Outlet ke-34 Hair Depot Malaysia di Melawati Mall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila cerita bab rambut mesti AJ ingat pasal Hair Depot, outlet yang menjual pelbagai jenis produk penjagaan rambut dari beberapa buah negara seperti Greece, Spain dan sebagainya. Produk yang terdapat di Hair Depot bukan hanya tertumpu pada rambut je tau, malahan produk untuk perawatan kulit kepala dan peralatan rambut pun ada. Kenalah dengan slogannya " Treat Your Hair Right " Sekarang ni pulak, Hair Depot sedang berjinak-jinak untuk meluaskan pasaran dengan produk penjagaan diri jugak.


Baru ni AJ singgah ke outlet ke-34 Hair Depot yang terletak di Melawati Mall. Outlet ni baru je dibuka bulan lepas. Pendek kata ada bau kedai lagi la. Hihihiiihi. Masa kunjungan AJ tu, banyak produk yang diperkenalkan kepada kami yang hadir pada hari tu. Antaranya produk tersebut ialah Mea Natura Olive ni. Yang ni memang menarik perhatian AJ la, sebab kandungan utamanya adalah olive atau zaitun yang sememangnya dikenali dengan kandungan vitamin E yang tinggi baik untuk kesihatan rambut dan juga kulit kita. Produk Mea Natura ni pulak mengandungi 88% - 94% bahan natural. Ianya bebas dari SLES, Paraben, Propylene Glycol, Silicones, Alcohol dan Synthetics Dyes.



Mea Natura Olive ni didatangkan dalam 2 jenis untuk rambut kering dan rosak dan untuk rambut yang sihat dan berkilau. Bau pun lembut je. Syampu ni pun sangat sesuai buat mereka yang berhijab tau. Selain membantu menangani bau yang kurang menyenangkan, syampu ni jugak boleh menjadikan rambut lebih volume bila bukak tudung. Takdelah balik rumah rambut leper je. Hehehehehe. Selain Olive ada juga Mea Natura Pomegranate yang sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut berwarna dan rosak.


Selain produk ni banyak lagi produk lain yang terdapat Hair Depot, macam-macam variasi untuk macam-macam jenis dan keadaan rambut ada. Staff kat sini pun sangat membantu, diorang akan terangkan satu persatu produk yang korang nak tau dengan lebih terperinci. Kalau perlu mereka pun boleh suggestkan produk mana yang sesuai untuk korang.


Macam AJ cakap tadi, kat sini bukan setakat produk penjagaan rambut semata, peralatan untuk rambut pun ada macam hair dryer, curling thong semua. AJ sendiri berpeluang mencuba peralatan rambut yang ada aritu. AJ cuba straightening iron. Best tau! Peralatan ni memang berkualiti, lepas tu peralatan yang AJ cuba ni pula buat rambut AJ jadi lebih terurus dan tak nampak kering. Selalu kalau guna straithening iron kan rambut mesti rasa kasar sikit kan, nak-nak hujung rambut. Tapi peralatan yang AJ guna ni buat rambut nampak more shine kot..



Bestnya kat Hair Depot macam-macam ada! So kalau korang nak cuba dan dapatkan produk-produk penjagaan dan perawatan rambut, apa kata kunjungi outlet Hair Depot di Melawati Mall ni.


Betapa seronoknya seorang AJ di Hair Depot!

 Info lanjut :

Hair Depot Melawati Mall
LG-14, UP2-01, Melawati Mall,
355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Website : www.kcareshop.com
Facebook : HAIRDEPOT
Instagram : @hairdepot_my

P/s : AJ ni pantang sikit bab-bab rambut ni. memang suka! Hehehhehe..

Baca Selanjutnya »

Ulangtahun ke-3 NY Steak Shack dan Pembukaan Outlet ke-10 di Melawati Mall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

" Heart, Tasty, Meaty Affair "



Selamat ulangtahun yang ke-3 NY Steak Shack!!! Kali kedua AJ berkunjung ke NY Steak Shack ni. Sebelum AJ ke outlet IOI City Mall Putrajaya masa sambut hari lahir mak 2 tahun lepas. Kunjungan AJ kali ni pula, sempena Ulangtahun ke-3 dan juga pembukaan outlet NY Steak Shack yang ke-10 terletak di Melawati Mall. Dah lama tak menjamu selera kat sini, AJ tengok banyak dah pembaharuan dari segi menu makanan yang ditawarkan. Nak tau apa menunya, sambunglah baca entri ni. Hehehehhehhehe.



