Pengaruh TV : Cinta Bersemi Di Putih Abu-Abu


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ layan sinetron wehhhh.....
Macam tak caya je... Hehehehe.... =D
Seriously, AJ bukan kaki sinetron.... Beratus-ratus episod dah confirm punya kan...
Gila kau nak tunggu??? Lepas tu, ending ntah apa-apa.... 
Terkenang masa zaman Sinetron Bawang Putih Bawang Merah... Balik sekolah berlari nak tengok cerita ni... Last-last semua tu mimpi je....
Tu la sinetron yang pertama dan terakhir AJ tengok... Serik kot... =P
Baru-baru ni, AJ tertengok sinetron Cinta Bersemi Di Putih Abu-Abu sebab dah takde channel sangat nak dilayan...
Tau-tau terlayan pulak..... AJ tak tengok sebelah petang, AJ tengok setiap pukul 12 tengah malam sampai 1 pagi.... GIGIH kau.... =P
Cerita ni lebih kurang macam cerita Boys Over Flower tu, cuma ditokok tambah sikit.... (Kalau korang tengok la...)
Kalau nak tau best ke tak cerita ni, kenalah tengok sendiri....
Waktu siarannya Isnin-Jumaat 6.30 petang ke 7.30 petang atau 12 tengah malam ke 1 pagi...
AJ cerita sikit sinopsis sinetron ni.... =D




Sinopsis Cinta Bersemi Di Putih Abu-Abu

LUNA berasal dari keluarga sederhana. Ibu Luna memiliki sebuah gerai, sementara ayahnya bekerja sebagai tukang jahit yang terletak berdekatan SMU Antara, SMU paling berprestij di Jakarta.
Kisah bermula ketika Luna hendak menghantarkan minuman untuk guru-guru di SMU Antara.
Tiba-tiba Luna melihat seorang murid perempuan hendak bunuh diri dengan melompat dari tingkat lima. Rupanya gadis itu tertekan lantaran sentiasa menjadi mangsa buli dari Kumpulan R4 (Rich Four).
Kebaikan hati Luna menolong murid perempuan tersebut terus mendapat perhatian orang ramai, sekaligus menaik kemarahan orang awam terhadap SMU Antara.
Untuk meredakan kemarahan orang awam, Luna mendapat tawaran biasiswa dari SMU Antara.
Luna menerima tawaran tersebut atas desakan keluarga, walaupun sebelumnya dia menolak.
Hari pertama masuk SMU Antara, Luna mencuba untuk mengelakkan diri dengan R4 berikutan amanah dari ibu bapanya.
Namun lama kelamaan, Luna jatuh cinta dengan Alex dari kumpulan tersebut.
Dalam waktu singkat, Luna menjadi gadis kesayangan R4, kerana memiliki peribadi yang menarik.
Kumpulan R4 terdiri dari Alex, Billy, Leo, dan Julian.
Mereka merupakan anak-anak orang kaya, kacak, hebat dan paling berkuasa di SMU Antara sekaligus di Jakarta. 
Hobi keempat lelaki itu pun sama iaitu berlumba kereta. 
Mereka tidak takut untuk menggunakan kekuasaan mereka untuk membuli murid yang lemah atau orang-orang yang tidak suka pada R4.
Luna sering menjadi mangsa buli, terutama dari Cindy, Clara, dan Aurel yang menggelarkan diri mereka Geng WOW kerana dicemburui oleh mereka yang merupakan peminat kepada Kumpulan R4.
Disebabkan Luna merupakan gadis kesayangan kumpulan R4, usaha Geng WOW seringkali gagal......
Apakah yang terjadi seterusnya?
Dapatkah cinta Luna dan Alex bertahan??
Adakah Geng WOW akan menyedari kesalahan mereka???
Tengoklah sendiri ye...... =D

Jangan risau ye semua.....
Cerita ni 34 episod je!!!

P/s : Tiba-tiba jadi Ratu Sinetron pulak... =P
Baca Selanjutnya »

Segmen Bloglist Disember Oleh SuriaQistina


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sempena "3rd Wedding Anniversary" kak SuriaQistina pada 121212 ni, dia buat 1 segmen bloglist......
Jom kita ramai-ramai meriahkan segmen akak kita yang bakal menjadi Mummy kali ketiga ni....

Tarikh tutup 12.12.12 jam 12.12 tengah malam...... =D

Syaratnya senang je...
1. Follow blog SURIAQISTINA dan SUWARA ENTERTAINMENT
Yang paling penting korang mestilah follower blog SURIAQISTINA. (Xnak follow SUWARA ENTERTAINMENT pun xpe, tiada paksaan).
2. Buat entry bertajuk "SEGMEN : BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA"
3. Jangan lupa tepekkan banner ke dalam entry korang ye.
4. Yang paling penting sekali, jangan lupa tinggalkan URL link entry korang kat ruangan komen.

Senang je kan???
Nak join klik link bawah banner tu ye.... =D

P/s : Jom sesama memeriahkan segmen....
Baca Selanjutnya »