contest/
  • Hantar!
*Tertakluk kepada terma dan syarat: http://bit.ly/37LecoH

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://marrybrown.com/contest/



So apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga dan rakan-rakan terjah Marrybrown sekarang. Lagi banyak korang order, lagi besar peluang untuk menang! So okaylah korang, nak gi terjah Marrybrown kejap. Byeeee... 



Baca Selanjutnya »

Kejutan Bersempena Ulangtahun ke-40 McDonald's Happy Meal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila sebut Happy Meal mesti ingat McDonald's. AJ ingat lagi, dulu masa kecik-kecik dapat je Happy Meal gembira dia lain macam. Jangan kata masa kecik je, even dah besar ni pun sama sebabnya setiap hidangan Happy Meal didatangkan dengan mainan yang menarik!


Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan semestinya kegembiraan!

Rupanya, tak sedar McDonald's Happy Meal dah 40 tahun sebarkan kegembiraan dalam setiap hidangannya! Jadi, bersempena 4 dekad adanya Happy Meal, McDonald's Malaysia akan melancarkan Surprise Happy Meal bermula dari 28 November 2019, selagi stok masih ada! Yeayyyy!!!


Pada edisi Surprise Happy Meal ni kan, McDonalds akan mengembalikan beberapa mainan ikonik yang paling banyak mendapat sambutan sepanjang 40 tahun lalu seperti Beanie Babies, Tamagotchi dan dua belas lagi  mainan ikonik. Sapa tak ingat kan? Tamagotchi tu dah tahap legend kalau korang masih simpan lagi sampai sekarang.

Bila AJ dengar pasal Surprise Happy Meal, memang rasa teruja sangat. Yelah, kat mana lagi korang nak dapat mainan dari era 1980-an dan 1990-an kan? Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Puan Melati Abdul Hai, "Kemunculan mainan-mainan ikonik Happy Meal ni, pasti akan membuatkn rakyat Malaysia lebih teruja kerana dapat mengimbas kembali detik-detik manis zaman kanak-kanak setiap orang."



Mesti korang pun teruja kan nak tau mainan ikonik mana yang berada dalam Surprise Happy Meal ni kan? Kat bawah ni 14 mainan ikonik yang pastinya amat dekat di hati kita  sejak sekian lama paling adanya Happy Meal :



  • Cowboy McNugget (McDonald's) - 1988
  • Fireman McNugget (McDonald's) - 1988
  • McNugget Carrier Mail (McDonald's) - 1988
  • Hamburger Changeable (McDonald's) -1989
  • Grimace (McDonald's) - 1990
  • Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's) - 1991
  • McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel) - 1993
  • Hamburglar (McDonald's) - 1995
  • Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers) - 1996
  • Patti the Platypus (Ty Beanie Baby) - 1997
  • Tamagotchi (Bandai) - 1998
  • My Little Pony (Hasbro) - 1998
  • Furby (Hasbro) - 1999
  • Hello Kitty (Sanrio) - 2013


Sekarang mesti korang dah rasa tak sabar nak ke McDonald's kan? So jangan lupa singgah ke mana-mana Restoran McDonald's Malaysia bermula 28 November ni untuk dapatkan Surprise Happy Meal tau. Lagi sekali AJ nak bagitau, selagi stok masih ada tau. Habis je mainan-mainan ikonik ni, makanya memang tak dapat dah la.

Selain tu, kalau korang nak buat apa-apa event seperti Birthday Party, apa sahaja parti sambutan ataupun meeting, korang boleh jadikan restoran McDonald's sebagai salah satu pilihan. Mesti seronok kan? Di McDonalds, merapatkan hubungan kekeluargaan merupakan sebahagian besar dari budaya mereka.



Korang boleh menempah restoran McDonald's sebagai lokasi pilihan Parties @ McD dan Meetings @ McD melalui applikasi McDonald's ataupun laman web www.mcdonalds.com.my

Okaylah, AJ nak pegi buat Surprise Happy Meal hunting ni! Bye....

