Pembukaan Rasmi Flagship Store Coolblog Malaysia di Pavillion Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pembukaan Rasmi Flagship Store Coolblog Malaysia di Pavillion Kuala Lumpur | Tahniah Coolblog Malaysia atas pembukaan rasmi flagship store terbaru bersempena ulangtahun  ke-18. Waahhh, sedar tak sedar rupanya dah 18 tahun Coolblog ni bertapak sejak tahun 2005. Cawangan terbaru Pavillion KL ni bertempat di Level 5 (C5.06) dibuka setiap hri dari jam 10 pagi - 10 malam. Nak memudahkan orang cari, landmark dia berhadapan kedai Nike dan Dadi Cinema.



Bersempena majlis perasmian baru-baru ni, Coolblog telah melancarkan semula menu Creme Brulee Cheese Milk Tea yang merupakan campuran teh susu dengan gula perang, pearls dan mousse keju karamel. Yang ni memang menu yang wajib koang cuba tau! Rugi kalau tak cuba! Selain tu, korang juga boleh mencuba wafel premium dengan beberapa jenis pilihan rasa dengan harga serendah RM4.90 je.



Menurut Tunku Ali Redhauddin, Pengerusi Coolblog Malaysia,

"Komitmen Coolblog bukan sahaja dengan hidangan pencuci mulut berkualiti tetapi juga merangkumi pupukan semangat keusahawanan melalui francais. Kisah kejayaan beratus-ratus kedai francais di seluruh negara menggariskan dedikasi Coolblog untuk menyediakan pemilik perniagaan yang bercita-cita tinggi dengan platform untuk berkembang maju bersama keluarga Coolblog. Rangkaian luas rakan kongsi francais ini telah memainkan peranan penting kepada pembangunan Coolblog."





Manakala, Ms. Sueli Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog Malaysia pula berkata,


"Pembukaan kedai utama ini adalah untuk meraikan perjalanan Coolblog selama 18 tahun bermula daripada kedai pertama di Sutera Mall di Johor kepada hampir 330 cawangan di seluruh negara. Seperti ahli keluarga yang dipercayai, Coolblog telah menggembirakan citarasa kedua-dua generasi muda dan tua, berkhidmat kepada generasi rakyat Malaysia."


Dengan rancangan untuk memajukan lagi rangkaian bersama rakan kongsi francais yang semakin berkembang, kami teruja untuk meneruskan perjalanan bercita-cita tinggi kami dengan membawa pengalaman Coolblog kepada lebih ramai rakyat Malaysia dengan memastikan setiap pelanggan dapat menikmati hidangan Coolblog di mana sahaja mereka berada."


Tawaran menarik BELI 1 PERCUMA 1 hanya di Pavillion KL!


Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur, kakak nak ajak korang serbu Coolblog Pavi dan dapatkan tawaran istimewa ni. Sah sehingga hari ini 4 Oktober 2023. Sempat lagi ni tau! Jangan lupa ajak sekali kengkawan ofis, sedara mara dan sesiapa je ke outlet Pavi okay.




Info lanjut :


Tiada ulasan