Tema Baju Raya Korang Warna Apa??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pejam celik dah 17 Ramadhan.....
Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan bakaml meninggalkan kita dan Syawal bakal berkunjung tiba.....
Sekarang ni sure semua orang tengah busy...
Ada yang busy buat kuih, jahit langsir dan sibuk membeli-belah persiapan raya.....
AJ sekarang tengah busy buat kuih.....
Baju raya dah settle dah.....
Sampai serik En. Sayang nak ikut AJ shopping tau....
Hehehhehehe... =D



AJ nak tanya korang ni.....
Baju raya dah beli???
Haaaaa......... Tema korang tahun ni warna apa??
Banyak yang AJ tanya, diorang turqouise dan hijau jadi pilihan.....
Korang nak share dengan AJ tak warna tema baju raya korang.....?

P/s : Warna-Warni Aidilfitri.....

Baca Selanjutnya »

Peristiwa Nuzul Al-Quran



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 17 Ramadhan 1433H merupakan Hari Nuzul Al-Quran...
Salam Nuzul Al-Quran buat korang semua......
AJ nak share sikit dengan korang mengenai Peristiwa Nuzul Al-Quran ni...


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan.
Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.
Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia..
Segala isi kandungan al-Quran itu benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.

Maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)

Jom sama-sama kita menghayati dan memahami isi kandungan al-Quran...
Semoga ibadat kita diterima Allah s.w.t lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni....

P/s : Selamat Bercuti kepada mereka yang berada di Kelantan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu....

Baca Selanjutnya »