#HappyMeal40thAnniversary
#McDonaldsIconicToys
#McDonaldsMalaysia
#PartiesAtMcD
#FamilyTimeAtMcDonalds

email signature
Baca Selanjutnya »

Menarik di Daerah Jerteh, Besut dan Setiu, Terengganu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni AJ menjejakkan kaki sekali lagi ke Negeri Terengganu. Untuk trip kali ni, AJ pegi kat kawasan luar dari Bandar Kuala Terengganu. Kalau KT tu memang dah biasa sangat kan? Kali ni AJ nak bawak korang ke tempat menarik di daerah Jerteh, Besut dan Setiu, Terengganu.

Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kalau dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa dalam 6 jam. Yang paling AJ suka pasal Terengganu, semestinya pantai dia yang cantik dengan air laut biru hijau tu. AJ selalu ke Pulau Kapas, memang best! Okay tapi kali ni tak nak cerita pasal pantai. AJ ada tempat yang  lagi menarik nak share dengan korang.

Masjid Lapan Kubah @ Masjid Russia / Moscow


Tempat pertama yang kami singgah adalah Masjid Lapan Kubah ataupun dikenali sebagai Masjid Russia / Moscow yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh. Masjid ini telah dibina pada 7 tahun yang lepas dan diilhamkan dari senibina St. Basil Cathedral. Idea pembinaan ini datangnya dari Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Apa yang menarik, masjid ini dibina menggunakan 100 peratus tenaga tempatan dan dananya dari penduduk tempatan juga! Masjid yang menelan belanja hampir RM4juta ni boleh menampung sehingga 500 jemaah dalam satu-satu masa.



Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh



Lata Kolam Air Deru Ecopark terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut Terengganu. bagi penggemar aktiviti lasak ataupun yang suka berkhemah, kat sini memang sesuai untuk korang. Masa kunjungan AJ kesini kami semua bermalam di dalam khemah yang boleh memuatkan 6 orang dalam 1 masa. Seronok tau! Dah lama AJ tak berkhemah. Selain tu, kalau korang tak minat nak berkhemah terdapat beberapa jenis penginapan lain seperti chalet gelung ataupun dorm.



Di Lata Kolam Air Deru Ecopark terdapat kawasan perkelahan yang terbahagi kepada 3 kawasan iaitu :

Pengkalan Raja yang dikenali sebagai Lata Kolam kerana airnya yang kehijauan. AJ sempat terjun kat sini tau, air dia sejuk dan segar sangat. Tapi kat sini agak dalam, bagi mereka yang tak tau berenang macam AJ ni, disarankan pakai jaket keselamatan yang disediakan oleh pihak ecopark.


Pengkalan Dua bersesuaian untuk mereka yang nak santai-santai dan berkelah sambil menikmati kehijauan alam semulajadi. Kat sini agak berbatu, kalau nak berenang kene berhati-hati okay!

Pengkalan Suri yang berdekatan dengan kawasan perkhemahan AJ memang selalu menjadi pilihan semua orang la, dekat dan juga sesuai untuk semua peringkat umur. AJ tak sempat nak berenang kat sini, sebabnya awal pagi tak gigih oi! Air dia sejuk ya amat! Hahahahahaha.



Antara aktiviti sempat kami buat disini ialah Dodge Archery. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Permainan ni ala-ala memanah je. Tapi panahnya getah yang berbentuk bulat kat depan. Misi dia korang kene panah ahli pasukan lawan ataupun jatuhkan 3 pin di tempat lawan untuk menang. Kumpulan AJ dapat no 2 tapi AJ ni macam takde function je. Hahahhaa. Rupanya bukan senang nak memanah!