NY Steak Shack mula diperkenalkan pada Julai 2014 dengan idea untuk menjamu para pelanggan steaks dan pelbagai makanan dengan harga berpatutan. Yang ni AJ tak nafikan la, harga makanan di NY Steak Shack memang berbaloi! Tak pelik lah kalau dalam masa 3 tahun, 10 outlet telah berjaya dibuka. Menurut Mr. David Lee,General Manager The Manhattan FISH MARKET & NY Steak Shack yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang F&B, NY Steak Shack juga merupakan outlet F&B yang memiliki status sah Halal dari JAKIM. So kalau nak menjamu selera kat sini, korang tak perlulah nak rasa ragu-ragu kan.



Jom AJ bawak korang tengok menu makanan yang dihidangkan semasa casual dinner Isnin lepas. Jangan salahkan AJ kalau korang terliur okay? Hehehehhe.



Starters
Wing Over Shrooms & Onions and The Bomb



Main Course
Sizzling Ribeye Steak + Grilled Lamb + Southwest Grill



Big Apple + The Empire + Creamy Spicy Salsa with Southwestern Chicken


Shakes
Banana Milkshakes

Haaaa... Apa macam? nampak sedap dan menyelerakan tak? Makanan yang dihidangkan di NY Steak Shack ni memang AJ puas hati sangat. Steak yang empuk dan juicy, burger dia pun sedap, patty dia pun tebal dan cukup rasa dihidang pulak dengan milkshakes yang umpphhh! Tulis entri pun buat AJ terliur dah! Apa tunggu lagi, jom menjamu selera di NY Steak Shack.

Lagi 1 AJ nak bagitau ni. Bermula 21 September 2017 korang berpeluang join contest "Fly me to New York" yang dianjurkan bersempena Ulangtahun yang ke-3 serta pembukaan outlet ke-10 ni tau! Selain berpeluang ke New York, ada pelbagai hadiah mingguan untuk dimenangi. Jangan lepaskan peluang, kunjungi NY Steak Shack di Melawati Mall hari ni juga okay!


❀ Melawati Mall
Alamat : L3-08, Third Floor, Melawati Mall
355, Jalan Bandar Melawati
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-4161 0826

Senarai outlet NY Steak Shack Malaysia :

❀ Mid Valley
Alamat : Lot LG-012, LG Floor,
Mid Valley Megamall
1, The Boulevard Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
58200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2201 6132

❀ Sunway Pyramid
Alamat : LG 2.45 & 2.46, LG2
Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3, Jalan Pjs 11/15,
Bandar Sunway 46150
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-5612 7217

❀ IOI City Mall Putrajaya

Alamat : LG-045, Lower Ground Floor
IoI City Mall
IoI Resort
62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel: 03-8957 2342

❀ 1 Utama
Alamat : S 345, Second Floor,
Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7731 4129

❀ Subang Parade
Alamat : LG-15, Lower Ground Floor,
Subang Parade,
No.5, Jalan SS16/1, Subang Jaya,
47500 Selangor.
Tel: 03-5611 0833

❀ AEON Mall Shah Alam
Alamat : Lot G-05, Ground Floor,
AEON Mall Shah Alam,
No. 1, Jalan Akuatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-5524 1715

❀ Sunway Velocity
Alamat : Lot No. 2-27, Sunway Velocity Mall
Lingkaran SV, Sunway Velocity
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2780 7120

❀ Sogo
Alamat : Lot No. L6-R11 & L6-R11A,
6th Floor, Kompleks Sogo,
190 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2602 2646

❀ Alamanda
Alamat : Lot G83,
Ground Floor, Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
Jalan Alamanda,
Precinct 1, 62000 Putrajaya.
Tel: 03-8861 6614


Kalau korang nak tau info yang lebih lanjut boleh follow rapat laman sosial di bawah :

Website : www.nysteakshack.com
Facebook : NY Steak Shack
Instagram : @nysteakshack
Twitter : NYSteakShack


P/s : Happy Tummy, Happy ME!


