Cuti Panjang...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lamanya AJ tak bercuti lama-lama....
Berjalan-jalan kat pantai ke, kat mana-mana pulau ke untuk beberapa hari....
Alangkah indahnya dunia jika dapat lari dari kesibukan kota ni sekejap....
Tapi itulah... AJ sendiri tak tau bila AJ dapat bercuti....
Hari tu AJ memang dah plan baiknya....
Tapi keadaan tak mengizinkan pulak...
Kucing AJ pulak admitted....
So nak taknak,  AJ kena tarik diri secara "rela terpaksa" dari percutian tu.......
Kalau join pun tak syok jugak....
Sebab dalam kepala sure duk fikir berapa kos perubatan dan keadaan dia kan???
Tengok-tengok kalendar, takde pulak public holiday yang lama sikit.....
Krismas pun jatuh hari Selasa.....
Kalau nak pegi time Krismas tu pun tak best jugak....
Mr. JR beraya kot.... Confirm dia tak join kalau plan during Krismas...
Annual Leave berlambak lagi ni....... Bila ye nak bercuti........
Lepas tu mana ye nak pegi????
Kengkawan plan nak ke Penang.... Patutnya awal Disember... Tapi kena cancel sebab sorang tu nak bertunang pulak tarikh tu......
Dan tarikh tu clash dengan senarai "Wedding WAJIB Attend" pulak....
Nampaknya....... Plan percutian AJ kena tunda tahun depanlah.....
Nasiblah kat sini AL boleh carry forward... Jadi tiadalah pembaziran hari dan cuti.....
Takkan nak amik AL hanya untuk duduk diam kat rumah....
Ohhhhh..... TIDAK!!!!!!!!!!!!!!
Mimpi ngeri kot.... =P




P/s : Cuti-cuti......
AJ nak cuti...
Otak dah tepu...... =P
Baca Selanjutnya »

Hari Bahagia Kak Leeza dan Azrul -241112-


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 24 November 2012 merupakan hari bahagia buat Kak Leeza dan Azrul...
Alhamdulillah setelah sekian lama, berakhir sudah pencarian cinta beliau......
Tahniah Azrul kerana berjaya menambat hati Kak Leeza..... =D Jaga dia elok-elok tau....
Semoga hubungan kalian sebagai suami dan isteri berkekalan sehingga ke akhir hayat....
AJ tumpang bahagia tengok kebahagian korang.......
Cepat-cepat dapatkan baby okay..... 

Seperti yang dijanjikan, AJ kongsikan sikit gambar-gambar masa kat majlis pernikahan dan persandingan Kak Leeza dan Azrul.....
Tapi sedih sikit.... Kitorang tak cukup kroni....
Patutnya geng pink tu ramai...
Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami tak dapat berkumpul sekali semua dalam 1 masa.....
Hopefully masa wedding Kak Leenda nanti, kita semua dapat berkumpul reramai dalam 1 masa.... =D











Sumber : Gambar AJ sendiri dan kawan-kawan........
Seperti biasa, gambar kami je lagi banyak dari gambar pengantin.... =P

Disebabkan ada yang bertanya kat comment box, AJ bagitau siap-siap..... =D
Gambar AJ pakai tudung tu, diambil masa majlis nikah kat Masjid Besi pagi tu......

P/s : Alhamdulillah, sorang lagi geng AJ dah selamat bergelar isteri......
Next turn Kak Leenda pulak......
After that????? =D


Baca Selanjutnya »