Selain tu banyak lagi aktiviti lain  yang boleh korang buat seperti :

  • Walking Ball
  • ATV Ride
  • Mountain Bike
  • White Water Rafting
  • Boating
  • Jungle Trekking dan Night Walk
  • Flying Fox dan Abseiling
  • Survival Program
  • River Crossing
  • Obstacle Course, War Game dan Sukaneka



Banyak juga pakej menarik yang ditawarkan sekiranya korang nak buat aktiviti kat sini tau. Ada pakej pelajar, pakej perkhemahan, pakej outdoor dan sebagainya. Kalau nak tau info lebih lanjut boleh tengok info kat bawah :

Email : bigscope_etravel@yahoo.com
Facebook : https://facebook.com/AirDeruEcopark/
Instagram : https://www.instagram.com/latakolam_ecopark/
Nomber telefon :

Kaswadi : +6013.9276998

Syahrin : +6013.9178633
Dyana : +6019.6931662

Zaini : +60173903649


La Hot Spring

Terletak tak jauh dari Lata Kolam Air Deru, hanya 5 minit perjalanan dah sampai. Kat sini korang boleh menikmati kehangatan air panas semulajadi. Tempat ni merupakan salah satu kawasan tumpuan umum. Masa AJ singgah sini, boleh tahan ramai orang. Air dia memang betul-betul panas, AJ yang celup-celup kaki sikit pun dah tak tahan. Ada yang sampai berpeluh-peluh la. Hahahahha.



Bayaran masuk yang dikenakan kepada para pengunjung adalah RM2 je. Dibuka 24 jam kepada semua orang. Kalau korang nak menginap kat sini pun boleh. Ada beberapa jenis chalet dan juga dorm disediakan dengan harga dari RM80++.


Besut Cruise

Seterusnya kami dibawa menaiki Besut Cruise menyusuri Sungai Besut Terengganu yang terletak di Kampung Nail. Ini merupakan pertama kali AJ kesini. Untuk menaiki Besut Cruise, korang dikenakan bayaran RM150 untuk 1 bot yang boleh memuatkan sehingga maksimum 12 orang. Kiranya sorang dalam RM12.90 je. masa dalam bot tu kami dihidangkan dengan air kepala, sata dan otak-otak. Tapi sajian makanan ni hanya dihidangkan atas permintaan dengan harga tambahan RM20 kalau tak salah AJ la.



Masa pelayaran pula 1 jam. Sepanjang pelayaran korang akan diberikan pelbagai info mengenai tempat-tempat disekitar laluan pelayaran. Bagus tau idea Besut Cruise ni, selain boleh meningkatkan ekonomi, ianya juga memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Peladang Setiu Agro Resort



Kali kedua AJ menjejakkan kaki kat sini. Tempat ni sesuai untuk mereka yang nakbuat team building ataupun nak bersantai dengan keluarga. Terdapat beberapa buah chalet disini dan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam untuk dewasa dan kanak-kanak.


Selain tu, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak boleh mencuba flying fox, aktiviti water confident ataupun berkayak. Untuk trip kali ni, AJ sempat buat aktviti flyong fox je. Sobs sobs! Tapi enjoy gile okay! Pada sebelah malam pula, kami buat aktiviti night walk di Hutan Simpan Gunung Tebu. masa aktiviti ni, kami berjalan selama hampir 45 minit didalam hutan sambil diperkenalkan dengan pelbagai jenis tumbuhan dan juga haiwan. Yelah, kebanyakan haiwan di hutan aktif pada waktu malam. Dari segi keselamatan pula, korang tak perlu risau sebab beberapa orang nature guide akan mengikuti setiap peserta. Masa dalam ni AJ sempat jumpa dengan spesis katak, labah-labah dan dapat lihat kesan cakaran beruang pada pangkal pokok.



Info :

PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu Terengganu,
Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240
Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com
Facebook : Peladang Setiu Agro Resort

Melawat Sangkar Ikan dan Laguna Setiu / Setiu Wetland



Seterusnya kami dibawa ke jeti melalui Setiu Boardwalk untuk melawat sangkar ikan dan beraktiviti di Laguna Setiu / Setiu Wetland. AJ belum penah lagi melawat sangkar ikan dan ini merupakan pengalaman pertama AJ. Kat sini korang akan didedahkan dengan cara-cara pengusaha mengendalikan sangkar ikan. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di sangkar ikan ni, antaranya kerapu hybrid dan siakap. Kami juga diberi peluang memberikan ikan-ikan ni makan dengan melemparkan kepala ikan di dalam sangkar. Teruja gila bila nampak ikan-ikan ni makan!