Baca Selanjutnya »

Shinju Pearls, Berkilau di Paradigm Mall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Shinju Pearls mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Ms Christina Toh dan mula membuka outlet pertamanya pada tahun 2006. Kini, Shinju Pearls telah melebarkan sayapnya dengan membuka beberapa lagi cawangan antaranya di Bangsar, Ampang dan paling terbaru di Paradigm Mall.


Menjadi antara orang pertama menghadiri majlis pembukaan outlet terbaru di Paradigm Mall ni buat AJ rasa teruja, sebab AJ sebenarnya salah seorang penggemar mutiara juga. Bagi AJ mutiara membuatkan si pemakai tampak lebih elegan dan bergaya. Lepas tu korang boleh gayakan mutiara ni untuk pelbagai acara tau.

Masa majlis pembukaan tempohari, ramai artis yang dijemput bagi memeriahkan majlis selain daripada blogger. Antara yang turut hadir Dato Zainal Abidin, Salma, Ayu Damit, Rehanna dan Thalia Mentor. Selain persembahan, mereka pun siap buat catwalk lagi tau! Haaaa... Kalau nak tau, mutiara bukan saja sesuai digayakan oleh kaum wanita, lelaki pun boleh pakai tau. Kalau perasan, masa majlis penutup Sukan SEA aritu, Dato Zainal Abidin ada pakai rantai mutiara Shinju Pearls. Cumanya kene berani la gayakannya.


Okay kalau sebut Shinju Pearls kan, ramai yang sangka disini hanya menjual mutiara. hakikatnya Shinju Pearls juga ada menjual pelbagai jenis aksesori bermotifkan gems juga. Kalau tak pegi majlis pembukaan ni kan, AJ ingat mutiara je la. Selain menjual aksesori, korang juga boleh mendapatkan pelbagai servis daripada Shinju Pearls. Kalau nak customize aksesori korang sendiri pun boleh. Harga yang ditawarkan juga berpatutan bergantung kepada saiz atau panjang aksesori tersebut.


Lagi 1 sekiranya korang ada koleksi mutiara sendiri dan nak buat pembaharuan design ataupun nak repair, Shinju Pearls dengan berbesar hati boleh buatkan untuk korang. Tak kisahlah kalau aksesori mutiara tu bukan asalnya dibeli dari Shinju Pearls. Bestkan? Yelah kadang kita melancong kat luar negara ke, Sabah ke beli mutiara lepas tu putus pulak. Takkan nak terbang ke tempat korang beli untuk baiki kan. Sekarang Shinju Pearls ada, korang boleh pegi sini je.



Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Shinju Pearls, apa kata korang singgah je kat mana-mana outlet Shinju Pearls ataupun datang ke outlet terbaru di Paradigm Mall ni. Banyak aksesori mutiara dan gems untuk korang pilih dengan range harga mengikut bajet korang. Kalau datang time sale lagi best! Hihihihhi.

Info lanjut boleh rujuk di bawah ni :

Website: www.shinjupearls.com
Instagram: @shinjupearls
Online Store : www.shinjupearls.net
❀ Paradigm Mall (Terbaru)
Alamat : G-28, Level G, Paradigm Mall, No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel : +603 78878308
❀ HQ
Alamat : Lot 1, Level 6, Bangunan Bangsaria 45E,Jalan Maarof, Bangsar59000 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel : +603 2202 2482

