AEON Glam Beautique, Terokai Dunia Kecantikan Secara Eksklusif

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


AEON Glam Beautique, Terokai Dunia Kecantikan Secara Eksklusif | Hujung minggu lepas, kakak berkesempatan menyertai workshop Art of Beauty bersama Shiseido di Glam Beautique, AEON Mid Valley. Menarik sangat bengkel ni tau, macam-macam tips dan tricks penjagaan kulit dan teknik mekap yang betul kakak belajar kat sini. Ilmu ni dikongsikan oleh Mr. Alan Lim yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang kecantikan.





Masa acara ni kan, kami semua diajar step by step penjagaan kulit dengan menggunakan produk Shiseido, memang ekslusif sangat okay! Baru kakak tau, nak kulit cantik ni kena ada teknik dia. Cara kita pakai produk tu pun kena betul, barulah dapat capai piawaian kulit yang anjal, cantik dan sihat. Lepas abis sesi skincare routine, Mr. Alan juga berkongsi tips untuk mekap. Serous best gila bengkel ni, tak rugi kakak join tau!



Masa acara tu juga, kakak telah dinobatkan sebagai Glam Beauty of the event! Alhamdulilah, terima kasih AEON dan Shiseido!



So mesti korang tertanya-tanya pasal Glam Beautique ni kan? Meh kakak share dengan korang.


Apa itu Glam Beautique?


Glam Beautique merupakan gedung kecantikan dimana korang boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan jenama tempatan dan antarabangsa di bawah satu bumbung! So kalau korang memang pencinta dunia kecantikan, Glam Beautique ada pelbagai pilihan yang pastinya memenuhi keperluan kecantikan korang.



Keunikan Glam Beautique


▪️Pelbagai pilihan jenama tempatan dan antarabangsa

Korang boleh mendapatkan pelbagai produk jenama tempatan dan antarabangsa terkenal yang dipercayai dari produk penjagaan kulit, solekan, penjagaan rambut atau produk wangian.


▪️Layanan Yang Lebih Personal


Glam Beautique dikendalikan oleh perunding kecantikan yang berpengalaman dan mesra. Jadi, mereka mampu memberikan khidmat nasihat dan cadangan produk yang sesuai dengan pelanggan. Layanan yang diberikan juga lebih personal, barulah seronok kita nak tau pasal sesuatu produk dan skin needs kan?


▪️Produk dan Tawaran Eksklusif


Menampilkan koleksi eksklusif dan produk limited edition dengan promosi dan tawaran yang menarik untuk pelanggan.


▪️Pengalaman Kecantikan Yang Imersif


Rekabentuk ruangan yanv elegan dan sofiatikated dilemglapi dengan kawasan interaftif yang membolehlan pelanggan mencuba produk-produk kecantikan. Bila dah cuba, barulah senang kan kita nak buat keputusan.


Kenapa Korang Kena Pilih Glam Beautique?


▪️Mudah Diakses


Glam Beautique lebih mudah diakses dan membolehlan pelanggan membeli barangan kecantikan dengan lebih mudah dan pantas.


▪️Harga Berpatutan dan Pilihan Yang Pelbagai


Macam yang kakak cakap sebelum ni, Glam Beautique menampilkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.


▪️Ganjaran Hebat untuk Ahli AEON


Ahli AEON boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif seperti diskaun hebat, promosi menarik dan boleh mendapatkan mata ganjaran dengan setiap pembelian. So kalau korang belum mendaftar, apa kata korang daftar sekarang dan dapatkan tawaran Beauty Rewards di Glam Beautique 


Khidmat Yang Terdapat di Glam Beautique 


▪️Analisis dan Konsultasi Kulit


▪️Khidmat Solekan


▪️Bengkel dan Acara 


Jangan lepaskan peluang ke AEON Glam Beautique di :


📍AEON Mid Valley

📍AEON Bukit Tinggi

📍AEON IOI City Mall


Info lanjut layari :




 Kakak dah terokai AEON Glam Beautique, korang bila lagi?

Tiada ulasan