Seterusnya kami ke Laguna Setiu untuk mencuba pengalaman mencari lokan dan kupang. Untuk aktiviti ni, korang boleh mengambil pakej dari Peladang Setiu Agro Resort ataupun Ping Anchorage Travel & Tours. Korang boleh pilih untuk menggunakan jalan darat ataupun menyewa bot dengan harga RM400 ke RM600 untuk 1 bot. Selalunya, kalau pegi dengan group lagi best naik bot, barulah feel ala-ala nelayan. Kat Laguna Setiu tu, kami diajar oleh Pok Nik cara-cara nak cari lokan. Bukan senang tau nak cari kalau korang tak mahir. AJ sendiri pun, nak jumpa 1 lokan pun makan masa. Menurut Pok Nik, kalau dah mahir, tak perlu guna alatan pun dah tau lokan tu duk kat mana.


Kitorang ni punyalah seronok sampai abang bot panggil suruh naik darat la, sebab air akan surut pada sebelah petang. Kami juga sempat dijamu dengan hasil tangkapan kami hari tu. Rasa dia sedcap sangat, fresh dan manis!

Rumah Botol


Rumah Botol 1 nama yang tak asing lagi di Kampung Mangkuk, Setiu. Dimiliki oleh Ayah Ali yang berusia 75 tahun. Difahamkan Ayah Ali, dia telah mengutip sehingga 7000 botol di sepanjang Pantai Kampung Penarik dan Kampung Mangkuk. Ini merupakan hobi yang unik sekaligus membantu membersihkan kawaan pantai. Pada mulanya hobi Ayah Ali ini dianggap pelik dan gila oleh penduduk sekitar. Tapi selepas isterinya mencadangkan Ayah Ali membuat sebuah rumah untuk menyimpan botol-botol hasil kutipannya, rumah itu menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara. Malahan ada dikalangan pengunjung yang memberikan botol-botol untuk tambahan koleksi Ayah Ali.


Teruja AJ belek setiap 1 botol yang ada disini. Ada juga yang didalamnya terdapat nota dan banyak sangat botol-botol berbentuk unik yang AJ tak penah nampak. Sehingga hari ini Ayah Ali masih lagi mengumpul botol kaca untuk ditempatkan di dalam rumah botol. Untuk masuk ke sini takde bayaran dikenakan, tapi korang boleh bagi sumbangan ikhlas dalam tabung yang terdapat di rumah botol okay?

Terrapuri Heritage Village



Salah satu tempat yang memang AJ nak sangat pegi! Terrapuri Heritage Village terletak di Pantai Penarik. Yang menariknya disini ialah setiap 29 unit rumah ini berusia lebih dari 100 tahun! Bila masuk kat sini korang terasa macam berada di zaman kesultanan Melayu Lama. Sangat klasik dan mewah. Kebanyakan rumah disini dibina dengan kayu cengal dan dipasak dengan kayu penaga. Sebab tu rumah-rumah ni mampu bertahan sehingga ratusan tahun.



Hiasan dalaman rumah-rumah ini juga melambangkan kemelayuan asli. Setiap 1 rumah dinamakan dengan beberapa buah daerah seperti Seberang Takir dan sebagainya. Kalau nak tau, rumah-rumah ini ada konsep masing-masing tau. Macam rumah AJ, berkonsepkan perkampungan nelayan. Ada juga yang hiasan dalamannya berkonsepkan wayang kulit. Memang sangat unik dan menarik!



So kalau korang nak cari penginapan yang mewah dan klasik, AJ sarankan korang tinggal di Terrapuri Heritage Village. Jangan lupa bawa sekali baju ala-ala Melayu Lama untuk photoshoot tau! barulah IN!

So tamatlah sudah edisi jelajah tempat menarik di daerah Jerteh, Besut dan Setiu, Terengganu.  Kalau korang nak rasai pengalaman lain dari yang lain, korang boleh cuba destinasi yang AJ pegi ni, mesti tak menyesal! Insyaallah, ada rezeki AJ akan jejakkan kaki lagi ke Terengganu. Best!


email signature
Baca Selanjutnya »