Butterfly X Althea Christmas Party 2018!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lama rasa tak hayunkan jari jemari kat keyboard ni. Rindu pulak rasanya! Hehehehehe. Okay awal bulan aritu AJ join Butterfly X Althea Christmas Party 2018 tau. Kalau follow AJ kat IG mesti nampak korang nampak betapa pink nya feed AJ aritu kan kan kan? Sebabnya tema Christmas party ni Pink Christmas. Oh! I love PINK!


Masa mula-mula dapat email dari Mamasan, Tammy kata AJ dapat join party ni, bukan main seronok rasa. Yelah, hanya 30 orang je yang dapat join. Bila AJ antara salah seorang tu, mestilah happy kan. Nak pulak inilah masanya AJ nak kenal dengan Butterflies lain dalam komuniti tu. Kami ni ada yang tak penah jumpa pun.

Walaupun pada mulanya ada sedikit masalah nak anjurkan Pink Christmas Party ni, Tammy dan team berjaya menjadikan party ni meriah sangat! Terima kasih kepada ChubbeeCloud bagi kami buat onar kat situ. Dan paling utama terima kasih Althea Korea yang sudi menaja Christmas Party kami! Yeayyyyy.


Masuk je kat venue terus nampak dekorasi produk Althea kat entrance party tu tau! Dalam tak sedar rupanya, banyak dah produk yang Althea keluarkan dibawah jenama sendiri. Paling baru yang AJ nampak kan, concealer! Ada 4 tona untuk disesuaikan dengan warna kulit masing-masing, AJ tergoda dengan code #Honey. Sekarang ni, tengah ada promo beli 1 percuma 1 tau, nak cuba boleh klik sini.




Masa sepanjang party tu kan, banyak aktiviti yang kitorang buat. Chit chat, gossip sakan dan makan-makan tu memang perkara wajib la kan. Kat sini ade photobooth dari Tagbooth, siap ada sticker special lagi untuk Althea Christmas ni tau! AJ yang tak kreatif ni pun rasa macam kreatif gila dengan wujudnya photobooth ni. Hahahahaha.

Lepas tu ada game, AJ tak tau la nak sebut mesin apa tu. Alaaa, yang selalu ada anak patung dalam tu lepas tu korang kene usaha angkat pakai penyepit tu. Haaa, nampak explaination dia? Agak-agak korang boleh teka tak mesin ape? Kalau tak tau tengok gambar kat bawah ni. Bimbo mode ON!




Kalau nak tau, sepanjang AJ main mesin ni tak penah dapat apa-apa walaupun 10 kali cuba, tapi kat sini 3 kali cuba je AJ dah dapat hadiah misteri AJ tu tau. masa dapat pick-up bola dalam tu, kemain seronok. yelah first time kan! Hihihihihih. AJ dapat travel pack contour cleanser, primer dan fixer cream tu.

Selain tu, kalau dah reramai pakai cantik-cantik tu mestilah bergambar sakan dekat insta corner yang dihias cantik. Siap ada bathtub dan bear besar gedabak kaler pink lagi. Kalau ikutkan hati AJ, memang dah kene culik dah bebear tu! Hahahahahaha...




Makanan yang disediakan oleh ChubbeeCloud pun sedap-sedap dah hipstur habis! AJ paling suke dengan mermaid drinks dia. Comelnya! Rasa macam tak nak minum je, tapi kalau tak minum rugilah pulak. Dah la cantik, dengan kaler pastelnye lagi dan rasa pun sedap.




Ditambah pulak dengan AltheaLand dessert dari AskJoey, yang berwarna-warni tu, lagilah rasa fancy je makanan kitorang tau! Last-last sebab sayang nak makan, AJ bawak balik.. Hehehehehehe.. Tu pun lepas 2 hari baru makan tau, sayang!


Masa kat situ, kitorang tak tau pun semua orang akan dapat surprise gift. Gift ni memang unik tau. AJ pun tak penah terfikir idea tu. Marshmallow yang direka khas untuk Butterfly yang hadir. Special tau, siap ada muka kite diprint atas marshmallow tu! nasib diorang pilih gambar yang comel dari IG AJ tau!



Pape pun terima kasih tau! Speecial sangat surprise gift kami. masing-masing teruja dan rasa sayang nak makan diri sendiri, AJ sampai ke harini simpan terus dalam peti ais. Punyalah tanak makan hadiah comel tu!

Masa kat Butterfly X Althea Christmas Party 2018, kami memang sedia maklum ada hadiah untuk besr-dressed. Masa dapat invitation tu kan, puas fikir nak pakai apa. Yelah, AJ ni suka je PINK tapi tetibe rasa macam tak banyak pulak baju pink. Hahahhaaha. Last-last AJ pakai je dress lama yang AJ baru pakai sekali tu dan gigih pegi jalan TAR cari kain untuk buat hood warna pink sehari sebelum party ni. Nasib baiklah tailor AJ tu rajin nak melayan.



Hasil dia? AJ antara salah seorang pemenang best-dressed masa tu. Terima kasih Butterfly Project Malaysia dan Althea Korea pilih AJ sebagai salah seorang pemenang. Happy sangat bila dapat beg warna chrome berisi produk Althea! Alhamdulillah.



Kat sini AJ  nak ucap terima kasih kepada team The Butterfly Project Malaysia sebab anjurkan Butterfly X Althea Christmas Party 2018! Dan of course penaja utama kita Althea Korea untuk tajaan dan produk-produk yang awesome! Tak lupa penaja lokasi iaitu ChubbeeCloud di Uptown Damansara untuk tempat dan makanan yang sangat instagramable. Photobooth special effect dari Tagbooth dan terakhir sekali AskJoey untuk dessert yang comel-comel belaka.

Rasa tak puas jumpe dengan Butterfly lain. Harapnya nanti AJ dapat join lagi event dengan Butterfly Malaysia. I can't thankful enough untuk semua kat party ni. Semoga ketemu lagi!

Okay nah belanja lagi gambar. Rindu terox! Terima kasih Eros fishmeatdie dan The Butterfly Project Malaysia untuk gambar-gambar sepanjang party.






P/s : Butterfly X Althea selalu buat bende comel-comel tau! Seronok!!!



Baca Selanjutnya »