❀ Pavilion
Alamat : Lot 4.15.01 4th Floor, Pavilion Kuala Lumpur No 168, Jalan Bukit Bintang,55100, Kuala Lumpur
Tel : +603 21459986
❀ Bangsar Village
Alamat : Lot 1F-33 First Floor, Bangsar Village II,No 2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru,59100,Kuala Lumpur
Tel : +603 22023180
❀ Great Eastern Mall
Alamat : Lot 1.10 First Floor, Great Eastern Mall, No. 3030, Jalan Ampang50450 Kuala Lumpur
Tel : +603 42578986
❀ Bangsar Shopping Centre
Alamat : F123, First Floor, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya 59000 Kuala Lumpur
Tel : +603 20118308285,
❀ Sunway Pyramid
Alamat : G1.25A, Ground Floor , Sunway Pyramid Shopping MallNo. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 47500 Selangor
Tel : +603 56121716
❀ Mid Valley
Alamat : F-084, 1st Floor, Mid Valley Megamall , Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603 22018896
❀ Isetan KLCC & Midvalley
Jewelry Department

Kemain bergaya sakan masing-masing dengan koleksi aksesori Shinju Pearls tau!

P/s : Niat hati nak beli cincin tu, tapi takde size. RM39 je!


Baca Selanjutnya »

Kolestrol vs Cinta, Tak Kering Gusi Dibuatnya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kolestrol vs Cinta! Sumpah kelakar. AJ berpeluang tengok filem ni masa Malam Gala filem ni Rabu lepas, memang tak jangka pulak cerita dia buat AJ tak kering gusi dari awal cerita. Filem Kolestrol vs Cinta merupakan filem ke 119 terbitan Metrowealth (MIG) dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Kanal Adli dengan usahasama PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan juga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).


Kerjasama dengan kedua-dua pihak ni dianggap satu jalinan "win-win" dan sangat membantu MIG merealisasikan filem Kolestrol vs Cinta yang diarahkan oleh pengarah berpengalaman iaitu Eyra Rahman yang sememangnya banyak menghasilkan filem-filem cinta antaranya Aku Terima Nikahnya, Suamiku Jatuh Dari Langit dan Bencinta serta drama yang tengah meletop Mencintaimu Mr Photographer, Si Kolot Suamiku dan Shah & Shah.

Sinopsis Kolestrol vs Cinta

" Krisya (Tiz Zaqyah) seorang pereka fesyen yang berjaya memiliki sebuah butik di Taiping, Perak. Selain memiliki sebuah butik , Krisya juga mempunyai kehidupan yang berjaya, rupa yang cantik, bentuk tubuh yang menarik dan setiap apa yang dilakukannya menjadi perhatian umum.



Krisya seorang yang obses dengan kecantikan. Dia mengamalkan pemakanan yang sihat, yoga dan tidak mengambil apa-apa bahan yang boleh menggemukkan badannya.

Suatu hari, Krisya bertemu dengan Irfan (Kamal Adli) CEO sebuah syarikat minuman mineral yang terkenal di Malaysia. Krisya jatuh cinta buat pertama kali pada Irfan dan mahu memikat hati Irfan. malangnya apabila Krisya mengetahui hakikat bahawa Irfan menyukai perempuan yang gemuk dan sederhana. Demi cinta, Krisya sanggup mengorbankan segala kecantikan dan bentuk tubuh yang menarik demi memikat hati Irfan.

Sejak itu, kehidupan Krisya berubah 360 darjah apabila dia melupakan semua baju-baju yang cantik, kasut tumit tinggi idamannya, make-up dan segala pemakanan yang sihat. Dia melanggar segala prinsip hidupnya demi mendapatkan cinta Irfan.




Pada mulanya, Irfan yakin bahawa dia tidak akan jatuh cinta terhadap Krisya kerana dia sukakan perempuan yang gemuk. Namun, semakin lama dia didekati Krisya, hatinya turut tercuit. "

So korang nak tau macam mana kesudahan kisah cinta Krisya? kenelah tengok filem ni sendiri. AJ boleh kata tak rugi korang menonton filem ni. Banyak sangat adegan dan scene-scene kelakar dalam ni. AJ pun tak sangka Tiz Zaqyah boleh membawakan watak ni dengan baik sekali dibantu oleh Vicha Saywho, Ardell Aryana, Anam Azinani dan Dayang Areeda. Walaupun ada antara watak yang merupakan nama baru, sedikit pun tak nampak macam baru berlakon. Watak diorang memang hidup!


