Bantuan Buat Adik Adra Afieya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Semalam AJ dapat perkhabaran mengenai Baby Adra yang disahkan mengidap penyakit Biliary Atresia..
AJ pun tak arif mengenai penyakit ni....
Tapi yang pasti ianya memerlukan kos perubatan yang sangat tinggi melalui rawatan KASAI dan difahamkan baby Adra juga perlu melakukan transplan hati.....

Ya Allah diusia hanya 5 bulan, dia telah diuji dengan dugaan yang maha berat.....
AJ harap ade rakan-rakan kat luar sana yang sudi membantu meringankan beban keluarga dan Baby Adra sendiri......
Buat masa ni, akaun mummy Baby Adra yang tertera dalam gambar dibawah telah diblock dan sebarang transaksi tidak akan berjaya.....
Bagaimanapun transaksi untuk akaun semasa boleh dilakukan bermula Isnin ini......
No akaun semasa akan diupdate Isnin ini kat page Baby Adra....



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai keadaan dan info mengenai Baby Adra boleh Like page  Donation for Adra Afieya.....
Baby Adra kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bangunan Wanita dan Kanak-kanak, Level 6, Katil 2.....


Korang boleh share juga entri ni......
Mudah-mudahan inisiatif ini mampu menyelamatkan nyawa anak kecil ini...

P/s : Semoga keluarga Baby Adra tabah....


Baca Selanjutnya »

Bersantai Di Sungai Sendat, Ulu Yam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ meluangkan masa dengan kawan-kawan berpiknik....
Sebelum subuh tu, kami ke NSK dulu... Beli barang-barang untuk BBQ....
Malam tu pulak memang bermalam kat rumah kawan AJ kat Selayang.. 
So memang dekat sangatlah kan dengan NSK....
Balik NSK, prepare ape yang patut....
Marinate bahan-bahan untuk BBQ semualah....
Tapi terus terang, AJ tak tolong pun... Sebabnya AJ terlelap....
Letih dan mengantuk sangat..
Sorrylah ye kengkawan..... Kihkihkih..... =P

Memula kitorang berhajat nak pegi Sungai Kedondong....
Bila dah sampai sana, tutup pulak sebab ada kes kencing tikus....
So kami bertukar haluan ke Sungai Sendat...
Nasib baik tak jauh pun jarak kedua-dua sungai tu....
Kalau tak BBQ tepi jalan je la gamaknya......

Sampai je sana, macam biaselah bentang tikar semua...
Lepas dah susun semua, apa lagi... BBQ time la!!!
Untunglah ada import chef kan... So AJ bahagian QC je la kot...
Hahahhahaha....
Dah settle semua, apa lagi......
Makan, terjun sungai dan makan lagi sampailah ke petang......

Okay bagi sesiapa yang tak penah pegi, Sungai Sendat ni terletak di Ulu Yam....
Perjalanan dari KL makan masa lebih kurang 45 minit....
Rasenya kalau google pun banyak details mengenai tempat ni....
Kawasan ni memang sesuai untuk bawak keluarga beriadah....
Tenang, bersih dan terjaga rapi serta jauh dari hiruk piruk kota..
Dilengkapi kemudahan tandas dan surau....
Tapi tandas dia takdelah besar mana.... Kalau pegi weekend kene beraturlah nak guna tandas..
AJ sarankan korang bawak khemah... Senang nak salin pakaian..... =D
Sayangnya, AJ lupa pulak nak amik gambar kawasan sekitar....
Next time kalau AJ pegi lagi, AJ tepek gambar ek.....

Dah banyak sangat ni AJ menaip...
Jom layan gambar kitorang kat sana.......


Dan last sekali....


Cik Puan tanah fefeeling Ariana Rose kononnya....
Such a Drama Queen.... Ini semua POYO!
Hahahahahhah.. =P

P/s : Curi masa jap......
Sakit Otak!


Baca Selanjutnya »