Potong Polis!!! Kejam Gila....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi tadi masa AJ on the way ke ofis, ternampaklah sebiji keeta peronda ni....
Tiba-tiba teringat satu kisah ni..
Masa tu memang zaman naif lagi....
AJ pun tak ingat siapa yang mengencing AJ pasal kes potong polis ni...
Yelah, tak tau apa-apa masa tu...
Main iye kan je la.....
Bila dah besar barulah tau...
Rupa-rupanya kisah potong polis tu AUTA belaka....
Kurang asam jawa punya orang.....
Ingatkan betul......
Ada ke dia cakap, kalau tengah drive kat jalanraya nampak kereta polis ke motor polis ke tak boleh memotong diorang......
Time tu manalah nak fikirkan......
Bila dah besar dan dah tau undang-undang jalanraya barulah terfikir...
Katalah memang undang-undang pasal tidak boleh memotong kenderaan polis ni betul, haru dibuatnya wehhh......
Manalah tau polis tu memandu dengan kelajuan 50km/j je, takkan nak ikut je belakang dia???
Mau sepanjang-panjang jem jalanraya kat Malaysia ni.....
haishhhh... Macam-macam hal... =P



P/s : Sorry korang.....
Tajuk Bajet Gempak Je....
Hehehhehehehe... =D

Baca Selanjutnya »

Perlu Ke Menghina Agama dan Kepercayaan Seseorang??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak isu ni AJ tengok.....
Orang ni hina agama ini.... Orang tu hina agama itu......
Persoalannya???
Perlukah ada sifat menghina agama dan kepercayaan orang lain????
AJ rasa semua ni memang sangat tak perlu.....
Setiap orang ada agama dan kepercayaan masing-masing.....
Jadi tak perlulah nak menghina ataupun mengeluarkan sesuatu kenyataan mengenai pegangan orang lain.....
Tak kiralah melalui facebook, twitter, blog atau apa sahaja medium yang ada.....
Dalam zaman serba canggih ni, kita sepatutnya lebih terbuka dan bertamadun bukannya menjadi insan yang semakin mundur dan tidak bertamadun.....
Hormatilah pegangan orang lain sepertimana kita nak orang hormati pegangan kita....
Jangan sewenang-wenangnya nak menunding jari pada agama dan kepercayaan orang lain....
Jangan mulakan RELIGION WARS....


P/s : AJ Sedih Bila Perkara Macam Ni Terjadi Kat Negara Kita......
Kat Negara Luar Jangan Nak Cakaplah.... =(


Baca Selanjutnya »