Keseluruhannya jalan cerita filem ni sangat mudah difahami dan terselit pelbagai mesej didalam lawak yang ditampilkan. Korang kene tengok tau! Best sangat cerita dia. Kelakar! Pick-up line bersepah woooo. Boleh guna nak ngorat awek! Hahaahahahhaaa. AJ bagi 5 bintang untuk filem ni.

P/s : Filem Melau semakin berkualiti! Barulah seronok nak ke panggung.

Baca Selanjutnya »

Menangis-nangis Tengok Kau Takdirku!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aritu kan, tetibe terasa nak tengok wayang. AJ tak plan pun nak tengok cerita apa. Sekali masa tengah makan tu AJ cakap dengan Mr.JR jom tengok Kau Takdirku nak? Ehhhh! Dia ON pulak. Yelah, lelaki jarang la nak tengok cerita gitu, baca tajuk je mesti rase cam krik krik krik. Hahahaha. Betul tak? 

AJ takde idea sebenarnya cerita ni pasal apa, tengok barisan pelakon dia pun boleh tahan la. Tu yang tertarik nak gi tengok. Ikutkan AJ ni jarang sangat tengok cerita Melayu masa hari pertama keluar panggung, selalunya AJ akan baca review dulu baru pegi. Taknak la terasa membazir pulak kalau cerita tak best ke kan. Hahahahhaa. Kalau review tu lain la, tapi ni nak bayar tiket sendiri. 😋😋


Masa memula cerita ni biasa je la, cerita pasal budak lelaki yang hampir lemas terjumpa baby kat dalam hutan tu. Pastu dia bawak balik rumah. Dari situlah bermulanya kisah Kamar dan Alya. Diorang ni jadi adik beradik angkat la bila family Kamar setuju amik Alya jadi anak angkat. Bila dah besar, plot cerita pun bermula, bila Kamar sebenarnya dah lama simpan perasaan kat Alya, lepas tu dalam masa sama Alya jumpa pulak dengan Harris. Kalau awal-awal kan macam boleh agak kesudahan cerita ni kan? Rase  macam sama je dengan cerita cinta lain. Tapiiiiiiiiiiiiiii... Jangkaan AJ tu meleset, rupanya cerita dia ni power. Menangis-nangis AJ dalam panggung gara-gara cerita ni tau.



AJ ni nak tulis panjang-panjang kang spoil pulak cerita dia jadinya. So apa kata korang tengok sendiri. bayangkan AJ yang orang kata kental, kasar tapi bila tengok Kau Takdirku menangis sampai bengkak mata? Korang rase power ke tak power cerita dia? Tahniah kepada pengarah, crew dan barisan pelakon yang mantap. Dah lama AJ tak tengok cerita cinta Melayu yang lain pada yang lain macam ni. Mendalam mesej yang disampaikan. Terkesan kat hati AJ. Rupanya bila selidik pengarahnya, dia orang yang buat filem AdiwiraKu. Patutlah best! AdiwiraKu pun buat AJ tumpah airmata kot!

Pendapat jujur AJ, filem ni adalah filem yang tak merugikan duit korang bile tengok kat panggung. AJ sendiri pun 2 kali pegi tengok. Masa memula tu cam tak puas hati sebab ada "mangkuk" kat belakang buat bising. Ganggu mood orang je! Lagi 1 cerita memang best, so tak salah ulang tengok.
Cuma yang AJ agak pelik, bila dalam panggung banyak seat yang kosong. Rugi tau cerita bagus tapi penonton tak perasan. So apa kata korang yang baca ni pegi tengok okay. Support la filem yang bagus macam ni. Kalau bukan kita yang support, siapa lagi kan?



Info :

Pengarah : Jason Chong
Barisan pelakon : Remy Ishak, Bront Palarae, Ezzaty Abdullah, Kartina Aziz
Tahun penggambaran : 2014
Tahun tayangan : 2017
Rating : 5/5 <---- ikut AJ la ni

Kalau korang tak menangis, memang takde jiwa! Tak menitiskan airmata pun, jangan tipu kata tak terkesan kat dalam hati tu.

