Matta Fair 2018 - Jom Travel ke Jepun!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape ada plan nak travel ke Jepun? Apa kata korang ke Matta Fair 2018 bertempat di PWTC, KL pada 16 hingga 18 Mac nanti. AJ dengar banyak promo menarik yang Matta Fair 2018 tawarkan. Antaranya pakej yang menarik perhatian AJ adalah pas pengangkutan awam di negara Matahari Terbit.

Macam yang semua orang tau, kat Jepun memang banyak menggunakan pengangkutan awam. Kawan AJ baru ni pegi pun dia kata senang sangat nak kemana-mana sebab boleh dikatakan hampir semua tempat ada MRT. So kalau nak lagi senang kan, korang boleh gunakan pas SUICA.

Apa itu pas SUICA?



'The Suica' adalah kad E-money prabayar untuk bergerak dan berbelanja. Korang pun tak perlu susah payah nak beratur beli tiket. Suica ni kiranya macam kad touch N go la, hanya sentuh Suica anda ke pintu masuk tiket dan tambang ditolak secara automatik dari Suica anda.


Suica ni boleh digunakan bukan sahaja untuk JR EAST Trains, tetapi juga Subway dan bas. Selain daripada tu, suica juga boleh digunakan untuk membayar barangan dengan e-wang. Macam nak beli minuman, makanan ringan dan kopi dari mesin layan diri dan kereta api. Malah beli akhbar di stesen kios pun boleh. Semuanya cashless dengan adanya pas Suica ni.

Kalau korang ke Jepun, AJ sarankan korang amik pas Suica ni untuk lebih melancarkan perjalanan.

Okay selain Suica ada juga JR West Kansai Wide Area Pass untuk mereka yang nak melancong di sekitar Kansai. Kata orang banyak tempat untuk sightseeing tau, antaranya Kyoto, Osaka, Kobe dan Nara. Tak lama dah nak masuk spring, memang lagi cantiklah pemandangan dia kan?


Dengan Kansai Wide Area Pass, korang boleh jimat sehingga RM 826! Wow banyak tu! RM 826 yang kita save tu kan boleh beli 45 takoyaki okay.


So kalau nak tau lebih lanjut mengenai pas-pas perjalanan ni, apa kata korang ke Matta Fair 2018 hujung minggu ni. Kat bawah ni AJ ade sertakan sikit pakej 5 hari 4 malam ke Kansai.


Khas untuk MATTA FAIR 2018. Kunjungi booth² dibawah ini untuk lebih diskaun dan hadiah misteri.

1.Kopetro
2.Holiday Tours
3.Pearl Holidays
4.Mayflowers

Note : Jangan lupa tunjukkan promo ini untuk redeem hadiah misteri.

3 ulasan

  1. yang penting ongkos. transportation mmg xde hal la depa.. haish.. cm bes je kan..

    BalasPadam
  2. Wowww nak ajak travel ke jepun gtu.. jom jom kita g sesama jom

    BalasPadam
  3. Belum pernah ada peluang melancong ke Jepun lagi. Harap masa depan yang dekat boleh ada peluang.
    Eratuku.com

    BalasPadam