BEN ASHAARI Ajak Korang Kritik Blog Aku




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Tengah duk buat keje tetibe terpandang plak segmen yang Abg Ben buat ni....
So, sementara boss tak masuk lagi... AJ nak amik kesempatan join segmen ni....
Macam menarik je pulak kan..... =)

BEN ASHAARI
Kalau korang nak join sama, klik je link segmen atas ni.....
Tarikh tutup pukul 10malam ni...
Cepat hantar entri korang pulak..... AJ nak datang kritik ni...

So......
Inilah masanya korang boleh kritik blog AJ...... =)
Tak kisahlah kritikan yang macam mana pun...
AJ terima dengan hati yang terbuka....
Hope kritikan korang tu boleh menambahkan lagi semangat nak berblogging AJ ni..
Al-maklumlah....
AJ ni baru je setahun jagung dalam dunia ni........
Mana yang korang rasa tak kena pada mata korang or pada cara penulisan AJ ni.....
Ataupun apa yang korang suka kat blog ni......
TOLONGLAH KRITIK.....
Insyaallah AJ akan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan atau menambah baikkan penulisan AJ........ Eceeewwwaaaahhhhh ayat Sasterawan Negara dah keluar ni.... =P

Okaylah, AJ nak sambung keje dah......
SELAMAT MENGKRITIK...... =)



P/s : Thanks Korang......
Baca Selanjutnya »

Terima Kasih Emak dan Abah.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepanjang bergelumbang dengan dunia blog ni, AJ terperasan sesuatu...
Tak pernah sekali pun AJ menulis entri yang menunjukkan betapa AJ berterima kasih kepada kedua ibubapa AJ....... Betul tak????
So, hari ni AJ nak tulis mengenai 2 orang insan yang selama ini bersusah payah membesarkan AJ dan adik beradik yang lain......


ABAH,
Terima kasih kerana dengan kudratmu yang empat kerat,
kau berusaha membesarkan kami adik beradik.......
Kau kerahkan seluruh tenagamu, keluar awal pagi dan pulang pada lewat petang demi mencari rezeki halal bagi memberikan anak-anakmu sesuap nasi....
Bagi memastikan kami cukup segala makan dan pakai....
Tak pernah sekali kami mendengar keluhan dari mulutmu kala kau kepenatan....
Tak pernah sekali kami mendengar rintihanmu kala kami meminta itu dan ini.....
Tak pernah ABAH......

EMAK,
Terima kasih kerana melayani kami dengan penuh sabar....
Menyusukan kami dengan susu badanmu...
Berusaha memasakkan makanan kegemaran kami....
Mencuci pakaian kami yang kotor dan compang camping setelah balik dari taman permainan....
Membasuh pinggan yang kami gunakan ketika kami masih kecil....
Tak pernah juga kami mendengar keluhanmu kala kau keletihan...
Tak pernah sekali kami mendengar rungutanmu ketika kami membuat nakal..
Tak pernah EMAK....

Terima kasih ABAH...
Terima Kasih EMAK...
Terima Kasih kerana dengan kasih sayang yang kalian berikan kepada kami empat beradik.....
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan setiap karenah kami...
Terima kasih kerana memberikan kami pendidikan...
Terima kasih kerana dengan adanya kalian, kami bernafas di muka bumi ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberikan kemaafan kepada setiap ketelanjuran perbuatan dan kata-kata anak-anakmu....
Terima kasih untuk segala-galanya.....
Pergorbanan yang kalian lakukan sepanjang hidup kami, takkan dapat kami balas walaupun diberikan masa selama berjuta-juta tahun......
"TERIMA KASIH ABAH DAN EMAK"

Gambar Abah gelap sikit pulak sebab bawah bumbung...

Jasa dan pengorbanan ibubapa tak pernah ada tandingan walaupun ditakdirkan kita semua hidup 1000 tahun pun.....
Tunjukkan rasa sayang dan kasih kalian terhadap ibubapa dengan Segmen dari Hanafi.....


Caranya mudah sahaja.....
Klik gambar di bawah ni...
Cepat.... Tarikh tutup penyertaan 10 Mac 2012 pukul 8malam....
TAG KORANG YE....


P/s : Abah, Emak.... Walaupun Adik degil, adik sayang sangat kalian berdua.......
Baca Selanjutnya »