Hari-Hari Dilema!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang hari-hari AJ hadapi dilema...
Bukan dilema cinta ke, kehidupan ke apa ke....
Tapi dilema nak pakai apa ke tempat keje.....
Balik keje AJ selalu akan fikir nak pakai apa esok.......
Baju banyak, almari baju sampai tiga kadang nak buat keputusan nak pakai apa untuk hari seterusnya mesti buntu....
Selalunya perempuan memang akan hadapi masalah macam ni..
AJ penah dengar lelaki mengeluh pasal pasangannya yang berperangai macam ni....
Hehehhehehe... =P
Nasib koranglah wahai kaum Adam....
Kaum Hawa ni memang cerewet bab penampilan...... Termasuk AJ....
Tapi kan selalunya, baju yang AJ keluarkan dari dalam almari kononnya nak pakai esok tu AJ tak usik pun.....
Bangun pagi, mandi sarung jeans dan shirt kegemaran...
Hahahhahaha.... =P
Fikir punyalah beriya, bukak almari sampai 5-6 kali..
Last-last pakai pakaian yang tak terlintas kat fikiran masa tu pun....
Kadang tu asik duk ulang pakai baju yang sama je....... (Bukan baju semalam ye...=P)
Tapi AJ tak kisah pun...
Asalkan AJ berbaju dan tak bogel ke tempat keje...
Mau ada yang mati sakit jantung nanti...
Hahahahahahahhaha......


Bila dah terlewat kadang tu main capai je baju..
Bila sampai ofis rasa serba tak kena.....
Down sekejap.... =D


P/s : Nasib ofis AJ ni tak memerlukan AJ pakai pakaian yang formal.... =P

Baca Selanjutnya »

Pelik Tapi Benar!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fakta-fakta yang AJ share ni agak pelik....
Tapi ianya benar...
Tak caya???? Cuba try test... =P

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki....
(Kenyang ke?? Unik sangat cara rasa makanannya tu....)


2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).....
(Sila tanya apa itu bunyi echo kat cikgu vokal ye.... =P)

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding 
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi...



4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.....
(Ehh?? Yeke??? Siapa takut labah-labah?? Baik ngaku cepat....)


5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.....
(Cuba imagine kalau gajah melompat??? Pelikkan?)


6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih....
(Agak-agak siapalah si panjang umur tu??)

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.....
(Bawak turun guna lif lah... =P)

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki......
(Cuba compare dengan pasangan anda.... Yang berlainan gender ye.. =P)


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri....
(Mesti ada yang cuba jilat siku pasni....)



10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun........
(Siapa kuat tidur boleh digelar SIPUT tetttttttt.....!!!! Sambung sendiri =P)


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,  tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.....


12. Semua beruang kutub adalah kidal......
(Kalau nak tahu betul ke tak pegi suruh beruang kutub menulis... Tu pun kalau korang cukup berani nak hadaplah....)

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.....
(So besar mana je otak dia ye?)

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari 
huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.....
(Kalau nak panjang lagi boleh je... Tapi sure takde dalam kamuslah.... =P)

P/s : Fakta ke Auta???


Baca Selanjutnya »