Impian Tu Akan Kekal Impian Je...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya ada satu impian....
Tapi yang nyata, impian tu tak akan tercapai sampai bila-bila.......
Since saya ni seorang outdoor person, saya suka buat benda-benda yang extreme.....
Dan saya memang teringin sangat nak buat BUNGEE JUMPING......
Tapi nampaknya impian tu akan kekal impian....
Semua orang tak bagi saya cuba....
Kat Malaysia ni, rasanya kat Sunway Lagoon je la yang ada kot....
Tapi bila ajak En. Sayang, 1 perkataan je yang muncul NO....
Alaaaa..... Bukan tinggi pun yang kat Sunway Lagoon tu.....
Bahaya katanya.....
Dia cakap kalau nak pergilah sorang-sorang.. (Maksudnya memang No lah kan..)
Kalau cakap kat mak mestilah lagi NO NO NO kan.....
Hurmmm... Tak dapatlah nak mencuba satu-satunya aktiviti yang saya nak sangat buat dari dulu.....


Lepas ni minta je kawan tolong photoshopkan gambar konon ada buat bungee jumping...
Kalau ada yang tanya apa rasanya, cakap ngeri sikit dari naik Solero kat Genting Highland tu...
Hahahhahahaha.... =P
Tapi kalau Solero pun tak pernah naik, suruh bawak motor turun Genting tak payah guna brake....

P/s : Harapan Je La Nak Try Bungee Jumping Ni...

Baca Selanjutnya »

Lagu Raya Mula Berkumandang...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat mana-mana je sekarang ni, lagu raya dah mula berkumandang....
Di stesen-stesen radio pun dah berselang seli lagu raya.......
Tengok kalendar hari ni dah 31 Julai 2012.....
Ohhhhh... Dah dekat 2 minggu dah rupanya kita berpuasa.....
Tak sedar masa berlalu......
Tangan pun dah gatal cari-cari lagu raya untuk didownload.....
Dah boleh tukar ringtone Hp... Barulah terasa mood raya.......
Tapi separuh je la mood raya tu...
Sebab kuih tak buat lagi.... Baju raya pun tak beli lagi.....
En. Sayang cakap esok atau Khamis baru nak beli baju raya.....
Ok... Tak sabar dah ni.....

So nak tanya korang sikit.....
Lagu raya apa yang korang suka ni???
Saya suka lagu-lagu dendangan Siti Nurhaliza dan beberapa lagu dari penyanyi lama.....
Kalau boleh duk ulang berpuluh-puluh kali dengan volume yang sangat kuat..
Hehheheheheheh... =D
Yelah, setahun sekali baru dapat dengar lagu raya kan....


Jom layan lagu raya ni..... =D
Nazam Lebaran by Siti Nurhaliza untuk korang.....


P/s : Raya Oh Raya....
Tapi Masih Adakah Mood Raya Tu??
Baca Selanjutnya »