P/s : Tunggu Bisik Pada Langit pulak minggu depan.


Baca Selanjutnya »

Royal Expert - Glow N Win | Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Dimenangi!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Royal Expert merupakan nama yang cukup sinonim dengan rangkaian produk pencerahan dan penjagaan kulit. Bertapak kukuh dalam industri barangan kecantikan sejak tahun 2009 lagi, malahan telah mendapat pengiktirafan Malaysia Power Brand Award 2017. Bermula dengan hanya mengeluarkan satu krim pencerahan kulit sahaja, kini Royal Expert telahpun mengembangkan sayapnya dengan membawakan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit untuk lelaki, wanita dan jugak kanak-kanak. Produk Royal Expert bukan sahaja hanya berkemang di Malaysia malahan turut menembusi pasaran Indonesia, India dan USA.

Royal Expert merupakan salah 1 perniagaan e-commerce, so korang boleh mendapatkan produk-produk terbaik dari Royal Expert dengan melayari www.royalexpert.coDari website pun korang boleh dapankan pelbagai maklumat dan juga yang paling terbaru korang boleh memenangi  hadiah menarik yang bernilai RM 88,888 jugak tau. Caranya dengan menyertai contest Glow N Win ni la. Bestkan? Guna produk untuk memperbaiki masalah kulit, dapat join contest lagi!

www.royalexpert.co


Contest Glow N Win ini dianjurkan untuk menghargai pelanggan dan pengguna setia produk ini. Bila sebut pasal contest mesti semua orang teruja kan? AJ sendiri pun teruja sangat sebab hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik.

Mesti korang tak sabar nak tau apa yang ditawarkan melalui Contest Glow N Win ni kan? Hadiah yang bakal dimenangi ialah :

❀ Pakej percutian ke London selama 5 hari dengan penginapan ditaja sepenuhnya oleh Royal Expert
❀ Elaun pelajaran bernilai RM 5000 setiap 1 (jumlah keseluruhan RM 15K)
❀ Telefon pintar Samsung S8
❀ RM 500 baucer membeli belah AEON
❀ Pakej percutian domestik

Kalau tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan, rugi tau kalau tak join. cara untuk melayakkan korang menyertai contest Glow N Win ni pun cukup mudah iaitu :

❀ Beli 1 Royal Expert Advance Formula Brightening Cream daripada wakil penjual sah ataupun Stokis Royal Expert



 http://www.royalexpert.co




❀ Rujuk info yang terdapat pada risalah di dalam kotak
❀ Isi borang dengan melayari website yang dinyatakan dalam risalah tersebut
❀ 2 orang pemenang bertuah akan diumumkan setiap 2 minggu ( 4 pemenang setiap sepanjang 12 bulan)
❀ Seorang pemenang bagi hadiah utama akan diumumkan pada setiap bulan selama 3 bulan berturut.
❀ Seorang pemenang Jackpot akan diumumkan pada hujung kempen ini (2x tiket dengan kemudahan penginapan)

Syarat-syarat penyertaan :

❀ Peserta mesti berusia 18 tahun ke atas
❀ 1 penyertaan dengan setiap pembelian
❀ Tertakluk pada terma & syarat
❀ Pemenang mestilah mengemukakan salinan kad pengenalan atau passport semasa menuntut hadiah daripada HQ Royal Expert

So apa lagi? Layari www.royalexpert.co sekarang!

Haaaaa.. AJ ada lagi 1 berita baik untuk korang tau. Selain daripada menyertai Glow N Win korang boleh ambil peluang untuk menjadi OEW Authorized Dealer dengan hanya bermodalkan RM 780 sahaja! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menambahkan pendapatan.

http://www.royalexpert.co


Sebarang info tau pertanyaan mengenai OEW Authorized Dealer boleh menghubungi :
Tel : +603 56135626
Email : info@oewgroup.com

Jangan lupa follow Royal Expert di media sosial juga tau!
Facebook : Royal Expert Group
Instagram : @royalexpertgroup

P/s : Siapakah yang bertuah itu? Tunggu.....

Baca Selanjutnya »